13 June, 2008

DI MANA TANAH MELAYU?

"Malaysialah tanah Melayu," jawap seorang pakcik ketika berbual bersamanya di depan bengkel kereta. Ketika itu saya sedang menunggu kereta saya siap di'servis'.

Saya beritahu kepadanya: "Memang la pakcik nampak sekarang Malaysia tanah orang Melayu, tetapi saya tak rasa begitu."

"Kenapa?" tanya pakcik itu.

"Sebab Malaysia ada tiga kaum terbesar, Melayu, Cina dan India. Memanglah suatu ketika dahulu penduduk asalnya adalah keturunan Melayu, tetapi sekarang tak boleh kata Malaysia ni orang yang Melayu yang punya."

Dengar saja jawapan itu dia begitu marah kepada saya. Sebenarnya, siapa pun yang dengar penerangan saya ini akan berasa marah. Memang mudah pun nak bagi orang Melayu marah! Provokasi adalah salah satu caranya.

Pernahkah kita terfikir akan masa depan negara kita ini? Bagaimana coraknya? Kalau orang Melayu masih kekal di nombor tiga dalam bidang ekonomi, nescaya suatu hari nanti malah sekarang pun sudah ada tanda-tandanya bahawa konsep ketuanan Melayu sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Orang cina ada tanah mereka sendiri iaitu di negara China, India juga ada tanah mereka sendiri iaitu di India tetapi orang Melayu? Nak kata Malaysia? Dah tak relevan! Kenapa boleh jadi tidak relevan sebab orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu yang membuatkan ia makin lama makin tidak relevan.

Dan orang Melayu pun mungkin tidak sedar atau sengaja tidak mahu ambil tahu pasal sejarah. Tidak ingatkah temasek yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan orang-orang Melayu akhirnya dikuasai oleh orang-orang Cina dan menjadi pemerintah pun di negara asal Singapura itu. Tidak fikirkah orang Melayu bahawa tidak lama lagi Malaysia juga akan jadi macam Singapura?

Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak lama-kelamaan akan menjadi kenyataan. Ini bererti orang Melayu sudah tidak ada kuasa lagi hendak menyatakan bahawa tanah tumpah darah, bumi di pijak ini bukan Melayu yang punya. Kena terima hakikatnya.

Saya teringat lagu warisan yang pernah saya nyanyi di waktu sekolah beberapa tahun yang lalu. Lagu inilah yang menyebabkan titik-tolak diri saya didedahkan dengan ke bidang 'perisikan'.

Anak kecil main api,
terbakar hatinya sendiri,
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesamalah kita ..........
Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya,
hasil mengalir, ke tangan yang lain,
pribumi merintih sendiri.

Itu serba sedikit, ada lagi sebenarnya. Tapi perhatikan rangkap lagu itu yang berwarna merah.

Dengan kuasa 'networking' di kalangan orang-orang Cina, saya percaya Malaysia akan jadi macam Singapura. Orang Melayu lemah dalam bidang 'networking'. Orang Melayu juga lemah dalam ekonomi. Ekonomi adalah 'senjata' peperangan yang paling ampuh untuk menyahkan orang-orang Melayu. Ekonomi juga adalah senjata untuk menjajah pihak lain.

Bilakah orang Melayu akan sedar? Ketika bangun pagi, bila buka mata sahaja anda ternampak kereta kebal Singapura dan gerombolan askar Singapura berada di depan mata anda. Di atas udara, anda ternampak jet-jet pejuang Singapura. Ketika ini barulah orang Melayu akan sedar, malah menangisi apa yang telah berlaku. Adakah perkara ini boleh berlaku? Ye boleh berlaku.

Saya menulis perkara ini bukan hendak membuatkan orang Melayu marah, tetapi adalah untuk memberi kesedaran supaya tidak terleka dan sedar diri.

Singapura memang boleh menguasai Malaysia. Bahkan sudahpun sedikit-sedikit menguasai Malaysia. Singapura bukan menjajah melalui askar, dengan kereta kebal dan jet pejuang, tetapi menjajah dari segi ekonomi.

Saya teringat satu pembentangan 'slide powerpoint' yang dimiliki oleh salah satu badan perisikan yang terkenal di negara ini. Dalam 'slide' tersebut ada satu keratan akhbar yang menyatakan lebih 1 juta rakyat Singapura menetap di Malaysia, 20 peratus adalah ejen perisikan! Sudah pastinya mereka 'involve' dalam bidang ekonomi.

Tun Dr Mahathir pernah sentuh pasal PM akan datang tidak semestinya Melayu! Ada sesiapa yang ingat? Janganlah lupa.

Bersambung ....

No comments: