29 June, 2008

NEGARA TERDEDAH DENGAN RUSUHAN

Bila-bila masa dari sekarang boleh berlaku rusuhan. Mesej yang telah saya terima dalam bentuk bahasa 'kod' telah memberi petanda bahawa negara kita sekarang sememangnya terdedah dengan perbuatan yang boleh mencetuskan rusuhan.

Tak tahulah sama ada PM sekarang sedar atau tidak atau buat-buat tidak tahu yang mana semua tindak-tanduk yang dirasakan pelik dan mengelirukan masyarakat awam sebenarnya menjurus ke arah paksaan pihak tertentu supaya DSAAB meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Berita ugutan bunuh terhadap DSAI tidak boleh dianggap sebagai satu cakap kosong. Pihak agensi luar berkemungkinan merancang untuk menimbulkan keadaan huru-hara ataupun panik di kalangan rakyat Malaysia.

Meskipun ia turut dirancang di peringkat dalam negara bertujuan untuk menjatuhkan PM, namun peranan 'halus' agensi perisikan luar juga tidak harus diketepikan begitu sahaja. Mereka mengambil kesempatan di atas suasana kelam kabut politik Malaysia sekarang.

Jika rusuhan berlaku, ini akan memudahkan pihak tertentu untuk mengisytiharkan DARURAT. Majlis Raja-raja akan menentukan pelantikan 'pemegang amanah' bagi meredakan keadaan yang memang kelam kabut. Kita tunggu dan lihat.

Tapi yang tidak sedapnya, jika silap percaturan pihak-pihak tertentu, akan ada yang menjadi mangsa tidak berdosa.

Semoga kita semua berdoa kepada Allah....

No comments: