28 September, 2008

Anwar terima ancaman bunuh, siapa dalang?

Masih ingat lagi tak dengan ancaman bunuh Anwar yang menyebabkan Anwar berlindung di Kedutaan Turki? Ketika itu saya sudah mengagak pihak mana yang merancang untuk membunuh Anwar? Waktu kejadian itu, hati nurani saya terus menuju ke arah Central Intelligent Agency - Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat.

Dan hari ini, saya nak syer dengan kawan-kawan satu analisis yang lebih tepat yang saya kutip dari blog: aidc-editor.blogspot.com.

-------------------------------------------------
Pembunuhan Benazir Bhutto pada 27 Disember 2007 telah mencetuskan konflik di Pakistan di antara Kerajaan Pakistan di bawah pimpinan Jeneral Pervez Musharraf dan golongan yang kononnya memperjuangkan demokrasi di bawah pimpinan Benazir Bhutto.

Dilihat daripada kronologi ringkas pembunuhan ini, didapati Benazir Bhutto telah meminta bantuan MOSSAD Israel (Institut Perisikan dan Operasi Khas) seperti yang dilaporkan oleh akbar harian Hebrew, Ma’ariv.

Akhbar ini telah mendedahkan bahawa Benazir telah meminta bantuan Mossad, Central Intelligence Agency-CIA (Agensi Perisikan Pusat) dan juga agensi penyiasatan Britain, Scotland Yard.

Tujuan agensi ini adalah untuk melindungi keselamatannya untuk kempen pilihanraya Pakistan pada 8 Januari 2008.

Malang tidak berbau. Benazir telah dibunuh. Siapa yang membunuhnya? Walaupun pembunuhnya telah ditangkap tetapi siapa di sebalik pembunuh itu masih belum lagi terjawab. Ada yang mengatakan Jeneral Pervez Musharraf bertanggungjawab, namun ada yang mengatakan Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama Bin Laden yang membunuhnya.

Saya lebih suka mengatakan Al-Qaeda yang bertanggungjawab. Kenapa? Al-Qaeda adalah sekutu kuat kepada CIA semasa konflik antara Mujahidin (Afghanistan) dan Soviet Union ketika pencerobohan ke atas Afghanistan pada tahun 1980-an. Osama Bin Laden juga merupakan agen CIA yang telah dilatih khas pada ketika itu untuk menentang Soviet Union.

Umum mengetahui bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 adalah sandiwara Amerika syarikat (AS) untuk menguasai minyak di Negara Timur Tengah. Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Harus diingatkan, agen CIA di dalam Mujahidin tidak semuanya setia kepada Taliban kerana selepas Taliban mengambil alih Pakistan, kumpulan Mujahidin berpecah dari Taliban kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Islamik Taliban yang tidak mengkiut Al-Quran dan Hadis dimana pemerintahan tersebut terlalu menggunakan kekerasan.

Bukti? Mujahidin turut membantu Tentera Penceroboh yang diketuai AS dalam serangan ke atas Afghanistan bagi menghapuskan Taliban.

Mujahidin (bekas Agen CIA) masih lagi berkhidmat kepada AS. Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA yang menjadi key communicator (orang tengah) kepada Al-Qaeda dan CIA dalam menjalankan konspirasi dalam pembunuhan Benazir.

Kenapa CIA mahu membunuh Benazir? Benazir adalah agen CIA yang dilatih khas untuk mengembangkan kekuasaan blok demokrasi tajaan AS. Selepas hidup dalam buangan di Britain, Benazir kembali ke Pakistan semula kononnya untuk mengembalikan demokrasi di Pakistan.

Namun, CIA telah melihat Benazir tidak releven kepada AS dan berpuluh juta US Dollar telah dihabiskan untuk menjatuhkan Jeneral Pervez Musharraf, namun Jeneral Pervez Musharraf gagal dijatuhkan dari puncak kuasa walaupun gerakan demokrasi di Pakistan yang berketuakan Benazir di Britain telah banyak memakan belanja tajaan CIA..

Benazir kembali ke Pakistan. Namun pada kali ini, tanpa perlindungan dari CIA. Benazir meminta pula bantuan dari MOSSAD. MOSSAD bersetuju memandangkan sekiranya Benazir menang dalam pilihanraya Pakistan, hubungan Israel-Pakistan akan terjalin.

Namun, perjanjian Benazir-MOSSAD dapat dihidu oleh Al-Qaeda. Pada masa yang sama, CIA juga mahu menghapuskan agennya yang kini telah tidak relevan. CIA juga mahu apabila agen ini dibunuh, tiada sebarang kaitan pembunuhan ini dengan CIA. CIA mahu cuci tangan.

Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA menjadi key communicator di antara Al-Qaeda dan CIA untuk membunuh Benazir. Sekali lagi, Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Dilihat pada Anwar Ibrahim, dia dilihat sebagai seorang agen yang hampir sama dengan Benazir Bhutto. Kebanyakkan masa dihabiskan di luar Negara.

Dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai dana yang besar sehinggakan tiada calon yang sesuai diketengahkan sebagai calon. Bukti? Sehinggakan Loh Gwo Burne yang tidak boleh berbahasa Melayu dilantik menjadi calon disebabkan masalah kekurangan calon. Siapa yang memberikan dana kepada PKR? Saya kira, pembaca boleh menilai sendiri.

Akhirnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Pak Lah gagal ditumbangkang. Anwar Ibrahim tersepit. Kemudian, timbul pula isu 30 Ahli Parlimen BN akan lompat ke dalam Pakatan Rakyat (PR). Itu juga tidak berlaku. Akhir sekali, timbul pula isu liwat Mohd.. Saiful Bukhari dan kemudiannya, Anwar Ibrahim mendedahkan ada ancaman bunuh kepada dia dan keluarganya.

Benazir Bhutto dibunuh oleh CIA kerana tidak releven. Anwar Ibrahim sudah tidak releven kepada CIA kerana gagal menumbangkan Kerajaan BN. Oleh yang demikian, siapa yang cuba bunuh Anwar?

Klik sini untuk melihat video tentang penglibatan pembunuhan pemimpin politik di seluruh dunia oleh CIA.

Masa depan Islam dan PAS di tangan Anwar Ibrahim?


Anwar (kiri sekali) termasuk salah seorang anggota ahli panel NED. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (perempuan berkulit hitam dan bertudung),yang beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Yahudi dan Nasrani. Turut kelihatan dalam foto adalah Lorne Craner, Presiden IRI (berdiri di belakang, no 5 dari kiri),Carl Gershman, Presiden NED (berdiri di tengah di depan patung). NED dan IRI merupakan dana Amerika yang dikawal oleh Yahudi, Neo-Konsevatif, Amerika, sebagai alat baru menakluk negara tanpa peperangan. Di negara-negara Islam, NED membawa agenda "Islam dan Demokrasi' dengan memberi bantuan kepada NGO, individu dan parti yang disokongnya

Oleh Cekka dan AIDC

Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, “Bacardi: the Hidden War” NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan ‘Demokrasi’. Penulis merumuskan, “Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang”

Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.

Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan.

Pada tahun 1983, Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’. Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang disasarkan oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.

Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325,493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.

Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL); Asian Human Rights Commission (AHRC), diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com, diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.

Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim..

Anda boleh mengikuti artikel oleh AIDC yang bertajuk “Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar Jadi PM Pada 16 September?”

Persoalan yang menjadi tanda tanya..

Apakah tujuan dan niat Anwar berbaik-baik dengan agensi-agensi tajaan NED ini? Adakah Anwar tidak sedar peranan NED/Amerika atau saja-saja je buat tak tahu agar sokongan untuk Anwar berkuasa akan dicapai. Tidakkah kisah Saddam-Iraq boleh dijadikan panduan buat Anwar agar berhati-hati.

Apakah Anwar benar-benar ‘agen’ Amerika untuk meneutralkan proses Islamisasi di Malaysia dan mengamalkan falsafah Liberalisme?

Ini bukan sahaja bahaya kepada Islam bahkan juga bahaya kepada agama Kristian, Buddha dan Hindu. Ini akan menggalakkan fahaman ‘free thinker’ seperti Raja Petra Kamarudin dan ‘atheisme’ atau fahaman tiada tuhan.

Fahaman ‘free thinker’ boleh mencetuskan permasalahan sosial yang serius dengan berselindung di sebalik hak asasi manusia dan kebebasan berindividu.

Sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, mungkin penglibatan Amerika dalam politik Malaysia akan lebih terjamin dan berterus-terang.

Sebelum menjadi PM pun sudah nyata, apatah lagi bila menjadi orang No.1 Malaysia.. Ini yang Amerika mahu, Anwar akan jadi boneka mereka nanti.

Setidak-tidaknya, BN masih ada had berurusan dengan Barat dan mempelbagaikan jalinan antarabangsa dengan kuasa besar dunia seperti China dan Rusia. PAS pula dengan Dasar Pandang ke Asia Barat tetapi Anwar ini ’sudah terang lagi bersuluh’ mengamalkan Dasar Pandang ke AS.

Anwar juga ada jalinan dengan negara-negara Arab tetapi negara Arab proksi AS seperti Turki, Jordan dan beberapa lagi.. Negara Arab yang tidak mengamalkan kehidupan beragama tetapi berfahaman sekular.

Sekiranya Anwar menjadi PM, dengan menjadi boneka AS, tidakkah Anwar juga akan kena tendang dek AS apabila berurusan dengan Singapura. Padahal, Singapura lebih menjadi ‘anak emas’ kepada AS berbanding Anwar yang ada nama ‘bin’ seperti Osama bin Laden. Jadilah kisah Malaysia-Singapura sepertimana kisah Iraq-Kuwait.

Dengan lokasi Malaysia-Singapura yang strategik, AS boleh mengawal minyak di kawasan Asia Tenggara yang meliputi negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ketiga-tiga negara ini adalah negara Islam. Dengan mengawal minyak Malaysia, AS mendapat bonus cari-gali minyak di 33 buah negara dibawah seliaan Petronas.

Bagaimanapun, kita harus berbaik sangka dengan Anwar.. Apa yang mampu kita doakan agar Malaysia tidak menerima musibah pada masa akan datang.. pada zaman anak-cucu kita.Na’uzubillah Min Zalik.. Semoga Allah turunkan kepada kita pemimpin yang betul.

Anda boleh mencaci saya jika saya bukan pro-Anwar, bahkan saya bukan pro-BN atau pro-PR juga. Saya lebih pro-Malaysia dan pro-Islam. Adalah tanggungjawab saya berpesan-pesan dengan kebenaran kepada saudara-saudara saya, adalah tanggungjawab saya menjaga keharmonian Malaysia.. tempat tinggal saya.

Sekiranya artikel saya tidak berguna.. jangan pakai. Tetapi renung-renungkanlah apa akan terjadi kepada Malaysia nanti.

Pada masa itu, isu kaum Melayu, Cina dan India tiada guna lagi. Semua kaum akan mengemis di negara kelahiran mereka, Malaysia. Kepada mereka yang mempunyai banyak kewarganegaraan.. ini mungkin bukan masalah besar. Lantak pii lah depa.. aku boleh cabut lari.

CekkaNota : Artikel yang ditulis cekka ini sebahagian daripada artikel lengkapnya. Untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini.

---------------------------------------

Ulasan AIDC

Terima kasih Cekka, kerana sudi memetik sumber blog AIDC sebagai rujukan dengan analisis serta pandangan penulis yang baik. Sekiranya anda berminat tulisan-tulisan Cekka, sila lawati lamannya, klik di sini.

Saya hanya ingin berkongsi pandangan mengenai satu persoalan utama yang dikemukakan oleh saudara iaitu adakah Anwar sedar atau tidak bahawa beliau diperalatkan oleh NED dan Amerika serta apakah kesannya kepada Islam agama rasmi Malaysia?

Apakah Anwar sedar beliau diperalatkan Amerika?

Jawabnya Anwar memang sedar dan tahu akibatnya serta mencari jalan supaya masyarakat Melayu Islam Malaysia tidak mengetahuinya. Dalam erti kata lain, beliau memang bekerjasama secara rela hati untuk mengharapkan pertolongan Amerika, tetapi dalam masa yang sama berusaha menyembunyikan identitinya supaya tidak dicop sebagai pro- Amerika, kerana mahu menjaga survivalnya sebagai ahli politik Malaysia.

Kalau sekiranya Anwar adalah Abdolkarim Soroush (warga Iran), beliau boleh mengaku secara terus terang sebagai pro- Amerika kerana beliau (Abdolkarim) adalah seorang akakademia, tetapi Anwar adalah seorang politikus ternama di Malaysia.

Dalam realiti Anwar sebagai ketua Parti Pembangkang di Malaysia, beliau berhadapan dengan satu masalah besar iaitu berhadapan dengan PAS. Parti PAS secara jelas menolak Amerika kerana sedar di belakang kuasa besar itu adalah kumpulan Zionis yang dikenali sebagai Neo- Konservatif.

Prinsip PAS ini memang dipegang sejak dari dulu lagi. Malah PAS sentiasa curigai dengan gerak geri Amerika menakluk Iraq, Afganistan dan menjadikan Osama Ladin sebagai terorist.

Malah pada tahun 1997, Mahfuz Omar (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS) sanggup ditahan polis, semata-mata untuk membantah kedatangan pasukan ping pong ke Malaysia. Kedua-dua aktivis PAS itu ditahan di perkarangan Masjid ar Rahman, berhampiran dengan Universiti Malaya. Klik di sini

Begitulah sentimen kebencian PAS kepada Israel dan kumpulan pemikir Israel yang paling berpengaruh adalah berpengkalan di Amerika dalam American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise (AEI)dan World Jewish Congress (WJC). Di sinilah muncullah watak-watak Zionis yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Amerika seperti Paul Wolfowitz, Richard Pearle, Carl Gershman, Elliot Abrams, Rita Katz, Madeleine K. Albright, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner, George Soros dan lain-lain. klik di sini.

Walaupun Israel benci kepada Iraq dan Iran, tetapi Israel tidak mampu melawan kedua-dua negara negara Islam itu tanpa pertolongan ketenteraan dan kewangan daripada Amerika. Di sinilah peranan Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz yang pernah memegang jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, bagaimana beliau merancang dan menghancurleburkan bumi Iraq, hingga mengorbankan orang awam Islam yang tidak berdosa.

Sebab itu selepas berjaya menakluk Iraq, Paul Wolfowitz dipindahkan menjadi Presiden Bank Dunia. Bermakna kedudukan Zionis Amerika sentiasa ditempatkan di dua kedudukan paling strategik iaitu pertahanan dan kewangan. Sebab itu Zionis seperti Paul Wolfowitz dianugerahkan "Zionis Amerika paling berjaya pada tahun 2002" oleh sebuah organisasi Yahudi berpengaruh di Amerika yang dinamakan JINSA (The Jewish Institute for National Security Affairs).

Maka apa bezanya Israel dan Amerika kerana Amerika sendiri dikawal oleh kumpulan Zionis yang berasal dari Israel.

Persoalannya bagaimana pula hubungan Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner dan George Soros ini. Anwar bukan setakat bergambar dan bertemu mereka ini, tetapi Anwar menjadi alat untuk menjayakan cita-cita mereka dalam mewujudkan PNAC (Project for the New American Century ).

Bermakna yang Anwar berhubung dan bekerja bukan Yahudi biasa, tetapi Yahudi Zionist yang bercita-cita mengukuhkan kuasa Amerika sebagai kuasa tunggal di dunia dan mengesahkan Negara Israel secara negara yang sah.

Buktinya Anwar menjadi alat mereka, apabila beliau sendiri turut menandatangani Deklarasi Annapolis Summit 2007 iaitu satu perjanjian yang diusahakan oleh Presiden Bush Amerika untuk mewujudkan sebuah Negara Israel yang sah. Lihat bukti klik di sini

Jadi, adakah sikap Anwar yang pro Amerika dan pro-Zionis itu tidak berlawanan dengan prinsip PAS yang memegang konsep Negara Islam ?. Atau mungkinkah Mahfuz Omar daan Sallahuddin Ayub, menentang Israel dan Amerika pada tahun 1997 dulu, kerana mereka memegang jawatan Ketua dan Timbalan Dewan Pemuda PAS Pusat dan sekarang apabila Mahfuz memegang Ketua Penerangan PAS serta Salahuddin menjadi Ketua Pemuda, prinsip dahulu sudah dibuang?

Saya kira dilema itulah yang sedang dihadapi oleh Anwar sebagai seoarang politikus, menghadapi PAS yang secara jelas anti-Zionis. Bagaimana Anwar dan PAS boleh bermain tarik tali dalam menghadapi kemelut ini. Semua itu terpulang kepada percaturan dan kebijaksaan masing-masing.

Bacaan lanjut, sila ,artikel 1, dan artikel 2

Sikap pro-Amerika Anwar dan kesannya ke atas Malaysia

Sikap Anwar yang pro-Amerika membolehkan beliau mendapat tajaan daripada pihak Amerika terutamanya NED, NDI dan IRI serta bantuan daripada sekutu Amerika terutamanya KAF, FNF dan SPF.

Untuk mengetahui secara jelas bagaimanakah modus operandi Amerika dan sekutunya membantu Anwar di Malaysia sila lihat artikel sebelum ini. Klik artikel 1 dan artikel 2

Di sini saya akan menyentuh kesan yang paling penting adalah ke atas agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.

Pada umumnya agenda terakhir badan-badan penaja yang disenaraikan di atas adalah untuk melemahkan dominasi Islam di Malaysia dengan menjayakan program pluralisme agama (persamaan antara agama).

Misalnya KAF yang membantu Anwar dan think tanknya IKD sejak 1980-an lagi, bermatlamat untuk menjayakan IFC (Interfaith Council) yang menjadi seumpama Mahkamah Antara Agama-agama bagi membendung dominasi Mahkamah Syariah.

Lihat pengakuan Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia dalam menjayakan usaha pluralisme ini. Klik artikel 1 dan artikel 2.

Bantuan KAF kepada Anwar pada hakikatnya telah mengigit Islam secara diam, seumpama api dalam sekam. KAF dan IKD telah berusaha meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia melalui virus-virus "Islam Liberal". Bacaan lanjut klik di sini

Anwar Muslim Moderate adalah Muslim Liberal?

Anwar Ibrahim dianugerahkan "Muslim Moderate 2005". Pemberi anugerah itu adalah CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Penaja CSID pula adalah IRI, NED dan USAID. Bermakna CSID, IRI, NED dan USAID adalah alat Amerika untuk merosakkan Islam secara halus melalui perantaraan orang Islam sendiri.

Sebab itu tidak hairan semasa Anwar menerima anugerah "Muslim Moderate" tetamu yang menyaksikan adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Nama Carl Greshman dan Lorne Craner pula adalah kawan rapat Anwar yang termasuk dalam senarai Zionis (rujuk senarai di atas) yang bercita-cita menubuhkan Negara Israel.

Jadi sekiranya Zionis menobatkan "Muslim Moderate" apakah agenda akhir mereka ke atas dunia Islam?

Apakah ini bermaksud "Muslim Moderate" merupakan nama lain kepada "Islam Liberal" ?

Untuk menjawab persoalan ini lebih baik dilihat watak yang sama dengan Anwar yang diiktiraf Amerika sebagai "Muslim Moderate 2004" iaitu Abdolkarim Soroush.

Abdolkarim Soroush menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika, tempat yang sama Anwar menjadi pensyarah pelawat. Pada tahun 2005, Time Magazine menamakan beliau sebagai the world's 100 most influential peopleklik di sini, manakala Anwar pula dicalonkan oleh majalah sama pada tahun 2008. Klik di sini.

Abdolkarim Soroush dikenali salah seorang pemikir gerakan liberalisme dalam Islam. Pemikir Gerakan Liberalime bertujuan untuk mewujudkan Islam Liberal atau Islam Progressif yang menggunakan kaedah Pluralisme Agama.

Terdapat lima ciri untuk mengenali golongan Islam Liberal, iaitu pertama konsep Ijtihad (pentafsiran semula); kedua, perjuangan Hak asasi manusia; Ketiga, perjuangan Feminisme (hak wanita); Keempat toleransi dan menolak keganasan; dan kelima kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). Bacaan lanjut klik di sini.

Kesemua ciri-ciri yang disebutkan di atas diperjuangkan oleh Abdolkarim Soroush dan kerana perjuangan itu beliau dinobatkan sebagai Muslim Moderate 2004, tajaan Amerika.

Tetapi di Iran, tempat kelahiran Abdolkarim Soroush, beliau dikenali sebagai Martin Luther dan Erasmus dalam Islam. . Bukti klik di sini

Jika Martin Luther dan Erasmus dianggap sebagai pelopor Kristian Prostestan, adakah ini bermakna Abdolkarim Soroush antara pelopor Islam Protestan?

Setelah menyusur galur pemikiran pemenang "Muslim Moderate 2004", Abdolkarim Soroush yang berpunca daripada pemikiran liberalisme dan berakhir kepada Islam Prostestan, bagaimana pula dengan pemenang "Muslim Moderate 2005", Anwar Ibrahim?

Bukankah Anwar juga berpegang kepada falfafah John Locke, iaitu pelopor kepada konsep Liberalisme?

Bukankah konsep Liberalisme yang dianuti Anwar itu berakhir menjadi "Islam Liberal"?.

Sila rujuk artikel sebelum ini bertajuk "Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?"

AIDC29 September 2008http://aidc-editor.blogspot.comemail : aidceditor@yahoo.com

Nota: Sumber ini dipetik dari blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com

22 September, 2008

PAK LAH TAK JADI BERHENTI!!!

Pak Lah tidak jadi berhenti, Pak Lah akan mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Begitulah maklumat terbaru yang diterima.

Sungguhpun selepas mesyuarat MT lalu, Pak Lah dikatakan akan meletak jawatan sebelum 9 Oktober, namun desakan Khairy Jamaluddin, Zaki Ahmad Zahid dan Datuk Che Alwi "al ketereh". menjadi punca perubahan ini.

Mereka meyakinkan Pak Lah bahawa terdapat 100 bahagian akan menyokong pencalonan Pak Lah sebagai Presiden UMNO.

Menurut sumber harakahdaily.net, Abdullah dilaporkan telah pun membatalkan hasrat untuk berundur seperti yang diucapkannya selepas dibelasah oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Biar apa pun yang akan terjadi, laporan-laporan menyatakan Perdana Menteri akan tetap mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.

Keputusan itu dilaporkan telah dibuat setelah diyakinkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin dan para penyokong yang bergantung nasib kepada jawatan Perdana Menteri yang setakat ini masih lagi berada dalam cengkaman Abdullah.

Mereka dilaporkan telah berkejar ke Sri Perdana selepas mesyuarat MT Khamis lalu demi mententeramkan Abdullah yang dilanyak rakan-rakannya sendiri serta meyakinkan Presiden Umno yang dikatakan hampir menangis dalam mesyuarat MT itu bahawa beliau boleh mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Ada laporan yang menyatakan bahawa penyokong-penyokong Abdullah itu memberi harapan bahawa tidak kurang dari 100 pencalonan akan diperolehi oleh tokoh yang menjadi tempat mereka bergantung hidup itu.

MI menggambarkan penyokong-penyokongnya bagaikan berkampung di kediaman Abdullah sepanjang hujung minggu lalu untuk berbincang dan menyusun strategi menyambung hayat kepimpinan Abdullah yang bukan sahaja tidak dikehendaki rakyat malah ahli-ahli Umno sendiri.
Antara yang hampir berkampung di kediaman Perdana Menteri itu termasuk beberapa Ahli MT, Ketua-Ketua Perhubungan Umno Negeri dan kaki-kaki makan upah yang berkerja untuk kepentingan politik Abdullah.

Antara persetujuan penyokong-penyokong Abdullah itu, yang termasuk Datuk Seri Adnan Mansor, ialah Abdullah mampu mendapatkan sekurang-kurang 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Menurut MI lagi, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Abdullah, para penyokongnya itu akan turun ke bahagian-bahagian dan akan berleluasa dengan kempen tak mengenal batasan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

Apa sahaja akan dilakukan asalkan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Jika Abdullah berkeras untuk mempertahankan jawatannya, timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan menyokong hasrat Abdullah itu.

Walaupun beliau boleh mendapat pencalonan yang lebih banyak dari Abdullah untuk menjadi Presiden Umno, tetapi Najib dipercayai tidak sanggup menghadapi kemungkinan kedua-duanya akan cedera parah jika berlaku pertandingan antara mereka.

Apa pun, dengan nafsu menyala-nyala para penyokong Abdullah untuk berleluasa dengan kempen tak mengenal batas dalam masa beberapa minggu ini, rakyat Malaysia dan dunia mungkin akan menyaksikan pesta kincah-mengincah keburukan di antara sesama pemimpin Umno.

18 September, 2008

Tengku Razaleigh Hamzah Bakal PM ke-6?

Majlis Tertinggi UMNO telah menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) bersara secara sukarela, segera dan terhormat. Jika tidak, kemungkinan besar Pak Lah akan disingkirkan oleh majoriti bahagian UMNO yang memulakan perwakilan bahagian masing-masing pada 10 Oktober 2008.

Lantaran itu, Pak Lah dijangka mengumumkan tarikh persaraannya daripada siasah dan kerajaan dalam masa terdekat ini selewat-lewatnya pada 9 Oktober 2008.

