29 May, 2008

Fasa 20.10 Perlembagaan UMNO

Berikut adalah info yang terdapat dalam forum mykmu.net
"Fasa 20.10 ni berkuatkuasa pada 2002 mengatakan ahli yang bertanding atas ticket Bebas atau Pembangkang pada PRU secara automatik gugur keahlian UMNO dan tidak boleh diterima kembali se umur hidup."

Ok mari kita bincang, Ezam bertanding tiket PKR di Shah Alam pada PRU 1999 tapi tak bertanding pada PRU 2004.

Adakah Ezam layak diterima semula masuk UMNO..???

Kenapa tak tanding 2004..?? Ini sudah ada rancangan awal antara Anwar, KJ, Ezam. Mungkin Anwar suruh Ezam kutuk dia secara terbuka sebelum PRU yang lepas supaya ternampak dia betul2 dah tak setia dengan anwar dan PKR bagi membolehkan dia masuk balik UMNO dan perkuatkan KJ dan Pak Lah kemudian bila semua MT dah dikuasai oleh KJ maka untuk membawa msuh Anwar akan mendapat sokongan sebulat suara dari MT. Ini semua cara Yahudi ingin menawan kerajaan asing se- cara diam2.

Pokoknya adakah Ezam layak masuk semula UMNO mengikut perlembagaan Fasa 20.10 itu.

‘Saya bukan spy’

PUTRAJAYA 29 Mei – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor yang kembali menyertai UMNO semalam, menegaskan bahawa beliau bukan pengintip kepada PKR.

Menurut beliau, andaian yang ditimbulkan oleh segelintir pihak itu bersifat dangkal dan berniat jahat terhadapnya.

‘‘Saya bukan spy (pengintip), sudah tentu dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Agenda saya (menyertai semula UMNO) adalah agenda negara dan bukannya atas tujuan tertentu atau melibatkan kepentingan mana-mana individu di dalam mahupun di luar UMNO,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Ezam, 41, ditanya mengenai tanggapan pihak tertentu bahawa penyertaan semula beliau ke dalam UMNO adalah bagi memudahkannya bertindak sebagai ‘pengintip’ untuk parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan UMNO.

Semalam, beliau mengumumkan kembali kepada UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada PKR pada April tahun lalu.

Mohamad Ezam bertindak keluar daripada parti itu setelah kecewa dengan corak kepimpinan PKR yang dikatakan dikuasai secara eksklusif oleh golongan tertentu yang berkepentingan peribadi.

Ditanya lebih lanjut, menurutnya, beliau tidak disogok oleh mana-mana pemimpin parti pembangkang untuk bertindak sebagai pengintip bagi menjatuhkan parti keramat orang Melayu itu.

“Saya tidak berhubung langsung dengan pemimpin PKR untuk menjadi pengintip atau sekadar untuk memaklumkan kepada mereka mengenai penyertaan saya ke dalam UMNO,” katanya.

Tegasnya, matlamat beliau ialah untuk berjuang membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat perubahan kepada negara.

Tambahnya, beliau merancang berjumpa dengan ahli-ahli UMNO selepas ini bagi menjelaskan tujuannya menyertai parti itu ialah semata-mata untuk negara.

“Dalam penerangan itu nanti, saya tidak akan menyentuh soal cara untuk ‘menjatuhkan’ pemimpin mana-mana parti sebaliknya hanya akan menjelaskan mengenai strategi dan perancangan dalam membuat perubahan dalam negara.

‘‘Mungkin saya akan ceritakan sedikit tentang apa yang tidak kena dalam PKR tetapi tidak berniat apa-apa sebaliknya hanya sekadar mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO,” katanya.

Sementara itu di Petaling Jaya, Mohamad Ezam berkata, pengumuman Perdana Menteri mengenai penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia merupakan kenyataan paling penting yang mendorongnya menyertai semula UMNO.

Beliau yakin Perdana Menteri komited memastikan proses memerangi rasuah di negara ini akan berjaya apabila membuat keputusan paling sukar memberi kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk bertindak.

‘‘Sepanjang 10 tahun (di luar UMNO) saya melalui liku perjuangan yang getir dan pelajaran paling berharga bagi saya ialah kesedaran bahawa kemelut masyarakat dan negara ketika ini berpunca daripada rasuah dan penyelewengan,’’ katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau diberikan ganjaran tertentu untuk menyertai UMNO.

Jelas Mohamad Ezam, beliau tidak pernah keluar daripada UMNO, sebaliknya dipecat pada 1998 kerana lantang mengkritik presiden parti ketika itu.

Ditanya sama ada beliau berhasrat memegang sebarang jawatan dalam UMNO, Mohamad Ezam berkata, beliau yakin mampu membuat perubahan tanpa kuasa dan sebarang jawatan dalam parti.

Mengenai kesediaan digunakan oleh UMNO untuk berhadapan dengan Anwar, beliau bersedia melakukannya.

‘‘Dalam politik kita sama ada menggunakan orang lain atau membiarkan diri kita dipergunakan,’’ ujarnya.

Beliau bagaimanapun menegaskan masih memegang prinsip bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dikaji semula demi keadilan rakyat.
Sumber: http://www.utusan.com.my/, 30 Mei 2008
Editor: Hendak berkata benar atau tidak kenyataan ini kena buat 'home work' dari pelbagai sudut. Tak boleh terus kata betul ataupun tidak. Kena cari 'link' dengan beberapa sumber maklumat yang lain. Lepas tu 'combine'kan info-info yang ada, baru boleh buat ulasan. Kalau tidak ia hanya sekadar petikan sahaja.

28 May, 2008

KEMASUKAN EZAM SAHKAN JANGKAAN


BEKAS Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor secara rasminya telah menyertai semula UMNO, petang semalam apabila menyerahkan borang permohonan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup parti itu.

Berita itu sebenarnya telah mengesahkan apa yang diramalkan oleh beberapa penganalisis sebelum ini. Cuma yang sedang ditunggu selepas ini, adakah bekas TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa masuk ke dalam UMNO semula?

Perlawanan sudah semakin hebat antara dua pihak. Satu di belah PM sekarang dan satu lagi di pihak kem yang menyokong Tun Dr Mahathir. Jika PM sekarang melalui menantunya, Khairi Jamaluddin bertindak lebih pantas, jawabnya Datuk Seri Najib tidak ada harapan untuk jadi PM selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kita tengok siapa yang lebih pantas? Siapa yang kena?

Politik memang sukar dijangka. Musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh. Tidak mustahil bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibawa masuk semula bagi menghalang legasi Tun Dr Mahathir.

Walaupun Datuk Seri Anwar berada di pihak pembangkang, namun, pihak yang mencaturkan ‘game’ ini adalah pihak yang sama. Dan pihak yang dimaksudkan itu mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang akan datang.

Sebuah akhbar Israel telah meramalkan bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri. Media-media Barat telah memainkan isu “Anwar will be the next Prime Minister”. Kita tahu, beberapa agensi media luar negara termasuk BBC dan NST Singapura dinaungi oleh badan perisikan.

Tentu anda tahu siapakah yang mencatur politik bukan sahaja di negara ini bahkah di negara-negara lain terutamanya negara Islam. Tanyalah Tun Dr Mahathir, pasti beliau sudah tahu kerana beliaulah satu-satunya pemimpin Malaysia yang berani menghentam golongan ‘pencatur’ berkenaan iaitu golongan Neo-kon!

Sebab itulah golongan ‘pencatur’ ini tidak mahu pemimpin yang disokong oleh Tun Dr Mahathir memimpin Malaysia supaya golongan ‘pencatur’ itu mudah mempergunakan mereka. Pendek kata, apa sahaja yang bersangkutan dengan kem Mahathir mesti ‘ditamatkan’ pengaruhnya.

Ingat sejarah pembunuh Presiden Amerika, JF Kenedy? Siapakah di belakang pembunuhan tersebut? Kita lebih suka melihat persoalan – kenapa Presiden Amerika itu dibunuh? Jawapnya kerana kelantangannya mengkritik golongan Neo-kon. Ada tiga sebab kenapa dia dibunuh. Salah satu sebabnya, Kenedy mengkritik Israel dalam soal pembinaan senjata nuklear. Dia juga mengkritik golongan Neo-kon yang mempengaruhi pentadbiran White House.

Kalau negara sebesar Amerika itu boleh dikawal dan dikuasai, apatah lagi negara seperti Malaysia. Negara Islam yang pernah mengalami ‘pemimpinnya dicatur’ adalah Syria, Iraq, Turki, Afghanistan, Pakistan, Kuwait dan sebagainya.

Artikel ini begitu berat untuk ditulis. Dalam ketika menggarapnya, terdapat banyak gangguan. Akses internet tiba-tiba ‘break down’ beberapa kali. Terdapat gangguan pada skrin yang pelik-pelik yang mana sebelum ini tidak pernah berlaku. Artikel ini sukar disiapkan kerana gangguan itu. Terpaksa berpindah ke lokasi yang lain. Sayang sekali, ‘Hard Disk’ komputer ini perlu dimusnahkan. Kita sudah mengagak, komputer ini telah dikesan! Apa pun, ia tidak menghalang untuk kita terus membongkar ‘pencatur-pencatur’ jarak jauh itu.

Beberapa peristiwa pembunuhan pemimpin di seluruh dunia, yang sukar dikesan, yang sukar dipastikan, arahannya datang dari golongan ‘pencatur’ berkenaan dengan menggunakan aset-aset (ejen perisikan) di seluruh dunia.

Aset-aset dipergunakan demi kepentingan mereka. Mereka melindungi identiti mereka sebagai kedutaan, pegawai kewangan, wartawan, penyelidik, dan ahli-ahli politik baik di dalam kerajaan mahupun pembangkang.

Kita berharap agar Tun Dr Mahathir dapat berbuat sesuatu. Begitu juga dengan Yang Dipertuan Agong dan juga anggota risikan terutamanya MIO dan juga BPN semuanya bertindak lebih pantas. Memang sukar hendak percaya, tetapi itulah realitinya. Musuh yang paling kejam adalah Yahudi!

Kepada teman-teman yang membaca blog ini, seharusnya tahu apa yang patut dilakukan. Blog ini bukan untuk dipromosikan!



BERITA TEKINI - EZAM LAGI

TERBARU: Ezam Mohamed Noor beberapa jam yang lalu berada di bilik menunggu pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen bagi mengadakan pertemuan empat mata antara mereka. Setibanya di bangunan Parlimen, Ezam berkesempatan bertemu dengan beberapa pemimpin UMNO yang kebetulan baru selesai menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO di bangunan Parlimen. Antara mereka ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Bendahari UMNO, Datuk Azim Zabidi.

Berita dipetik jam 4. 03 minit.

27 May, 2008

EZAM JUMPA PM DI PARLIMEN PETANG NI!!!

BEKAS Ketua Pemuda Parti Keadilan, Ezam Mohd Nor dijangka akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen jam 3 petang ini. Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu, semasa pertemuan itu Ezam akan mengumumkan hasratnya untuk menyertai UMNO semula. Ia mengesahkan khabar-khabar angin yang melanda sejak ke belakangan ini.

Berita dibuat jam 1.30 petang, 28 Mei 2008

TEORI EZAM MASUK UMNO

Baru 72 Jam mantan Perdana Menteri membuat pengumuman yang mengejutkan negara, kita digemparkan pula dengan berita bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat atau Keadilan Nasional pada masa itu iaitu Ezam Mohd Noor yang ingin menyertai UMNO.

Memang benar tiada sekatan untuk sesiapa sahaja menyertai UMNO asalkan ia seorang berketurunan Melayu tetapi kenapa beliau ingin sertai UMNO selepas Tun Dr. Tun Dr. Mahathir keluar UMNO? Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena denganya. Penulis ada beberapa teori kenapa Ezam memilih menyertai UMNO sedangkan PKR melalui Pakatan Rakyat sudah hampir menguasai Malaysia. Ini sudah tentu ada yang tidak kena.

Teori Pertama

Kemungkinan kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO dirancang oleh Khairy Jamaluddin untuk dijadikan 'alat politik' atau 'political tools' untuk menumbangkan sesiapa sahaja yang ingin melawan beliau sebagai calon Ketua Pemuda UMNO dan sekaligus beliau mungkin akan menggunakan 'taktik kotor' atau 'Dirty Tactic' untuk memastikan jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah miliknya dan bukan milik Mukhriz mahupun Dr. Khir Toyo. Sekaligus akan membuatkan beliau muncul Ketua Pemuda yang menang tanpa bertanding.

Menurut skuad perisik penulis cubaan membawa masuk Ezam ini di dalangi Datuk Norza Zakaria yang merupakan orang kuat Khairy Jamaluddin. Norza juga orang yang sama mempertemukan Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim di dalam usaha beliau memberikan passport kepada Anwar Ibrahim. Jadi penulis boleh katakan kemasukkan Ezam ini adalah salah satu strategi Khairy Jamaluddin untuk mempertahankan kedudukanya yang sedang 'terancam' pada masa ini.

Teori Kedua

Bagi menjaga kedudukan bapa mertua Khairy yakni Abdullah Haji Ahmad yang terkenal dengan nama Ayah Lah ini yang pada dasarnya akar umbi sudah tidak berminat dengan kepimpinan Ayah Lah terutamanya di negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang dan BN sudah menjadi pembangkang di sana.

Sebenarnya pada masa ini kedudukan Abdullah Haji Ahmad atau Ayah Lah ini sudah 'terancam' jadi mungkin Khairy Jamaluddin sudah memikirkan strategi untuk mempertahankan kedudukan Bapa Mertuanya iaitu Ayah Lah sudah tentu 'taktik kotor' juga digunakan untuk menjatuhkan populariti sesiapa sahaja yang ingin melawan ayanda mertuanya itu. Jadi tidak mustahil dengan cara ini kepimpinan Abdullah Haji Ahmad akan diteruskan selepas Pemilihan Agung UMNO pada Disember ini.

Teori Ketiga

Satu Pilihan Raya Kecil mungkin akan berlaku di dalam jangkamasa terdekat ini memandangkan Parti Keadilan Rakyat akan membawa masuk Anwar Ibrahim ke Parlimen melalui satu pilihan raya kecil. Jadi siapa calon terbaik untuk menentang Anwar Ibrahim pada fikiran Parti Abdullah Haji Ahmad. Sudah tentu Ezam akan dipertanggungjawabkan untuk berperang dengan Anwar Ibrahim dan sekiranya ini terjadi penyokong-penyokong BN dan juga penyokong-penyokong PKR akan menjadi "Diluah mati mak, ditelan mati bapak" contohnya bagi penyokong BN mereka akan menjadi serba salah kalau tak undi Ezam nanti Anwar Ibrahim jadi Ahli Parlimen jadi nak atau tak nak kemungkinan besar mereka akan mengundi Ezam, bagi pihak Parti Keadilan Rakyat pula sudah tentu dia memikirkan 'ada yang tidak kena' dengan Anwar Ibrahim sehinggakan pejuang beliau sudah menderhakai beliau jadi ia juga meletakkan penyokong PKR didalam keadaan serba salah jadi ada kemungkinan penyokong PKR yang pro Ezam akan mengundi Ezam. Itulah antara strategi licik Khairy Jamaluddin untuk mengekalkan kekuasaan Kerajaan Tiga Beranak.

Teori Keempat - Pintu Kedua untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kemungkinan Khairy Jamaluddin akan mempergunakan Ezam untuk membawa masuk semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan secara tidak langsung membuka pintu kedua untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO, pintu ini lebih mudah jika dibandingkan tawaran royalti minyak 20% untuk Kerajaan Negeri kerana cuba bayangkan kalau masing sekiranya Sabah mendapat royalti minyak 20% sudah tentu negeri-negeri lain yang mempunyai hasil minyak seperti Terengganu dan Sabah menuntut 20% royalti minyak juga jadi ia akan menjadikan jumlah semuanya 60% jadi adakah cukup baki 40% ini untuk menampung perbelanjaan Kerajaan Persekutuan?

Jika Anwar Ibrahim memilih pintu melalui UMNO sudah tentu cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri yang terkubur seketika akan menjadi kenyataan sekiranya dan lebih mudah jika melalui Parti Abdullah Haji Ahmad. Jadi kemungkinan Parti Keadilan Rakyat akan dibubarkan dan perlu ingat Politik ini sejuta kemungkinan jadi tiada perkara yang mustahil di dalam politik.

Itulah diantara teori-teori yang penulis rasakan mungkin akan terjadi selepas kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam Parti Abdullah Haji Ahmad. Jadi ahli-ahli Parti Abdullah Haji Ahmad hendaklah bersedia daripada sekarang dan jangan mudah tertipu dengan tuduhan yang akan dicipta kepada sesiapa sahaja yang berniat untuk melawan Presiden Parti Abdullah Haji Ahmad ini. Fikir-Fikirkanlah kerana walaupun Esok masih ada kita belum tahu Esok milik siapa.

sumber
http://suaragenerasimuda.blogspot.com

22 May, 2008

Ezam masuk UMNO: Konspirasi terancang menantu PM, Norza Zakaria

Hari ini heboh satu negara mengenai isu kemasukkan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor kedalam UMNO. Semuanya bermula apabila akhbar The Star melaporkannya.

Dalam laporan laman web Malaysiakini, Ezam berkata beliau berada diluar negara dan akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas pulang minggu hadapan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan desas-desus mengenai kemasukan beliau kedalam UMNO.

Dalam laporan The Star, Ezam dikatakan masuk semula kedalam UMNO setelah mendapat lampu hijau daripada pimpinan tertinggi UMNO.

Ketua Penerangan UMNO juga dalam kenyataan beliau hari ini mengalu-alukan kemasukan Ezam yang juga aktif dalam GERAK, sebuah NGO yang memperjuangkan Malaysia bebas dari rasuah. Klik disini.

Siapa dibelakang semua ini?

Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah menantu kepada PM, Khairy Jamaluddin.

Siapa bersama menantu PM dalam usaha untuk membawa Ezam masuk UMNO?

Tidak lain tidak bukan ialah Datuk Norza Zakaria, orang kuat menantu PM.

Apa tujuan Ezam dibawa masuk UMNO?

Tidak lain tidak bukan untuk memastikan Pak Lah terus berkuasa dan membunuh saki-baki pengaruh Tun Dr. Mahathir didalam UMNO.

Mengapa Ezam?

Sebelum ini memang sudah ada beberapa kali pemimpin PKR yang menyertai UMNO. Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Ruslan Kasim, Hanafiah Man dan beberapa orang lagi telah menyertai semula UMNO sebelum pilihanraya umum 2004 dan sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah Badawi dari 2004-2008.

Akan tetapi kemasukan mereka-mereka ini menyertai semula UMNO tidak mempunyai nilai "berita" dan tidak memberi apa-apa makna kepada UMNO.

Parti yang ditinggalkan mereka juga tidak menjadi lemah malahan menjadi semakin kuat selepas tiadanya orang-orang seperti Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Hanafiah Man dan beberapa orang lagi.

Dengan kemasukkan Ezam kedalam UMNO, kekuatan Pak Lah dan menantunya akan bertambah didalam UMNO. Seperti yang diketahui umum, Ezam adalah seorang yang komited dalam perjuangan untuk melawan rasuah. Beliau pernah ditahan ISA dan ditahan di Penjara Kajang oleh kerana mendedahkan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO.

Selain daripada menakutkan penentang-penentang Pak Lah didalam UMNO, sekaligus akan menguatkan kembali kem Pak lah dan menantunya didalam UMNO.

Apa peranan Norza Zakaria?
Satu ketika dahulu kami pernah mendedahkan bagaimana Norza Zakaria "membeli" Anuar Mohd Noor pengendali laman web www.umno-reform.com dan blog http://www.arahkita.blogspot.com dengan harga RM 200, 000. Anuar Mohd Noor "dibeli" oleh Norza untuk menjaga Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA).

INSKA adalah sebuah badan "think-thank" yang menjadi pemikir kepada Norza Zakaria untuk menjayakan agenda menantu PM.

Ezam Mohd Noor yang merupakan pengerusi GERAK telahpun meletakkan jawatannya baru-baru ini didalam satu mesyuarat tergempar GERAK yang dihadiri oleh kesemua Ahli Lembaga Pengarah GERAK dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Mohd. Nazree Yunus.

Siapa Mohd Nazree Yunus?

Beliau adalah Koordinator kepada INSKA yang dipimpin oleh Anuar Mohd Noor. Apabila Mohd Nazree menjadi Pengerusi GERAK, maka jelas tangan Anuar Mohd Noor akan berada didalam NGO Anti Rasuah tersebut.

Bila tangan Anuar Mohd Noor berada dalam GERAK, ertinya tangan Norza juga berada disitu. Bila ada Norza, sudah pastilah menantu PM juga ada saham.

Nampak tak "kelicik"kan mereka?

Dengan ini, GERAK akan menjadi salah satu lagi senjata bagi menantu PM untuk membunuh musuh-musuh politik Pak Lah.

Mudah sahaja, dengan satu laporan rasuah GERAK kepada BPR, siasatan akan dimulakan dan mana-mana musuh Pak Lah akan menghadapi tuduhan rasuah.

Dengan ini penentang-penentang Pak Lah akan mengalami "sindrom takut" dan tidak berani untuk memberi sokongan kepada Ku Li atau mana-mana pemimpin yang akan mencabar beliau dalam Pemilihan Agung UMNO yang akan datang.

Selain daripada itu, menantu PM juga dapat memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding. Dato' Seri Khir Toyo dan Dato' Mukhriz juga mungkin terpaksa berundur jika Ezam berada dalam UMNO. Ezam akan mengarahkan GERAK untuk mencari apa-apa isu rasuah yang boleh dikaitkan dengan Khir Toyo atau Mukhriz.

Jika laporan BPR dibuat, sama ada benar atau tidak, imej kedua-dua tokoh tersebut pasti akan tercalar dan persepsi buruk akan dilihat oleh perwakilan UMNO kepada mereka.

Masihkah kita terlupa siapa yang membawa menantu PM ke rumah Anwar Ibrahim untuk menyerahkan passport? Ezam lah orang itu. Melayu jangan cepat lupa sangat....

Apakah kemasukkan Ezam kedalam UMNO adalah perancangan menantu PM dan Anwar? Saya pun belum pasti. Tetapi boleh dilihat pertaliannya. Seperti yang sedia maklum, ramai orang-orang UMNO percaya Khairy Jamaluddin mempunyai "deal" dengan Anwar Ibrahim.

Kita boleh lihat bagaimana Anwar yang jarang menyerang Pak Lah. Fokus Anwar lebih tertumpu kepada menyerang Datuk Seri Najib dan Tun Dr. Mahathir.

Apa-apa pun setakat ini blog Anti Khairy hanya mahu mendedahkan bagaimana menantu PM, Norza Zakaria dan INSKA berperanan membawa Ezam masuk kedalam UMNO.

Selebihnya akan didedahkan kemudian.

Akan Datang: Dato' Seri Najib Tun Razak harus lebih berhati-hati kepada Pak Lah dan menantunya.

Anak Jati Rembau.

Sumber: www. antikhairi.blogspot.com

19 May, 2008

Mantan PM Keluar UMNO!!!



Saya tidak pun terkejut apabila mendapat tahu Tun Dr Mahathir buat kenyataan keluar UMNO malah berasa sangat gembira dengan tindakan mantan PM itu.

Bila orang sms kepada saya, saya macam 'tak percaya. Tapi bila dapatkan maklumat dari sumber-sumber yang lain, tak terkejut, seronok adelah.

Berikut adalah laporan dari harakahdaily.net:


ALOR SETAR, 19 Mei - Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

?Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,? katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.
Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.


Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981.

Mesejnya sudah terang, tak payah nak suluh-suluh lagi. Pak Lah kena letak jawatan! Parti UMNO sekarang sudah kelam-kabut. Tindakan mantan PM itu lagi buat ahli-ahli kelam kabut.

Di kalangan ahli UMNO peringkat bawahan (grassrot) yang ahlinya ternyata lebih ramai dari ahli yang di atas (piramid), sudah tentu tindakan Tun Dr Mahathir itu satu kejutan bagi mereka. Memang dipercayai golongan peringkat bawahan ini masih ramai yang simpati malah menyokong apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir demi mengajar kesombongan pemimpin 'boneka' sekarang.

Saya fikir, sebelum Pak Lah berbuat sesuatu terhadap Tun Dr Mahathir mengenai kes Pita Linggam, mantan PM ini telah bertindak lebih pantas. Pak Lah baru nak berfikir nak buat tindakan, Mahathir lebih pantas bertindak! Mahathir menang dulu.

Tindakan Tun Mahathir itu dari segi psikologi telah memalukan PM sekarang. Bekas orang nombor satu ini telah beri 'signal' kepada pemimpin nombor satu sekarang supaya letak jawatan. Kenapa perlu letak jawatan? Kerana kepimpinan yang lemah.

Pak Lah kena terima hakikat bahawa kepimpinannya tidak lagi disokong oleh peringkat akar umbi begitu juga dengan 'special branch'. Pemimpin yang tidak mendapat dokongan kuat dari akar umbi dan juga anggota masyarakat perisikan, sudah tentu pemimpin itu pemimpin yang lemah.

Di mana-mana negara, kekuatan seseorang pemimpin adalah didokong kuat oleh masyarakat perisikan. Dan kejatuhan pemimpin tidak dapat tidak adalah faktor dari bidang perisikan.

Apabila seseorang pemimpin itu berkeadaan lemah, sudah tentu ia memberi ancaman lebih-lebih lagi negara yang memiliki berbilang kaum.

Tun Dr Mahathir masuk UMNO semula sekiranya Pak Lah letak jawatan dan ditukar dengan kepimpinan yang lain. Sudah tentu tindakan mantan PM itu adalah satu sebab - Pak Lah letak jawatan. Senang sahaja, yang susah apabila tidak mahu menerima kenyataan.

Tapi nampak gayanya PM sekarang tidak ada perasaan malu, sudah tentu tidak berganjak dengan pendiriannya yang tegar. Dan apabila tetap dengan pendiriannya, barang ditakuti perkara yang tidak baik akan berlaku kerana disebabkan kepimpinan yang teramat lemah dari sudut pendangan masyarakat perisikan, negara kita sekarang terdedah dengan pelbagai ancaman.

Untuk mendapat sebuah kemerdekaan, haruslah ada pengorbanan. Kalau tidak diri sendiri yang berkorban, orang lain yang akan dikorbankan. Daripada ramai menjadi mangsa dikorbankan (tak tahu apa-apa, tak sedarpun!), lebih baik hanya korbankan seorang manusia sahaja. Ini lebih baik dari mengikut sejarah terdahulu.

13 May, 2008

Hubungan Anwar-Wolfowitz dipersoal

AHLI Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir semalam mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui.

Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush.

Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat pada hari semalam (Selasa, 13 Mei 2008).

Wartawan WARTA ONE turut berada di dalam Parlimen bagi memantau perkembangan di dalam bangunan Parlimen semalam.

Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS.

Sebenarnya, hubungan Anwar dengan Wolfowitz memang telah diketahui umum. Kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir semalam di dalam Parlimen adalah mengesahkan apa yang telah orang ramai ketahui. Siapakah Wolfowitz, ramai yang ketahui latar belakangnya. Kalau tak percaya, bacalah buku "Dalang-dalang Peperangan".

Nama Wolfowitz yang merupakan keturunan Yahudi menjadi salah satu watak utama yang menyebabkan berlakunya beberapa siri peperangan khususnya di Asia Barat.

12 May, 2008

Adakah Helah Di sebalik Laporan Polis Terhadap Karpal Singh?


Tindakan Karpal Singh membangkang permintaan Tuanku Sultan Perak untuk melantik semula Dato Jamry Sury sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak telah menaikkan kemarahan orang Melayu.

Dalam beberapa hari selepas Dato’ Shafee Abdullah menyatakan Karpal Singh boleh dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Hasutan, Pak Lah telah mengarahkan Dato’ Tengku Adnan untuk membuat laporan polis pada hari Jumaat lepas.

Arahan itu agak ganjil kerana lazimnya arahan atau rancangan sedemikian tidak dikatakan secara terbuka tetapi dilakukan senyap-senyap dan dilaksanakan terus oleh orang ramai atau akar umbi.

Ini tentu menimbulkan sangkaan bahawa Pak Lah mempunyai motif untuk mengeluarkan arahan tersebut. Mengapa pula Pak Lah ingin meludah ke langit?

Bukankah dia sendiri melakukan kesalahan yang sama jika dipetik kata-kata Dato Shafee, “menimbulkan pergeseran antara istana dan rakyat”, semasa enggan menerima penolakkan istana kepada perlantikan semula Dato Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu?

Mutakhir ini, mudah disimpulkan sebarang tindak tanduk Pak Lah adalah hanya untuk menguatkan kedudokan politiknya yang sudah goyang menunggu rebah.

Walaupun tekanan lompat parti dan politik dalaman UMNO sudah reda sedikit, mungkinkah Pak Lah masih risau dengan kuasa Raja sebagaimana dalam satu peruntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Karpal Singh dan Mulutnya

Selepas prestasi yang sunggoh menakjubkan DAP di dalam PRU12, sedikit demi sedikit DAP telah dilihat menunjukkan "tocang".

Kenyataan pertama Ketua Menteri baru Pulau Pinang mahu menghentikan polisi-polisi yang berkaitan dengan DEB. DAP Perak menuntut jawatan Menteri Besar. Walaupun ia telah memohon maaf, Lim Kit Siang membangkang pemberiaan jawatan Menteri Besar kepada PAS oleh istana. Di Selangor, pentadbiran negeri dilihat seolah-olah dikuasai oleh Ronnie Liew dan Teresa Kok.

Di dalam episod ini, tindakan kasar Karpal Singh mula melukakan hati orang Melayu apabila memberi amaran kepada PAS untuk menghentikan impian mendirikan negara Islam. Walaupun ia adalah agenda PAS dan mungkin tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong UMNO, orang UMNO mungkin tersentuh kerana UMNO telah menginterpretasikan Perlembagaan sebagai Malaysia adalah negara Islam.

Pertelagahan terbaru Karpal Singh dengan Raja-Raja (dan orang Melayu) bermula apabila ia membantah apabila Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra mengulang pendirian status negara Islam di pembukaan Perhimpunan Badan Bertindak Melayu di PWTC pada April 12hb, 2008.

Karpal Singh dilihat memperlekehkan upacara mengangkat ikrar permulaan Parlimen dalam membahas titah ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Ini telah menimbulkan pertelingkahan baru dengan YB Dato Ibrahim Ali, ahli Parlimen bebas dari Pasir Mas.

Perasaan meluat orang ramai bertambah lagi melihat kerapnya Karpal Singh mengganggu perjalanan Parlimen dalam siaran langsung Parlimen di RTM 1.

Tindakan Karpal Singh mempersoalkan Sultan Perak, yang sebagai bekas President Mahkamah Persekutuan pasti fasih dalam hal-hal perundangan, dilihat orang Melayu sebagai biadap dan “kurang ajar”. Orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat pun cuba menjauhkan diri dari kontroversi.

Walaupun pelbagai suara ramai dan laporan polis telah dibuat, Karpal Singh enggan meminta maaf dan menganggap kenyataannya tidak salah. Padanya, ia hanya menjelaskan isu perundangan .

Populariti Raja

Perarakan besar-besaran Gelombang Kuning/Bersih pada bulan 10 November 2007 telah meningkatkan populariti rakyat berbilang kaum terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Pengaruh Institusi Raja mula berkurangan sejak krisis perlembagaan pada tahun 1983. Pada tahun itu, beberapa peristiwa telah mengakibatkan pergeseran antara rakyat dan Raja-raja Melayu, yang berakhir dengan beberapa pindaan Perlembagaan yang melibatkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, terutama tahun lepas, suara Raja-Raja Melayu mula mendapat tempat di hati rakyat dengan kelantangan Tengku Mahkota Perak, Raja Nazrin menegur dan menyuarakan isu-isu yang berkaitan rapat dengan kenegaraan, sistem kehakiman dan kumpulan “special interest”.

Setelah dilihat teguran Tun Dr Mahathir diketepikan dengan biadap oleh pucuk kepimpinan kerajaan, rakyat mula diyakinkan oleh aktivis-aktivis tertentu bahawa tinggal Raja-Raja Melayu saja pilihan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran cuai dan lemah Abdullah Badawi.

Mereka berjaya meyakinkan orang ramai bahawa perarakkan Gelombang Kuning mendapat restu Raja-Raja Melayu. Malah, mereka percaya Raja-Raja Melayu tidak selesa dengan halatuju kerajaan pimpinan Pak Lah dan memberi kepercayaan kepada Raja-Raja Melayu untuk melakukan sesuatu.

Selepas PRU12, Raja-Raja Melayu telah memainkan peranan yang menyerlah dalam perlantikkkan Ketua-Ketua kerajaan negeri. Tindakan Raja-Raja Melayu ini begitu popular kepada kebanyakkan rakyat biasa.

Kuasa Agong Memecat

Walaupun tuntutan rakyat dan akar umbi UMNO begitu jelas telah menolak Pak Lah, beliau masih jelas berdegil ingin mempertahankan kedudokkannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Usaha berkempen dengan pendekatan memujuk telah dimulakan secara besar-besaran untuk memenuhi tuntutan kumpulan "special interest" dan rakyat bukan Melayu, dan menjemput ketua-ketua cawangan UMNO ke Kuala Lumpur untuk beramah mesra.

Seiring dengan itu, taktik kotor sedang dimainkan melalui media dan cara “kepong mengepong” dan menenggelamkan suara tuntutan perubahan di Majlis rasmi UMNO dan mungkin sekali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, untuk memberi tanggapan Pak Lah sedang diterima kembali.

Namun, kenyataan Dato Anifah Aman untuk tidak menyokong undang-undang lompat parti memberi suatu petunjuk kelemahan kedudokkan Pak Lah adalah di Parlimen. Mungkin sekali, Pak Lah menyedari ruang kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Agong untuk memecatnya. Sila lihat klausa Perlembagaan Persekutuan berikut:

43(4) If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the Members of the House of Representatives, then unless at his request the Yang Dipertuan Agong dissolves parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.

Arahan Pak Lah boleh dianggap ramai sebagai untuk mempopularkan diri dari kemarahan orang ramai, khususnya orang Melayu, terhadap Karpal Singh.

Namun, mungkinkah Pak Lah sedang memujuk Sultan Perak, yang merupakan antara Sultan yang paling senior sekali, agar kluasa di atas tidak digunapakai jika berlaku sebarang penentangan terhadapnya di Parlimen?

Jangan lupa bahawa Pak Lah telah memperlihatkan kononnya sedia akur pada permintaan Tuanku Sultan Perak untuk mereformasikan badan kehakiman.

Dipetik dari sumber: http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Dah lama tak jumpa kawan ni... Hanya boleh baca blog dia sajalah.

08 May, 2008

13 Mei 1969

Saya lahir selepas beberapa tahun berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Mula mengetahui tarikh ini sewaktu di bangku sekolah. Selepas menamatkan sekolah, bangkit semula tarikh tersebut sewaktu berkhidmat dengan bekas setiausaha politik (setpol) Tun Dr Ismail, Allahyarham Tuan Haji Ikhwan Nasir, iaitu guru yang mengajar saya di bidang kewartawanan. Beliau menceritakan peristiwa tersebut kepada saya.

Dua tahun yang lalu, saya bertemu dengan seorang veteran UMNO yang mendedahkan kepada saya tentang bidang risikan. Dalam tempoh itu sehingga sekarang, melalui pemerhatian terhadap isu-isu politik semasa telah menyebabkan keinginan saya untuk mengkaji balik tarikh keramat berkenaan.

Dua hari yang lalu, saya meminta beberapa orang kawan yang bertugas sebagai wartawan supaya mencarikan saya buku berkenaan 13 Mei. Ada di kalangan mereka bertanya untuk apa? Saya jawab, research peribadi! Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, saya wajib mengetahuinya.

Dan semalam, saya memperolehi buku berkenaan. Alangkah terperanjatnya kerana apa yang saya jangkakan memang tepat. Apa yang saya jangka memang ada dalam buku yang saya beli semalam. Tak perlu saya nyatakan apa dia. Cuma saya memetik sedikit kandungan dari buku 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong, yang diterjemahkan oleh Siah Li Ling.

Muka surat 3 dalam tajuk Kelas dan Sistem Komunalisme menyatakan analisis pengarang buku berkenaan seperti berikut:

" .... rusuhan perkauman 13 Mei 1969 tentu sekali bukan satu ledakan keganasan perkauman yang spontan dalam sebuah masyarakat berbilang kaum. Dokumen-dokumen deklarifikasi ini dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat satu rancangan untuk melakukan keganasan perkauman ini."

Dalam perenggan yang lain: " ..... Ia bertujuan menggulingkan Tunku yang mewakili golongan aristokrat Melayu yang dianggap ketinggalan zaman. Ia adalah satu pemberontakan kilat. Ia telah mengubah haluan sejarah politik Malaysia dan menjamin kebangkitan serta perlindungan kelas pemerintah kapitalis Melayu baru melalui Dasar Ekonomi Baru."

Muka surat 52, dalam ringkasan menyebut: "Tidak dapat dipertikaikan, rekod-rekod menunjukkan bahawa rusuhan Mei 1969 telah dirancang dan dikelolakan dengan teliti, dan rusuhan adalah satu alasan bagi rejim baru untuk mengisytiharkan darurat supaya menghasilkan pertukaran rejim ..."

Ada dua perkara yang saya terkejut. Satu mengenai analisis saya yang tepat dan kedua bagaimana buku tersebut yang 'menelanjangkan' perkara yang sebenar mengenai rentetan perjalanan tahun 1969 dibenar dipasarkan secara terbuka! Mungkin inilah yang dikatakan dasar keterbukaan Perdana Menteri sekarang.

Dalam pandangan yang dipetik dari beberapa pihak mengenai buku itu, Sunday Star, 3 Jun 2007, melaporkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanir Omar sebagai berkata:

"Saya terperanjat mendengar kenyataan Dr Kua Kia Soong yang dibuat ketika melancarkan buku barunya atas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikarang berdasarkan laporan-laporan kakitangan Kedutaan British kepada Pejabat Luar Negeri British bahawa peristiwa tersebut telah diatur oleh anggota-anggota UMNO untuk menggulingkan Tunku Abdul Rahman. Beliau mendesak supaya mendirikan sebuah suruhanjaya untuk mencari kebenaran. Saya terkejut, kononnya beliau menambah bahawa kecuali ini dilaksanakan atau pun kecuali kebenaran didedahkan, perpaduan negara atau sesuatu yang serupa tidak akan tercapai. Peristiwa ini sudah berusia 38 tahun, saya fikir ia terlalu 'tua' untuk menjadi satu kemarahan yang patut dibiarkan mengancam perpaduan negara. Patutkah kita membiarkan masa lampau menghancurkan masa depan kita?"

The Sun, 19 Jun 2007 pula melaporkan:

"Kementerian telah memeriksa buku ini dan memutuskan bahawa ia tidak akan diharamkan di bawah Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984. Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata buku ini tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh membahayakan keselamatan negara. Polis tidak pernah merampas buku ini ataupun mengeluarkan sebarang amaran berkenaannya."

Memanglah ia tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh membahayakan keselamatan negara tetapi tindakan ini secara tidak langsung telah "membongkar" rahsia yang tersirat yang selama ini ditutup rapat oleh pihak-pihak tertentu yang "menggunakan" UMNO untuk tujuan tertentu.

Saya melihat tindakan yang dilakukan oleh 'tangan-tangan halus' itu dari sudut kebaikan tetapi penulis buku itu melihatnya dari sudut keburukan - tidak patut boleh berlaku begitu, tidak adil, lebih kepada perkauman. Pokoknya ia kelihatan buruk belaka!

Sebenarnya, kalau buku itu dibaca oleh orang Melayu secara tersirat - bukan membacanya sepintas lalu - ia boleh mengundang kemarahan kepada orang-orang Melayu yang tebal dengan fahaman nasionalis.

Yang pastinya, ada pihak yang terluka dengan dasar keterbukaan yang sebenarnya boleh mengancam keselamatan negara. Dasar keterbukaan sebenarnya telah mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Saya teringat dengan pertanyaan seorang yang mendakwa sebagai anggota cawangan khas. Dia bertanya kepada saya: "Awak agak-agak, Pak Lah boleh lama tak jadi Perdana Menteri?" Waktu itu Pak Lah belum pun menjadi Perdana Menteri dan pengetahun saya tentang bidang risikan adalah kosong. Waktu itu saya menjawab: "Entahlah, saya tak tahu apa-apa. Saya bukannya seorang penganalisis." Dia pun tersenyum.

Kenapa saya 'relate'kan pengalaman itu dalam catatan ini, kerana saya baru tahu sekarang bahawa betapa besarnya peranan bidang risikan bukan sahaja di negara kita, bahkan di seluruh dunia.

Sebaik sahaja membaca buku karangan Kua Kia Soong itu, saya boleh 'baca' apa perasaan anggota risikan pada waktu sekarang. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang terlibat di dalam 'mencorakkan' tarikh 13 Mei 1969 masih lagi hidup sekarang. Sangat sedih. Sangat marah. Dan padahlah kepada mereka yang membocor dan membantu pihak yang membocorkan apa yang sebenarnya ditutup.

Benarlah, Pak Lah tidak lama menjadi Perdana Menteri. Demi sebuah keamanan dan kedamaian serta rasa kasih sayang, Pak Lah harus berkorban dari terus menjadi Perdana Menteri. 'Dateline'nya sudah semakin hampir. Belajarlah dari peristiwa 13 Mei, sebab dan musababnya, yang tersirat, bukan yang tersurat.

Jika tidak berkorban, pasti keadaan semasa lebih mencemaskan. Dan hari ini, lead story akhbar Utusan Melayu: Melayu Marah - PM, sebenarnya telah mengajak pembaca khususnya kaum Melayu untuk ikut sama marah. Marah kepada siapa? Anda sendiri yang berasa marah boleh tahu jawapannya, tak perlu tanya pada orang lain.

Orang membacanya hanya melihat kemarahan orang-orang Melayu. Tetapi yang tersiratnya, Pak Lah tak lama jadi Perdana Menteri. Sama ada beliau meletak jawatan ataupun dijatuhkan. 'Signal'nya sudah ada. Kalau media 'dipengaruhi' untuk terus memainkan sentimen perkauman, kenyataan ini ada kebenarannya. Sesiapa yang dapat mem'baca' peristiwa 13 Mei, saya yakin mereka sealiran dengan saya.

'Signal'nya datang daripada pihak-pihak yang telah dilukakan. Bagi orang biasa, memang 'biul' untuk memahami keadaan semasa sekarang. Jika Pak Lah sudah belajar dari kesilapan pemimpin masa lalu dan memahami sebetul-betulnya peristiwa 13 Mei tetapi masih tidak berganjak dengan pendirian, itu bermakna Pak Lah hanya mementingkan diri sendiri dari kesalamatan orang awam. Orang yang tidak bersalah, yang tidak tahu apa-apa akan menjadi korban akibat berpegang pada pendirian.

Tindakan harus pantas. Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir harus diambil serius, bukannya main-main. Siapa yang bertindak terlebih dahulu: Pak Lah ataupun Anwar Ibrahim? Yang nyata, negara luar khususnya Barat mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Kenapa ye? Orang lain dah ulas.

Jika 'isu' lompat dipandang remeh dan apabila Pak Lah tidak diyakini, sudah tentu lompat secara sukarela akan berlaku. Krisis keyakinan terhadap kemimpinan telah memuncak. Itu terpulang kepada Pak Lah. Sama ada akan berlaku ataupun 'sengaja' dibiarkan berlaku untuk meneruskan kesinambungan pemimpin yang dikehendaki oleh negara Barat.

Sekarang ini, ideologi terbahagi kepada dua: satu yang mendokong ketuanan Melayu dan satu lagi yang memperjuangkan prinsip Malaysia Malaysian, kesamarataan. Realitinya yang berlaku hari ini, politik di negara kita masih tebal dengan pengaruh perkauman.

07 May, 2008

Kerajaan lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia - TDM

Kerajaan yang lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, demikian kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menerusi blognya chedet.com.

Beliau menegaskan, ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan keadaan ini.

Tegas beliau lagi, kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang, akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan berdasarkan teguran tersebut.

Di dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa. Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada mereka.

“Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.

Mungkin juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.

“Saya berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau ragu-ragu.

“Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya,” katanya lagi.

Selanjutnya Tun berkata, gandingan pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa kebaikan bagi Malaysia.Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?

Berkenaan kritikan beliau terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, beliau menegaskan: “Saya percaya saya mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.

“Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.

“Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang,” tegas beliau lagi.

Kenyataan penuh beliau boleh diperolehi menerusi blog http://www.chedet.com/
Pemerintah, negara Islam gagal
PERTAHAN NAMA ALLAH


Oleh wartawan Warta One

DARI hari ke hari, Islam semakin terhina. Baik di seluruh dunia atau dalam negara kita yang diwar-warkan (kononnya) negara Islam, agama yang dibawa oleh Rasulullah ini kian tidak dihormati.

Dalam negara kita yang diperintah oleh kerajaan UMNO/BN sejak lebih 50 tahun lalu jelas Islam semakin tercabar. UMNO yang mendakwa siang malam membela Islam rupa-rupanya hanya membela pemimpin mereka.

Cukup jelas. Puncanya adalah UMNO dan orang Melayu hari ini yang lemah. Kepimpinannya yang amat lemah dan lembik menyebabkan orang bukan Melayu mulai mendapat tempat dan kedudukan yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

Dalam negara kita, ‘Melayu’ ditafsirkan sebagai keturunan Melayu, mengamalkan adat resam dan membudayakan Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.

Dalam budaya amalan dan adat resam Melayu, ‘Allah’ itu adalah nama yang eksklusif bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Satu, Maha Pemurah, Bijaksana dan Pengampun. Dalam amalan mereka, orang Melayu tidak menggunakan ganti nama ‘Tuhan’ pun untuk memberikan maksud yang sama, tetapi ‘Allah’.

Ini kerana dalam amalan budaya Melayu, ‘Allah’ itu melambangkan kuasa kebesaran yang orang Islam sujud, menyembah dan meminta, manakala ‘Tuhan’ pula adalah ganti nama turun-temurun bagi kepercayaan lain yang bebas diamalkan selagi tidak bertentangan dengan ranah dan proses dakwah Islam.

Malangnya, baru-baru ini timbul pula isu yang membabitkan nama Allah. Semakin dibimbangi, Allah bukan lagi eksklusif untuk orang Melayu-Islam dan kedudukan Islam dicabar.

Keadaan atau gejala ini amat berbeza. Golongan bukan Melayu dan bukan Islam semakin berani mencabar penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam kitab dan gereja mereka. Lebih malang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkanya pula.

Penganut Kristian Katholik Malaysia telah memenangi hak untuk mencabar pengharaman perkataan Allah.

Kehakiman hari ini tidak lagi memihak kepada kepentingan majoriti negara, tetapi kehendak minoriti, yang sengaja mencari ruang dan peluang untuk menyelitkan agenda mereka mendapat kelebihan strategik.

Keadaan ini tidak sebagaimana masa lalu, apabila Ketua Hakim Negara bertindak tegas menurut lunas-lunas Perlembagaan dan memastikan kepentingan kumpulan majoriti dipertahankan terlebih dahulu.

Jelas terbukti kepimpinan hari ini begitu lemah dan tidak lagi berupaya mempertahankan apa yang hak bagi Orang Melayu-Islam di tanah air bumi Melayu ini. Apa yang selama ini menjadi hak eksklusif orang Melayu-Islam kini sudah boleh dijarah oleh orang lain tanpa sempadan.

Barangkali ini adalah permulaan bagi ketirisan budaya Melayu-Islam yang dibuat secara berstruktur, menurut Perlembagaan tetapi acuan pihak tertentu yang sengaja berusaha melihat Melayu-Islam Malaysia terdedah dan mudah dipengaruhi elemen dan anasir yang melemahkan jati diri, iman dan sifat memperjuangkan agama Allah, terutamanya pada zaman mencabar globalisasi ini?

Justeru, dalam soal ini, kata-kata keramat Hang Tuah tidak lagi benar! Melayu akan hilang di dunia. Proses kehilangan itu sedang berlaku sekarang. Tanpa Islam, Melayu tidak bererti lagi, malah merupakan rumpun Malayo-Polynesia, sama seperti di Ambon, Luzon atau Samoa.

Ini semua berlaku semasa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menerajui kepimpinan negara.

Pada hakikatnya, hari ini kita sebagai umat Islam adalah khalifah Allah di muka bumi Nusantara bertuah. Bagaimanapun, apakah kita bersedia berhadapan dengan Allah sedangkan kita gagal mempertahankan nama Allah itu di tanah air kita sendiri?
STRATEGI TERBARU MENANTU PM UNTUK SINGKIRKAN BAKAL PENGGANTI PM (1)

Pilihanraya umum ke 12 yang lalu telah menyaksikan bagaimana rakyat bersatu tanpa mengira parti politik untuk menyingkirkan Pak Lah dan keluarganya daripada persada politik negara.

Walaupun tidak menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), isyarat telah diberikan dengan jelas untuk meminta Pak Lah undur. Majoriti 2/3 kerusi parlimen yang selama ini menjadi tunjang kekuatan BN hilang begitu sahaja.

Sekarang apa yang membimbangkan ialah cakap-cakap mengenai Ahli Parlimen BN akan lompat untuk menyertai Pakatan Rakyat semakin hebat. Malahan Ku Li dan Najib Tun Razak tidak memandang ringan perkara ini.

Ramai pimpinan UMNO sudah mula sedar, jika Pak Lah dan menantunya terus berada dalam UMNO, sudah pasti UMNO akan hancur dan silap-silap menjadi pembangkang di Malaysia.

Kedengaran suara-suara daripada beberapa bahagian UMNO diseluruh negara mendesak Pak Lah untuk berundur. Menantu senyap seketika kerana hilang punca dan arah.

Beliau dipersalahkan kerana kekalahan UMNO dan BN dibanyak kawasan. Jika tidak ada menantu PM yang rakus, UMNO tidak akan dimalukan seteruk ini.

Menantu tahu, jika Pak Lah tersingkir daripada UMNO, masa depan politik beliau dan perancangan untuk menjayakan WPI yang akan menguntungkan Singapura dan Israel akan gagal.

Pihak perisikan Singapura datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan menantu PM disebuah tempat yang dirahsiakan. Dalam perbincangan tersebut, agen perisikan tersebut memberi arahan kepada menantu PM untuk membuat satu perancangan untuk memastikan Pak Lah terus berkuasa dan membersihkan nama menantu PM.

Ini bagi memastikan agenda mereka dapat diteruskan.

Lihatlah bagaimana menantu PM memerangkap Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein untuk memohon maaf dalam "isu keris". Apabila Hishamuddin memohon maaf, punca kekalahan UMNO dan BN telah beralih daripada menantu PM kepada Hishamuddin Tun Hussein.

Lihatlah sekarang bagaimana ramai ahli-ahli UMNO telah marah kepada Ketua Pemuda UMNO itu. Mereka mengatakan bahawa Hishamuddin telah menggadai maruah orang-orang Melayu apabila memohon maaf dalam isu keris tersebut.

Rakan-rakan daripada parti komponen juga sekarang telah menyalahkan Hishamuddin Tun Hussein akibat daripada tindakan "mencium keris" tersebut telah menjadi punca kepada kekalahan teruk BN dalam pilihanraya yang lalu.

Licik atau tidak? Hishamuddin Tun Hussein telah menjadi "kambing hitam". Menantu cuci tangan. Sekarang ramai yang terlupa bahawa kekalahan UMNO dan BN adalah berpunca daripada menantu PM.

Langkah kedua ialah untuk menyekat kemaraan Najib. Beliau tahu, jika ada pertandingan diantara Pak Lah dan Najib didalam pemilihan yang akan datang, Pak Lah pasti akan tersungkur.

Perancangan diatur. Hanya satu cara yang boleh dilakukan oleh menantu PM ialah dengan mengaitkan Najib dengan "kes Altantuya".

Setelah sekian lama "kes Altantuya" tidak dibincangkan, tiba-tiba ianya kembali menjadi buah mulut masyarakat dan laman-laman web dan blog.

Sehinggakan Timbalan Perdana Menteri terpaksa membuat satu kenyataan rasmi menafikan pengelibatan beliau dalam kes Altantuya menerusi Setiausaha Akhbarnya yang disiarkan oleh Malaysia Today.

Kenyataan rasmi tersebut dikeluarkan untuk menjawab tulisan Raja Petra yang bertajuk, "Let's send the Altantuya murderers to hell". Dalam tulisan tersebut, Raja Petra mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya.

Pada 2 Mei yang lalu, Raja Petra telah didatangi polis. Komputernya dirampas. Semalam beliau telah dituduh dibawah Akta Hasutan dan sekarang ini merengkok didalam penjara kerana tidak menjelaskan wang ikat jamin.

Ramai yang menyangka bahawa tuduhan terhadap Raja Petra adalah arahan daripada Najib. Ini adalah salah sama sekali.

Ini sebenarnya adalah perancangan jahat menantu PM.

Mengapa ini yang dilakukan menantu PM?

Ini adalah bertujuan untuk terus mengaitkan Najib dengan kes Altantuya. Apabila Raja Petra dituduh di mahkamah dan sekarang ini terpenjara, kes Altantuya akan terus menjadi perbincangan umum. Nama Najib sudah pasti akan dikaitkan kerana itulah yang menjadi modal parti pembangkang selama ini.

Lupakah kita siapa yang mula mengaitkan Najib dalam kes Altantuya? Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

Lupakah kita bagaimana rapatnya menantu PM dengan Anwar Ibrahim?

Lupakah kita siapa yang menghantar passport kepada Anwar Ibrahim selepas beliau dibebaskan dahulu?

Selain daripada itu, Najib akan dilihat jahat, ganas dan akan melakukan apa sahaja untuk membunuh musuh politiknya.

Jika ini berjaya dilakukan, Najib akan berada dalam bahaya. Lambat laun beliau akan dikaitkan dengan kes Altantuya. Maka Pak Lah akan terus berkuasa dan menantu akan terus berada dikemuncak kekuasaan.

WPI akan dapat diteruskan. Singapura dan Israel akan berjaya untuk menjajah bumi Malaysia. Akan bersambung.....

Anak Jati Rembau.

Dipetik dari sumber: http://www.antikhairy.blogspot.com/


Mukriz mulakan 'serang hendap' terhadap PM dalam isu BSA Tahir?

Oleh: Wan Nordin Wan Yaacob

Sekonyong-konyong anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukriz (BN Jerlun) bertanyakan soalan dalam sesi soalan dan jawab lisan di Dewan Rakyat mengenai persoalan mengapa BSA Tahir dianggap sebagai pengancam kepada keselamatan negara hingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Meskipun sebelum ini rakyat mengetahui ISA bukan sahaja digunakan di zaman kepimpinan Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi ianya digunakan sejak ia digubal pada tahun 1960 termasuk semasa zaman pemerintahan bapanya.

Namun tindakan ke atas BSA Tahir tetap menjadi perbualan hangat kerana isu ini tentunya boleh mengusarkan 'kerajaan tiga beranak' yang sering dipertikai Mukriz dan bapanya (Tun Dr Mahathir).

BSA Tahir amat dikenali sebagai tahanan ISA yang kini meringkuk di kem Tahanan Kamunting (Kemta) kerana didakwa terbabit dengan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual komponen nuklear kepada beberapa negara.

Pastinya pejuang anti ISA paling tidak lupa kepada satu dakwaan yang pernah mengaitkan antara anak Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah dengan BSA Tahir.

Ketika itu pejuang anti ISA mempertikaikan bagaimana Kamaluddin terlepas dengan akta tersebut sedangkan beliau didakwa ada kaitan dengan BSA Tahir.

Begitupun Menteri Dalam Negeri (KDN), Syed Hamid Albar hari ini sedikitpun tidak menyentuh soal pembabitan tersebut malah menyatakan bahawa BSA Tahir sebenarnya ditahan kerana dakwaan pembabitan dengan sebuah rangkaian yang mahu membangunkan nuklear.

Kata Syed Hamid, resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa konvensyen lain menghalang negara-negara lain membangunkan kuasa nuklear.

Tindakan menahan BSA Tahir di bawah ISA adalah bagi menghalang berlakunya ancaman terhadap soal keselamatan negara selain memastikan kepentingan negara diutamakan, kata Syed Hamid.

Mengulas isu ini, Mahfuz Omar (bekas tahanan ISA) yang kini menjadi ahli Parlimen Pokok Sena berkata, penahanan BSA Tahir adalam untuk menutup mulut beliau berhubung penglibatan tahanan ISA itu dalam syarikat milik anak Perdana Menteri (Scomi).

"Saya kira adalah tidak wajar untuk beliau ditahan dalam keadaan tidak ada tindakan dibuat ke atas Kamaluddin dan syarikat tersebut sedangkan beliau dikatakan ada kaitan antara mereka,"

"Adalah tidak adil kita mangsakan BSA Tahir hanya kerana tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat.Berilah pengadilan kepada BSA Tahir, kalau betul ada kesalahan yang jelas dilakukan dan biarlah mahkamah yang menentukan jika beliau bersalah.

"Paling tidak pun pengadilan perlu diberikan untuk setidak-tidaknya mengetahui untuk apa komponen nuklear itu dihantar ke Libya, dan siapa yang terbabit," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sekali-kali tidak pernah bersetuju dengan penggunaan ISA ke atas mana-mana individu dalam negara ini.

Baginya tidak kira siapa yang bersalah, atau disyaki bersalah mereka perlu dihadapkan di mahkamah terbuka untuk diadili.

Namun penggunaan ISA kini hanyalah untuk menutup beberapa perkara yang mungkin akan memberi kesan kepada kepentingan politik pemerintah sahaja, kata Mahfuz.

Beliau seterusnya memuji keberanian Mukriz dalam bertanyakan soalan yang sebenarnya adalah dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan BN.

Baginya sikap berani ahli Parlimen Jerlun ini boleh dicontohi oleh ahli Parlimen BN yang lain, dan beliau percaya soalan itu adalah soalan yang lahir dari Mukriz sendiri.

Namun Mahfuz tidak mahu mengulas kemungkinan soalan itu ditujukan MUkriz sebagai polemik kepada Perdana Menteri selepas umum mengetahui 'perang dingin' antara Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri.



Sumber: Harakahdaily.net, 8 Mei 2008.

Laporan di atas ada link dengan laporan artikel Kenapa wartawan jadi sasaran polis? - Kit Siang yang disiarkan semalam (rujuk jawapan dari sms yang saya perolehi sebelum ini .... "Pak Lah dah lama buat pakatan ikut telunjuk AS. Kalau tidak, anaknya Kamaludin dituduh teroris dan di Guatanamo Bay kerana terbabit dgn skandal SCOMI (program buat senjata nukliar utk Libya.").

SURAT TERBUKA MAHATHIR KEPADA TUNKU BERTARIKH 17 Jun 1969

Berikut adalah surat yang saya maksudkan dalam ulasan artikel sebelum ini bertajuk Kenapa wartawan jadi sasaran polis? - Kit Siang. Ada kawan nak beli buku yang saya baca itu walhal dia hanya nak tahu isi kandungan surat berkenaan.

Belum pun habis ulasan artikel sebelum ini, saya dah boleh dapat surat yang pada saya mesti dibaca oleh mereka yang nak belajar dari kesilapan masa lalu. Mudah sahaja, taip tajuk di atas dalam carian google atau yahoo, keluarlah 'list' yang menyenaraikan tajuk berkenaan.

Bacalah, dan cari yang tersirat. Carilah persamaan dengan keadaan semasa sekarang.


Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dankafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happiness” apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)

Sumber: members.tripod.com/Anwarite/mahathir_1969_open_letter.htm

06 May, 2008

Kenapa wartawan jadi sasaran polis? - Kit Siang

Oleh: Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Tindakan pihak polis yang menahan dua orang wartawan akhbar The sun yang membuat liputan mengenai kes penyelewengan wang Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) dianggap mempunyai unsur balas dendam selepas tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami BN pada pilihan raya umum lalu.

Lim Kit Siang (Ipoh Timur-DAP) berkata berita yang disiarkan akhbar tersebut dengan tajuk '10 juta hilang dalam masa tiga hari' telah menjadi punca kedua-dua wartawan tersebut ditangkap polis bagi membantu siasatan berhubung laporan tersebut.

"Kita seharusnya menggalakkan media menjalankan 'investigative journalism', dan yang menghairankan saya adalah kenapa wartawan menjadi sasaran pihak polis?

"Begitu juga dengan insiden tangkapan tiga wakil rakyat di Bachang, Melaka pada hari pekerja sehingga mereka dipukul, ditendang serta dikasari pihak polis," katanya dalam perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong semalam.

Perbahasan mengenai hal tersebut mendapat penjelasan Sim Tong Him (Kota Melaka-DAP) mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Bagaimanapun, ia menerima teguran Dato' Bung Moktar Radin (Kinabatangan-BN) yang menggunakan aturan mesyuarat menyatakan Tong tidak memandang kepada Yang DiPertua Dewan.

"Kedudukan saya di tepi ini menyebabkan seolah-olah saya tidak dapat menghadap YDP dewan secara terus," katanya.

Perbahasan diteruskan dengan hujah yang dibangkitkan oleh Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa-PAS) menyatakan bahawa wakil rakyat tidak sewajarnya diperlakukan seperti penjenayah.

"Tidak sewajarnya wakil rakyat digari dan dikasari kerana membela masalah rakyat," tegasnya.
Lim kemudian menegaskan bahawa apa yang berlaku membuktikan bahawa pihak polis telah digunakan pihak tertentu untuk kepentingan pihak tertentu.


"Polis tidak boleh menjadi alat kepada Umno-BN,"ujarnya seraya disambut sokongan sidang dewan. - mks.

Dipetik dari: http://www.harakahdaily.net/

Mungkinkah tindakan ini merupakan salah satu dari bentuk provokasi? Ada yang kata ya, ada yang kata tidak. Dua-dua jawapan boleh pakai.

Bermula dari jawapan tidak. Tidak kerana itu adalah prosedur biasa pihak Polis. Tangkapan itu bertujuan supaya pihak keselamatan mendapatkan maklumat berhubung laporan wartawan berkenaan. Daripada mana sumber wartawan berkenaan diperolehi? Adakah berdasarkan kepada fakta atau hanya cakap dengar daripada sebelah pihak? Atau ada agenda pihak tertentu? Pihak Polis sudah tentu menyiasat dari pelbagai sudut. Biarkan pihak Polis menjalankan tugas mereka.

Bagaimana kalau dikatakan ya provokasi? Memang ada di kalangan teman-teman mengandaikan tindakan itu berbentuk provokasi. Dan akan ada lagi tindakan yang sedemikian rupa selepas ini. Tidakkah peristiwa Raja Petra juga berbentuk provokasi? Kalau provokasi, apa motifnya? Untuk apa?

Semalam, ada kawan dari kalangan veteran UMNO yang dahulunya pernah mendedahkan saya tentang bidang risikan memberi jawapan melalui sms: "Pet akan jadi hero!" Pet merujuk kepada Raja Petra.

Kemudian disusuli dengan sms berikut: "Pak Lah mula bertindak keras atas penentangnya atas arahan Bush!"

Saya jolok lagi beberapa soalan supaya beliau menjawabnya dengan tepat. Dan ini jawapannya: "Pak Lah dah lama buat pakatan ikut telunjuk AS. Kalau tidak, anaknya Kamaludin dituduh teroris dan di Guatanamo Bay kerana terbabit dgn skandal SCOMI (program buat senjata nukliar utk Libya)." Itulah sms daripada beliau. Saya tidak ubah bahasanya.

Bagi orang biasa, agak sukar hendak menerima kenyataan apatah lagi membaca keadaan politik semasa sekarang. Sekarang apa yang telah berlaku? Lepas ini apa yang akan berlaku? Yang telah berlalu dan telah menjadi sejarah kenapa ia boleh berlaku? Contohnya perisitiwa 13 Mei, 1969. Dalam buku sejarah tak dinyatakan pun peranan yang dilakukan oleh 'tangan-tangan halus' yang menyebabkan orang-orang bertindak di luar fikiran dan kemanusiaan.


Tak percaya, bacalah surat terbuka Mahathir (sekarang Tun Dr Mahathir) kepada Tunku Abdul Rahman bertarikh 17 Jun 1969. Ada orang suruh saya baca buku "LEGASI MAHATHIR" tulisan Sivamurugan Pandian. Dari buku inilah saya dapat membaca surat Mahathir kepada Tunku, muka surat 407.

