30 July, 2008

Berjaya curi 'laporan Pusrawi', bukti Raja Petra Agen CIA?

Hebat ! Hebat !

Memang agen biasa biasa tak dapat laporan sulit tersebut. Kecuali tahap kepakaran seperti dimiliki CIA yang pandai menyamar dan menggodam ( bukan menggoda ) talian internet.

Perang cyber dan psy war semakin kencang dan hebat. Pengakuan Saiful telah menjadikan negara seperti di dalam keributan yang amat dahsyat sedangkan beliau masih belum mendedahkan diri sendiri atau masih disimpan di tempat yang selamat tanpa menjalani gangguan atau tekanan perasaan ekoran pengakuannya yang sangat dahsyat tersebut.

Permainan politik menjadi semakin jijik. Dengan isu liwat, perkataan dubur, kemaluan dan sebagainya semakin dimesrakan di mata dan telinga kita. dan anak anak kita yang masih rendah pemikiran dan tahap makrifat mereka…

Takut takut ada bertanya; ayah , apa makna liwat? tentu susah kita ingin menjawabnya… Sedangkan ia satu perkataan sensitif yang sudah menjadi begitu.

Kecanggihan internet juga memudahkan mana mana orang mengubah apa apa yang ingin diubahnya. Bukan bermaksud saya tidak mempercayai dokumen tersebut tetapi dari segi ‘ pendedahan’ dan juga ’sumber’ yang meragukan saya serta ‘bahan’ yang dipaparkan yang diragui oleh blogger Anwar Dot Com yang telah membahaskannya dengan teliti - Mari kita tanya diri sendiri? adakah Raja Petra agen CIA atau KGB ?

Sumber laporan

1. Sumber yang menerbitkan laporan itu bermula dari Raja Petra Raja Kamaruddin, pemilik laman Malaysia-Today. Kemudian Anwar adakan sidang media mengedar laporan Hospital Pusrawi kepada media untuk mengesahkan dirinya bukan peliwat.

2. Ini akan mengesahkan Raja Petra dan Malaysia-Today merupakan instrumen paling penting sebagai 'lidah Anwar' untuk menyebarkan propanganda di internet serta membela apa-apa isu berkaitan Anwar. Kaitan Anwar dan Raja Petra semakin jelas. Ketika Anwar di penjara- Raja Petra tubuh laman Free Anwar Campaign (FAC) dari tahun 2001-2004 untuk bebaskan Anwar. Ketika Anwar bebas penjara, Raja Petra tubuh Malaysia-Today untuk kempen Anwar jadi PM.

3. Ketika Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS keluarkan kenyataan tidak menyebelahi Anwar tentang isu liwat, Raja Petra dan Malaysia-Today serang pula Presiden serta PAS.

1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :*Kependekan F/T bermaksud full time. *Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas *pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan *pain in the anus when passing motion (for a week)*pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus * willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada dan ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.

Laporan Hospital Pusrawi vs Hospital Kuala Lumpur

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi ? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis ?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

Kenapa laporan Hospital Pusrawi diterbitkan sekarang ?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah. Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis ? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur..

7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.

Catatan ringkas, 3.50 petang
AIDC29 Julai 08

Sumber: anwaribrahimdotcom.blogspot.com

24 July, 2008

Dokumen Rahsia Duta Inggeris Tahun 1910 - Gerakan menghancurkan Islam di Turki

DOKUMEN ini pada mulanya sangat rahsia sekali. Bentuknya adalah surat yang dikirim oleh duta Inggeris di Konstantin, Sir Gebrar Lother, pada 29 Mei 1910 kepada Menteri Luar Inggeris Sir C. Harwing. Surat rahsia itu berisi data-data terperinci mengenai hubungan antara kelompok Jam'iyah al-Ittihad wa at-Taraqi dengan Yahudi dan gerakan masonisme.

Kenapa saya tergerak hendak menulis pasal hal ni. Semuanya bermula apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berlindung di Kedutaan Turki baru-baru ini kerana mendapat ancaman bunuh oleh pihak-pihak tertentu (sudah tentunya dari pihak rahsia).

Bila berdiskusi bersama teman-teman mengenai hal ini, terdengarlah kata-kata: "Anwar dah masuk perangkap CIA, pasal dia berlindung di Kedutaan Turki!" Saya pun termenung. Lalu berminat lah nak kaji pasal negara Turki. Apa kena mengena Turki dengan CIA?

Apabila hati tergerak nak kaji pasal negara Turki. Tiba-tiba saya dapat satu buku bertajuk "TURKI NEGARA DUA WAJAH" Apabila baca sinopsis buku berkenaan, ia memang oleh 'relate' dengan kaitan Turki dengan CIA.

Dalam buku itu ada menceritakan dokumen sulit berkenaan bagaimana strategi Yahudi untuk menghancurkan idealisme-idealisme Islam di Turki sehingga menjadi negara 'sekular'. Macam mana agen-agen perisikan Yahudi yang berselindung di sebalik (menyusup dan menyamar menjadi anggota) pertubuhan Islamiyah semata-mata untuk menggerakkan secara halus agenda mereka.

17 July, 2008

Komplot matikan karier politik Abdullah, Anwar?

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Mustafa Ali menyifatkan seolah-olah wujudnya satu komplot dalam Umno dan kerajaan yang dilihat cuba untuk mematikan karier politik Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kata Mustafa secara lojiknya adalah apabila tindakan dibuat terhadap Anwar maka kelemahan dan kesalahan akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan.

Berdasarkan maklumat yang beliau ada, selepas pertemuan antara isteri Anwar, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan Abdullah baru-baru ini, ia menunjukkan Abdullah tidak terlibat dalam apa-apa tindakan terhadap Anwar.

"Komplot yang ada nampaknya bertujuan untuk mematikan kedua-duanya sekali. Matikan karier politik Anwar dan matikan juga karier politik Abdullah. Menggunakan seketul batu untuk membunuh dua ekor burung serentak.

"Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa.

"Tindakan ini sebenarnya satu tindakan yang sangat bahaya kepada negara dari sudut keselamatan dan juga keharmonian negara," katanya dalam blog peribadinya.

Kata Mustafa oleh kerana implikasinya besar, satu mekanisma perlu dibuat oleh Abdullah selaku Perdana Menteri supaya ia dapat meredakan suasana yang ada sekarang.

Apa yang boleh dibuat oleh Abdullah adalah dengan menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk membuat siasatan terhadap tuduhan yang dibuat ke atas Anwar supaya rakyat yakin tuduhan itu bukan bermotifkan politik tetapi mencari keadilan untuk semua pihak.

"Tanpa suruhanjaya sebegini rakyat tidak akan yakin dengan sebarang tindakan kerajaan." kata Mustafa yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Sumber: Harakahdaily.net

07 July, 2008

KENAPA TIADA RUSUHAN?

Awal pagi ni kawan hantar sms kepada saya: "Tak ada apa-apa pun yang berlaku semalam!" Jawapan saya mudah - baguslah tak berlaku. Saya lebih suka ia tidak berlaku.

Saya hendak beritahu anda, semalam tahap keselamatan negara adalah yang paling mencabar. Kalau tidak masakan 1 batalion anggota tentera (ATM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk 'monitoring' hari semalam.

Lihat petikan berita yang disiarkan pada hari Jumaat, 4 Julai lalu:

ATM tetap fokus ancaman luar

GEMAS 3 Julai – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan sesekali mencampuri soal keselamatan domestik, kecuali apabila diminta oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, menurut undang-undang negara ketenteraman awam adalah tanggungjawab PDRM dan ia kekal sebegitu.

"Tugas utama kami (ATM) adalah untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara daripada ancaman luar.

"Bagaimanapun jika PDRM meminta bantuan ATM dalam hal ketenteraman awam dan ia diluluskan oleh KDN, kami bersedia menggunakan kekerasan paling minimum selaras dengan undang-undang sedia ada," katanya selepas menyaksikan Demonstrasi Kuasa Tembakan 2008 di sini hari ini.

Muhammad Ismail berkata demikian bagi menjelaskan tentang Eksesais Bersatu Aman, yang pertama kalinya diadakan secara bersama oleh ATM dan PDRM di Kuala Lumpur, semalam.

Berita di atas menunjukkan memang terdapatnya ancaman dari pihak luar. Kalau tidak ada ancaman, masakan ATM menjalankan latihan bersama PDRM yang mana ia tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Berita itu hendak beritahu kepada kita semua bahawa memang wujud ancaman luar.

Tulisan bekas wartawan, Ruhanie Ahmad dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com juga menyentuh tentang kewujudan pengaruh luar. Baca dengan teliti:

YA ALLAH SELAMATKANLAH
TANAHAIR KAMI KETIKA INI..