Orang biasa membaca surat itu mungkin membaca dari sudut yang tersurat. Tetapi yang tersiratnya, agak sukar hendak digali kalau tidak ada "sense" intelligent. "Sence" intelligent diperolehi dari 2: latihan ataupun anugerah Tuhan. Ada yang perolehi dari latihan, ada pula yang diberi oleh Tuhan dan ada juga kedua-duanya sekali.

Apa yang berlaku sebelum 13 Mei 1969 hampir sama dengan keadaan sekarang. Cuma ia tidak berlaku peristiwa hitam itu. Tetapi bukan bermakna tak berlaku sekarang, tidak berlaku akan datang. Ianya boleh berlaku lagi kalau pemimpin terus "berdegil", hanya mementingkan diri dan anak beranak daripada memikirkan rakyat bawahan.

Ya, sejarah telah berulang! Apa yang berlaku sekarang mirip apa yang berlaku pada zaman Tunku Abdul Rahman, cuma peristiwa rusuhan sahaja yang tidak berlaku. Dan berhati-hati, jika pemimpin sekarang masih mempertahankan nafsu peribadi, peristiwa berdarah itu boleh jadi berulang. Tanda-tandanya sudah ada!

Pemimpin sekarang harus betul-betul belajar dari kesilapan masa lalu. Kalau tidak, peristiwa hitam akan berulang!

Percayalah, selepas ni, akan ada lagi provokasi lain akan muncul. Untuk apa? Bagi yang dikurniakan deria intelligent oleh Tuhan ataupun mendapat latihan boleh faham akan apa yang diterangkan di sini.
Raja Petra didakwa terbit artikel menghasut

PETALING JAYA 6 Mei - Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerbitkan artikel berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu di laman blognya, dua minggu lalu.

Raja Petra yang merupakan pengendali blog pertama didakwa atas kesalahan seumpama itu dilihat tenang sepanjang prosiding serta mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurmala Salim.

Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ``Let’s Send The Altantuya Murderers to Hell’’ yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web Malaysia-Today yang mempunyai alamat web http://www.malaysia-today.net.

Raja Petra didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Nurmala membenarkan Raja Petra dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 6 Oktober depan. Bagaimanapun, Raja Petra memilih untuk tidak membayar wang ikat jamin dan dia telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh pada kira-kira pukul 3.15 petang ini. - Utusan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

Itulah berita mengenai Raja Petra. Teringat saya tulisan Raja Petra bertajuk TIGA JAHANAM yang telah diterjemahkan menerusi blog www.keadilanperak.blogspot.com. Berikut adalah terjemahan artikel Raja Petra yang disiarkan oleh blog berkenaan pada 21 Disember 2007:

Anda mungkin pernah mendengar tentang unholy trinity di Putrajaya – Bapa, anak dan holy ghost. Nanti, Jesus Christ tidak tinggal diPutrajaya, jadi batalkan rancangan anda untuk kesana hari Selasa ini. Bapa yang dimaksudkan disini ialah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, anaknya Kamal dan menantunya Khairy; yang mana setengah orang lebih suka menyamakanya dengan syaitan daripada holy ghost. Walaupun dengan kehadiran Jibrail, anak Khairy, ia masih belum dapat menukar unholy trinity kepada holy trinity.

Sementara semua mata tertumpu kepada holy trinity diPutrajaya, terdapat satu lagi unholy trinity, dan setakat ini tidak diberi perhatian dan sedang melakukan kejahatan mereka secara diam-diam tanpa sesiapa pun memberi tumpuan ataupun heboh dengan apa yang sedang mereka lakukan. Pakatan jahat ini ialah diantara Peguam Negara (AG), Ketua Polis Negara (KPN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Mari kita imbas kembali apakah yang telah berlaku setakat ini, untuk faedah mereka yang tidak mengikuti perkembangan ini melalui Malaysia Today.

Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan (BJP) ketika ini sedang mengerjakan haji diMekah.Biarpun ketika beliau sedang tawaf mengelilingi Ka’bah, ACA sedang menyediakan beberapa tuduhan baru untuk mendakwa beliau sekembalinya keMalaysia. Ini membuatkan saya bertanya, adakah Allah sebenarnya mendengar semua doa anda walaupun anda sedang berdoa di pekarangan ‘rumah’nya, sebagaimana orang-orang Islam percaya tentang Ka’bah. Mungkin Tuhan memilih untuk berkecuali, agar sejajar dengan kepercayaan orang-orang Islam bahawasanya Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu kecuali dia mengubah nasibnya sendiri.

Ya, Tuhan tidak akan mengubah nasib anda. Anda perlu berusaha untuk melakukannya sendiri. Dan sekiranya anda meloncat dihadapan sebuah bas yang sedang bergerak dan menjerit, ‘Tuhan selamatkan aku”, anda tetap akan mati dalam beberapa saat. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad “ikatlah unta kamu dahulu, kemudian berdoa kepada Tuhan semoga ianya selamat”. Orang-orang melayu sepatutnya mengambil iktibar dari falsafah ini. Anda merancang masa depan anda. Tuhan tidak akan menolong anda sekiranya anda sendiri enggan bertindak. Pergi keMekah dan berdoa dihadapan ‘rumah’ Allah tidak akan menghalang BPR daripada menambah jumlah dakwaan terhadap anda apabila anda kembali keMalaysia selepas mengerjakan haji.

Tidak berapa lama dulu, sumber-sumber yang tidak diketahui telah membocorkan kepada media mengenai Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan telah disiasat kerana tidak mengisytiharkan harta berjumlah RM27 juta. Ambil perhatian mengenai ini. Dia tidak disiasat kerana mempunyai harta berjumlah RM27 juta. Dia disiasat kerana tidak mengisytihar hartanya. Dengan lain perkataan, bukan menjadi satu kesalahan untuk seorang pegawai polis mempunyai harta bernilai RM27 juta. Ia hanya menjadi satu kesalahan sekiranya dia tidak mengisytihar harta tersebut. Mereka tidak peduli bagaimana anda memperolehi harta sebanyak itu. Mereka hanya berminat sekiranya anda tidak mengisi borang mengisytiharkannya. Oleh itu, kesalahan ini hanyalah ‘kesalahan teknikal.’

Tetapi apabila Pengarah BJP ini didakwa, ia bukanlah kerana mempunyai harta atau pun tidak mengisytiharkan hartanya yang dikatakan bernilai RM27 juta. Kesalahannya adalah kerana menggunakan kapalterbang polis untuk terbang mengelilingi hutan Sabah. Ya, seorang yang pada masa itu merupakan Pesuruhjaya Polis Sabah, memandu dengan bendera berkibaran dikeretanya, akan dihantar kepenjara kerana menggunakan kapalterbang, yang mana dia mempuyai bidang kuasa untuk menggunakannya.

Kalau itu menjadi kesalahan, maka keseluruhan pegawai kerajaan sepatutnya dipenjarakan kerana menggunakan kereta kerajaan ataupun terbang dengan pesawat kerajaan. Setengah menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, malah membawa keluarga, rakan-rakan, rakan niaga dan teman wanita mereka untuk bersiar. Dan kita, pembayar cukai, membayar semua ini.

Apakah isunya disini,? Adakah Pengarah BJP menyalahgunakan kuasanya kerana menggunakan pesawat polis? Atau adakah dia mempunyai harta bernilai RM27 juta dan tidak mengisytiharkannya? Bukan. Semua yang diatas bukanlah isunya. Jadi, teruskan membaca.

Pengarah BJP mencabar dakwaan tentang kegagalannya mengisytiharkan harta. Dia meminta khidmat seorang peguam untuk menyediakan pembelaannya. Dia meminta khidmat sebuah firma perakaunan untuk mengaudit pendapatan dan perbelanjaanya dan menyediakan penyata akaun setebal Encyclopedia Brinttanica tentang kedudukan kewangannya selama 37 tahun bermula dari tahun 1970 hingga 2007. Peguamnya menyediakan pembelaannya dan dengan penyata kewangan yang terperinci sebagai bukti, menghancurkan keseluruhan dakwaan dan tuduhan kegagalan mengisytiharkan hartanya.

Dengan pembelaan yang hebat, Pengarah BJP gembira kerana kerajaan tidak mempunyai kes terhadapnya dan peguam serta akauntannya telah berjaya menyanggah kesemua tuduhan. Kemudian, BPR membuat satu lawatan mengejut kepejabat peguamnya sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri yag lalu dan menahannya. Anda mungkin tidak percaya, peguam tersebut ditahan kerana tidak mengisytihar hartanya! Benar, peguam yang telah melakukan kerja yang begitu hebat untuk pembelaan Pengarah BJP, yang kini dibebaskan, tetapi dia pula yang ditangkap oleh BPR. Sasaran penyiasatan ialah Pengarah BJP, yang belum lagi ditangkap. Siasatan masih belum lagi selesai tetapi peguamnya telah ditangkap dan terpaksa bermalam dilokap BPR diPutrajaya kerana ‘gagal mengisytiharkan hartanya’.

Semuanya ini tidak ada kena mengena dengan kegagalan mengisytiharkan harta. Bukan juga mengenai bagaimana harta itu diperolehi, malah langsung tidak disebut dalam penyiasatan. Semua ini adalah kerana Pengarah BJP telah menahan orang nombor dua didalam Sindiket Jenayah Terancang yang telah menguasai seluruh negara, dari selatan hinggalah keutara Malaysia. Ya, pelacuran, dadah, Along dan sindiket judi haram telah menguasai negara. Dan orang nombor satu dalam sindiket ini ialah BK Tan, yang didakwa merupakan rakan kongsi kepada Ketua Polis Negara. Dan dakwaan ini bukanlah hanya berdasarkan khabar angin ataupun sembang-sembang. Ia adalah berdasarkan beberapa affidavit yang ditandatangani oleh pegawai kanan polis dan dua pemimpin kongsi gelap yang menyerahkan surat akuan bersumpah kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharum.

Sekiranya anda sudah lupa, Johari merupakan orang yang ditugaskan untuk mensabotaj Dr. Mahathir didalam pemilihan perwakilan Bahagian Kubang Pas tahun lalu. Lebih kurang 500 perwakilan telah dirasuah sebanyak RM200 supaya jangan mengundi Mahathir. Empat orang perwakilan telah membuat laporan polis dan menandatangani affidavit yang menyokong fakta ini, yang kemudiannya dilserahkan kepada Ibupejabat UMNO bila mereka membuat aduan rasmi. Ibupejabat UMNO bagaimanapun menyatakan bahawa kes ini telah disiasat dan mendapati tiada bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. Salah seorang daripada pengadu tersebut telah dipukul oleh beberapa ‘kaki pukul’ daripada Umno Bahagian Kubang Pasu. Beliau mengenali semua mereka yang menyerang dihadapan rumah dan keluarganya dan dia kemudiannya membuat satu lagi laporan polis dengan menamakan semua yang memukulnya.

Tetapi polis mendapati tiada bukti dan tiada dakwaan dikenakan terhadap gangster Umno itu.