Sekumpulan rakyat jelata dijangka berhimpun di Stadium Kelana Jaya, Selangor, pada Ahad 6 Julai 2008, untuk memprotes kenaikan harga minyak.

Tiada siapa dapat menganggarkan jumlah sebenar yang akan hadir di perhimpunan berkenaan. Tetapi, sesuatu perhimpunan yang berlatarbelakangkan suasana politik mutakhir ini mungkin boleh bertukar jadi suatu perhimpunan yang membimbangkan semua pihak.

Lebih-lebih lagi bila kini terdapat sekumpulan hampir 5,000 orang “tetamu” yang diundang khas oleh sesetengah pihak untuk sama-sama “memeriahkan” perhimpunan berkenaan.

Para “tetamu” tersebut dijangka menghadiri perhimpunan di atas untuk “menyemarakkan” suasana supaya jadi lebih panas dan menggelegak.

Banyak pihak sudah mengetahui akan kehadiran “tetamu” ini. Jangan siapa cuba nafikan, jangan siapa cuba tutup kebenarannya.

Soalnya, siapakah yang mengundang para “tetamu” ini? Siapakah tuan rumah mereka? Siapakah yang membiayai mereka? Dan, adakah pihak berkuasa keselamatan kita mengetahui kehadiran mereka?

Oleh itu, wajar kita imbas semula kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Kuala Lumpur pada 3 Julai 2008, mengenai keselamatan negara seperti berikut:

"Keadaan negara adalah aman dan selamat dan rakyat tidak perlu bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara kini dalam keadaan darurat. Keadaan ekonomi dan keselamatan negara juga dalam keadaan terkawal dan rakyat tidak sepatutnya terlampau teruja dengan apa yang berlaku di negara pada masa ini. Negara tidak berada dalam keadaan darurat. Kerajaan ini sebuah kerajaan yang stabil, percayalah.”

Kita kena percayakan kenyataan Abdullah di atas. Tapi, kita kena juga tanya beliau, benarkah kini terdapat hampir 5,000 “tetamu” yang diundang khas untuk “menyemarakkan” perhimpunan rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor, pada 6 Julai 2008? Adakah Abdullah tahu akan hal ini? Adakah Abdullah memberikan restu kepada undangan “tetamu” ini?

Kita juga kena tanya Abdullah, mengapakah pada 2 Julai 2008, Bernama melaporkan bahawa “Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat julung kalinya melancarkan latihan bersama bagi mengatasi masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara.”

Apakah “masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara” yang mahu ditangani secara bersama oleh PDRM dan ATM dalam tempoh terdekat ini?

Adakah para “tetamu khas” yang dijangka turut “menyemarakkan” suasana di Stadium Kelana Jaya pada 7 Julai 2008 akan mencetuskan “masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara” yang perlu ditangani oleh PDRM dan ATM?

Kenapa rusuhan tidak berlaku?

Jawapnya kerana anggota keselamatan kita telah dapat mematahkan pergerakan 'musuh'. Seharusnya kita berterima kasih kepada para "intelligent" khususnya dari ATM kerana telah dapat berjaya menyekat pergerakan.

Perpindahan lokasi perhimpunan telah ditukar dari Padang Timur, Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya merupakan salah satu strategi untuk menyukarkan pelaksanaan strategi pihak lawan.

Yang lebih penting, mungkin ramai orang tidak sedar apabila berada di dalam Stadium MPPJ bahawa sistem komunikasi telah dikawal dengan rapi. Sebarang keluar masuk incoming call atau out coming call telah dikawal. Sudah tentu ini menyukarkan pihak tertentu untuk bertindak dan melakukan provokasi.

Saya ada menghantar dua orang kawan ke dalam stadium berkenaan. Mereka mengadu tidak dapat buat panggilan ke luar. Bila mereka berdua keluar dari stadium, baru mereka berjaya membuat penggilan.

Sebelah petangnya saya cuba menghubungi mereka berdua. Memang dapat, tetapi terasa ada kelainan seperti ada gangguan gelombang.

Pihak 'musuh' sebenarnya sudah dapat menghidu 'sekatan komunikasi tersebut' lalu terpaksa memikirkan strategi lain. Sehingga tengah malam, mereka tidak berani berbuat demikian kerana kawalan terlalu ketat. Inilah rahsia kejayaan para "intelligent" kita.

Saya pun tidak sangka bahawa 'intelligent' kita cukup hebat, bahkan lebih hebat daripada 'intelligent' luar.

Tetapi tidak berlaku semalam tidak bermakna tidak berlaku di masa akan datang. Pihak musuh akan menunggu masanya yang sesuai iaitu di saat kelekaan.

04 July, 2008

CIA DI BELAKANG RUSUHAN

Hati saya merasa sangat risau apabila mengenangkan tarikh 6 Julai 2008 iaitu jatuh pada hari Ahad ini. Risau kerana ada satu perhimpunan besar-besaran melibatkan (jangkaan) sejuta rakyat Malaysia. Bukan kerana tidak sokong akan mesej perhimpunan berkenaan tetapi yang saya risaukan adalah pengaruh daripada pihak luar yang tidak boleh ditolak sama sekali iaitu peranan badan perisikan yang sangat berkuasa di seluruh dunia. Badan inilah yang mengawal selia perkembangan politik di seluruh dunia. Itulah Central Intelligent Agency (CIA).

Hanya orang yang ada 'sense' atau pengetahuan tentang bidang risikan akan bersetuju dengan kenyataan yang diluahkan di sini.

Mesejnya, negara kita terdedah dengan huru-hara. Sekarang masanya.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, Anggota Polis (PDRM) dengan anggota tentera (ATM) bekerjasama dalam bidang latihan khas untuk mengawal aktiviti perhimpunan Ahad ini. Berdebar rasa jantung apabila membaca berita mengenai kerjasama yang terjalin dalam keadaan keterpaksaan. Ini bermakna kedua-dua badan perisikan Polis dan Tentera sudah 'menghidu' akan kewujudan anasir-anasir jahat pihak luar yang merancang untuk menjadikan keadaan negara ini dalam keadaan huru-hara.

Tidak mustahil DSAI menjadi sasaran bunuh oleh badan 'sulit' berkenaan sekiranya misi mereka menguasai Malaysia gagal, tidak mencapai matlamat ataupun DSAI sendiri telah dapat menghidu akan 'permainan' mereka.

Banyak peristiwa pembunuhan (assasin) yang melibatkan pemimpin dunia seperti Presiden Lubnan, Syria, Benazir Butto (Pakistan) dan banyak lagi belakangnya adalah 'mainan' CIA. Mereka menggunakan seluruh aset (ejen-ejen perisikan) yang bertaburan di seluruh dunia. Bahkan Presiden Amerika Syarikat sendiri, John F Kennedy turut 'dibunuh' oleh kerana tangan halus ejen perisikan Zionis yang mendapat bantuan CIA.

Kalau Presiden Amerika sendiri boleh 'dibunuh' oleh penembak tepat (sniper), nak membunuh DSAI tidaklah sesukar mana. Berita terkini: lokasi perhimpunan telah ditukar dari Padang Timur, Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya. Dari dikelilingi oleh bangunan pencakar langit yang boleh menempatkan Sniper mujurlah telah ditukar lokasi. Sudah tentu ini adalah nasihat dari ejen perisikan tempatan yang sememangnya sudah menghidu.

Memang sukar hendak percaya kalau membaca kenyataan ini bahkan ada yang akan menganggap ia sebagai fantasi persis filem risikan seperti Bourne Ultimatum, lakonan Matt Damon dan arahan Paul Grengrass. Filem ini menjadi rujukan paling tepat untuk menggambarkan peranan agen perisikan dan juga teknologi perisikan.

Ada yang boleh diceritakan di sini dan ada yang perlu diselindungkan - kekal menjadi rahsia sepanjang zaman.

Saya tidak perlu ulas tentang peranan agen perisikan tempatan yang sememangnya sedang 'berjuang' untuk menggulingkan kepimpinan DSAAB dari terus kekal menjadi PM. DSAAB telah menjadi 'liabitiliti' kepada negara mengikut Badan Perisikan Negara.

Yang pasti, dengan penuh debaran, ada sesuatu peristiwa 'besar' akan berlaku yang akan menjadi sejarah akan datang. Mungkin akan ada yang terkorban. Mungkin boleh jadi rusuhan kaum. Jika ia tidak berlaku, bersyukurlah kepada Tuhan.

Jangan lupa Hindraf yang dibelakangnya pengaruh LTTE, anak didik CIA. Berhati-hatilah. Semoga Tuhan melindungi tanah air yang kita cintai ini.

Cadangan saya, rehatkan diri anda di rumah dan jangan hampiri tempat perhimpunan.