Berdasarkan siasatan polis dan affidavit yang ditandatangani oleh ramai pegawai kanan polis dan dua pemimpin kongsi gelap menunjukkan bahawa Sindiket Jenayah Terancang benar-benar wujud dan ia mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi pasukan polis. Johari mengarahkan Pengarah BJP untuk menangkap Goh Cheng Poh a.k.a ‘Tengku Goh’, orang nombor dua dalam sindiket ini dan mengarahkan supaya dibuang daerah keKelantan dibawah Restricted Residence Order. Mereka kemudiannya menyiasat ketua ‘Tengku Goh’, BK Tan, dengan harapan, akan juga ditangkap. Beberapa pemimpin peringkat kedua sindiket ini diJohor juga ditangkap dibawah Ordinan Darurat dan ditahan tanpa bicara diPusat Tahanan Simpang Renggam. Minggu lepas, mereka semuanya dibebaskan dengan arahan Peguam Negara seperti yang kami laporkan dalam artikel "All that Crap". Tindakan juga diambil terhadap pegawai-pegai polis yang terlibat didalam penyiasatan terhadap sindiket jenayah terancang ini.

Setengahnya telah ditangkap dan ditahan semalaman dilokap polis. Setengahnya didakwa kerana penyalahgunaan kuasa. Seorang daripada mereka telah didapati mati didalam kereta akibat tembakan dan sehingga kini polis masih belum dapat mengesahkan tentang apa yang berlaku.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharum, membuat keputusan untuk menyiasat sindiket jenayah terancang. Johari juga membuat keputusan untuk menahan lebih setengah dozen pemimpin sindiket jenayah ini, termasuk orang nombor dua, ‘Tengku’ Goh. Johari menandatangani perintah untuk menghantar kesemua mereka ini kePusat Tahanan Simpang Renggam, ataupun didalam kes ‘Tengku’ Goh, dia dibuang daerah keKelantan. Dan lebih sedozen pegawai polis, termasuk Pengarah BJP hanyalah mengikut arahan Timbalan Menteri. Tetapi apabila lebih sedozen pegawai polis ditangkap, Johari berdiam diri. Dan apabila Peguam Negara menghantar surat kepadanya memerintahkan beliau membebaskan ‘Tengku’ Goh, dia hanya menurut walaupun terdapat bukti untuk membuktikan kesemua mereka ini bersalah dan pegawai-pegawai polis yang ditangkap itu hanya mengikut arahannya.

Isu disini sebenarnya amat mudah dan anda tidak perlu memecahkan kepala untuk memikirkannya. Johari sedang berperang dengan Ketua Polis Negara. KPN mahukan semua pemimpin kongsi gelap yang memihak kepada Johari dihapuskan. Sebenarnya, tiga daripada pemimpin kongsi gelap ini sebelumnya ditahan dan dihantar keSimpang Renggam tanpa bicara. Johari didakwa telah membebaskan kesemua mereka dan seterusnya beliau didakwa telah menerima rasuah sebanyak RM5.5 juta sebagai balasan kerana membebaskan mereka ini.Tetapi tiada sesiapa mengetahui perkara ini sehinggalah satu laman web misteri tiba-tiba muncul mendedahkan tentang tiga tahanan yang dibebaskan dan rasuah sebanyak RM5.5 juta yang dibayar. BPR serta merta melancarkan siasatan dan masa depan politik Johari seolah-olah menuju penghujungnya.

Johari kembali melawan. Dia mengugut akan membocorkan tentang Abdullah dan Majlis Tertinggi umno telah mengarahkannya untuk mensabotaj Mahathir didalam pemilihan perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu. Ini menyalahi perlembagaan parti, termasuk juga Kod Etika Parti. Keseluruhan Majlis tertinggi mesti meletakkan jawatan, termasuk Abdullah, sekiranya perkara ini didedahkan kepada umum. Sebenarnya, perkara ini sudah pun menjadi pengetahuan umum kerana Malaysia Today telah mendedahkan perkara ini didalam artikel Dolahgate. Tetapi setakat ini, tiada siapa yang tampil kedepan untuk memberi keterangan dan Johari mengancam akan melakukannya.

Satu perjanjian telah dicapai. BPR akan mengumumkan bahawa siasatan terhadap Johari telah dilakukan dan mendapati tiada bukti menunjukkan Johari menerima RM5.5 juta. Johari pula akan berdiam diri dan memastikan Abdullah dan keseluruhan ahli Majlis Tertinggi selamat. Tetapi Johari tidak berpuas hati. Dia mengarahkan Pengarah BJP untuk menyiasat siapakah dibelakang laman web yang mendakwa beliau membebasan tiga pemimpin kongsi gelap dan menerima rasuah RM5.5 juta. Kesemua jejak-jeak menuju kearah Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah, Christopher Wan. Johari menjadi marah kerana ianya dilakukan oleh orang dalam. Christopher Wan merupakan barua IGP. Oleh itu, fikir Johari, Ketua Polis Negara mestilah orang yang cuba memerangkap beliau. Johari mahu bertindak balas dan mengarahkan Pengarah BJP untuk mengambil tindakan terhadap ketua-ketua kongsi gelap yang memihak kepada KPN. Dan itulah sebabnya mengapa semua pemimpin kongsi gelap ini ditangkap, bukan untuk keselamatan ataupun menghapuskan sindiket pelacuran, dadah, Ah Long ataupun sindiket judi, tetapi memastikan kesemua orang-orang KPN dihapuskan.

Tetapi KPN mempunyai sesuatu yang tidak dipunyai Johari. KPN bersubahat dengan Peguam Negara dan BPR. Tiga lawan satu. Dan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, juga bos kepada Johari, lebih memerlukan KPN, BPR dan Peguam Negara daripada Johari. Oleh itu, Johari perlu diketepikan. Tetapi Johari juga cerdik. Lagipun, dia adalah ahli politik. Dia cepat-cepat membuat perjanjian dan membiarkan pegawai-pegai polis yang mengikut arahannya, hanyut bersendirian.Kalau dia boleh mensabotaj bekas ketuanya, Dr. Mahathir, yang menaikkannya dari hanya seorang guru sehinggalah menjadi seorang menteri, apalah sangat kalau dibandingkan dengan pegawai polis. Nah! Orang yang mengikut arahan masuk penjara, orang yang member arahan bersenang lenang. Ini harus menjadi tauladan kepada penjawat awam, terutamanya kepada anggota polis. Jangan sekali-kali cuba berbuat baik kepada ahli politik, kerana apabila terjerat, anda sendiri menanggungnya.

Apa kena mengena Abdullah dalam hal ini? Tangan Abdullah diikat. Dia sebelum ini mengarahkan KPN untuk menahan BSA Tahir dibawah seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sekiranya polis menahan BSA Tahir dibawah Seksyen 73, Cawangan Khas boleh menahan beliau selama 60 hari. Dan selepas menahan, mereka boleh menyiasat dan mengetahui siapakah dibelakang Scomi yang mengekspot komponen nuklear keLibya. Ini amat berbahaya kerana Scomi dimiliki oleh anak Abdullah, Kamal, dan sekiranya penyiasatan mendedahkan Kamal mengetahui tentang apa yang berlaku dan dia adalah sebahagian daripada kes ini, maka Amerika Syarikat sudah tentu mahukan Kamal.

Dan, Tahir pun ditahan dibawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang ditandatangani oleh Abdullah sendiri, bukan polis. Seksyen 8 adalah hak Perdana Menteri bukan polis, yang hanya boleh menahan anda dibawah Seksyen 73. Dan inilah yang sebenarnya terjadi kepada HINDRAF 5, seperti yang dilaporkan didalam artikel “All that crap”. Tetapi persoalan yang lebih menarik bukannya mengapa Tahir ditangkap dibawah Seksyen 8, dan bukannya Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan Cawangan Khas menyiasat siapa dibelakang Skandal Scomi. Apa yang penting ialah dimana Tahir sekarang? Dia sepatutnya ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ini bermakna dia berada di Kem Tahanan Kamunting. Tetapi adakah dia berada disana? Dan kalau tidak, dimana?

Ya. Persoalan ini jauh lebih penting daripada mengapa dia ditahan dibawah Seksyen 8, bukannya Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tahir bukan didalam tahanan. Tahir sebenarnya didalam perlindungan. Dia diberi perlindungan supaya Cawangan Khas Malaysia dan CIA Amerika tidak dapat berjumpa dengannya. Dan Abdullah mempunyai kuasa untuk melakukan ini seperti yang dilakukan kepada HINDRAF 5 dimana Cawangan Khas juga amat berharap untuk bertemu mereka tetapi gagal.

Abdullah juga tidak mempunyai kuasa terhadap kesemuanya. KPN, Pengarah BPR dan Peguam Negara mempunyai pakatan tersendiri. Dan mereka akan terus berkhdimat kepada Abdullah asalkan Abdullah tidak cuba memijak mereka. Skandal Dollahgate, Skandal Scomi dan Skandal Oil-for-Food, sudah cukup untuk melenyapkan Abdullah untuk satu jangka waktu yang lama. Tetapi itu hanya akan berlaku sekiranya KPN, BPR dan Peguam Negara membuat keputusan untuk melancarkan kes terhadapnya. Dan keadaan pada masa ini seolah-olah ‘tiada kes lah’.Johari mempunyai peperangannya sendiri dengan KPN. Dan kedua-dua kumpulan kongsi gelap terpaksa bersaing untuk merebut kawasan dan penguasaan terhadap pelacuran, dadah, Ah Long dan sindiket judi haram. Dan kalau diperhatikan pada apa yang berlaku sekarang, pihak KPN akan menang kerana Johari sudah mengundur kebelakang dan membiarkan lebih setengah dozen pegawai polis dijadikan kambing korban.

Ya, bukan sahaja kambing, bebiri, lembu dan unta yang dikorbankan pada Hari Raya Haji ini. Pegawai polis juga dikorbankan. Saya tidak akan menitiskan airmata untuk polis yang menahan rakyat Malaysia tanpa bicara dan menyiksa tahanan semasa ditahan. Saya juga tidak akan menitiskan airmata untuk polis yang mengikut perintah tuan politik mereka yang mana sepatutnya mereka menurut perintah rakyat yang membayar gaji mereka.

Tetapi saya mengaku, saya kasihan kepada pegawai polis yang telah dipergunakan didalam persaingan sindiket jenayah terancang, diantara Timbalan Menteri Dalam Negeri dan KPN, dan kesemuanya akan dipenjarakan kerana kesalahan “ saya hanya menjalankan arahan”. Lagi sekali seorang pegawai polis menggunakan ayat tersebut. Saya akan ketawa sekuat-kuatnya dan mengingatkan mereka tentang apa yang berlaku kepada Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan dan lebih sedozen pegawai-pegawai yang lain apabila mereka “hanya menjalankan arahan”.

Nota: Holy trinity dan holy ghost adalah terma yang digunakan di dalam ugama Kristian. Perkataan ini dikekalkan untuk mengelak salah tafsiran sekiranya terjemahan tidak tepat(Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal "Unholy trinity" oleh Raja Petra Kamarudin.