Nasihat di atas telah disampaikan oleh Majlis Tertinggi UMNO kepada Pak Lah dalam mesyuaratnya pada hari semalam, 18 September 2008.

Ini kerana persidangan perwakilan UMNO bahagian kali ini akan menamakan calon-calon pucuk pimpinan tertinggi parti yang akan dipertandingkan pada Disember 2008.

Jika Pak Lah enggan berundur, beliau dijangka menghadapi risiko tidak memperolehi kuota secukupnya untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO yang disandangnya ketika ini.

Terdapat cakap-cakap yang mengatakan nama Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan dipilih dan dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO untuk menerajui kepimpinan negara sekaligus mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam.

Pertandingan yang dijangka diadakan tidak lama lagi itu menyaksikan Ku Li akan berhadapan dengan Pak Lah yang mana 65% ahli-ahli UMNO di seluruh Malaysia akan memberi sokongan terhadap Ku Li.

Jika ini benar-benar berlaku, apa yang diramalkan sebagai teori RAHMAN akan bertukar kepada teori baru pula iaitu teori RAHMAT.

Inilah sebabnya kenapa Anwar Ibrahim beriya-iya sangat nak jadi Perdana Menteri. Sebabnya kerana tak lama lagi Pak Lah akan bersara lebih awal dari yang dijangkakan Pak oleh Lah sendiri . Apabila peralihan kuasa sebenar berlaku, ia sekaligus memadamkan peralihan kuasa yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Orang-orang UMNO 'dah tak marah lagi kepada parti UMNO kerana mereka mendapat kepimpinan yang baru. Orang-orang UMNO yang menyokong Anwar akan kembali sokong kepada parti mereka sendiri, bukan parti lawan. Selama ini mereka sokong Anwar kerana mereka 'meluat' dengan Pak Lah.

Apa pun ini masih juga dikategorikan sebagai ramalan kerana tidak semestinya apa yang dirancang boleh menjadi kenyataan. Buktinya, Anwar Ibrahim sendiri merancang 16 September akan mengambil alih pentadbiran pusat. Tetapi di luar pemikiran Anwar, 51 ahli Parlimen Malaysia telah dibawa lari ke Taiwan kononnya untuk tujuan lawatan sambil belajar.

Jika Anwar ada rancangan, pimpinan UMNO juga ada rancangannya tersendiri. Inilah namanya perang. Pihak yang cepat bertindak dan bijak mengatur strategi, pihak itulah yang akan menang.

Sekarang, UMNO merangcang untuk menukar kepimpinan dengan seberapa cepat yang boleh iaitu sebelum Parlimen dibuka semula pada 13 Oktober ini. Jika Pak Lah meletak jawatan sebelum 13 Oktober ni, nescaya parti UMNO tidak 'karam', ditenggelamkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Jika Pak Lah berdegil untuk tidak mahu melepaskan jawatan PM, persidangan Parlimen yang bermula 13 Oktober ini akan menyaksikan adanya usul undi tidak percaya yang tidak boleh disekat lagi. Kalau sebelum ini usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri berjaya 'disekat' oleh speaker Dewan Undangan Negeri pada sidang Parlimen sebelum ini, sidang Parlimen yang akan datang, desakannya tidak dapat dipertahankan lagi.

Jika usul undi tidak percaya berjaya dilaksanakan di sidang Parlimen akan datang, berkemungkinan besar Anwar akan menang dengan strateginya yang mana beberapa ahli Parlimen BN khususnya Sabah dan Sarawak seperti yang digembar-gemburkan akan memainkan peranan menyokong usul berkenaan. Sebab itulah Pak Lah kena letak jawatan sebelum Parlimen bersidang.

Jika tidak letak jawatan, berkemungkinan pilihan raya umum akan diadakan semula ataupun perintah 'mageran' dikuatkuasakan yang mana pihak Tentera akan mengambil alih untuk sementara waktu. Adakah Pak Lah memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim. Sama-sama kita menonton 'drama' tanahair yang terhebat dalam sejarah masa kini.

Berhubung artikel bertajuk "Parlimen dibubarkan, Agong dah tandatangani", laman ini terpaksa memadamkan 'posting' berkenaan atas sebab-sebab keselamatan. Ianya masih tidak disahkan lagi berita berkenaan. Tetapi yang peliknya, pihak istana hingga setakat ini masih belum lagi menafikan khabar-khabar angin tersebut. Pihak istana perlu menafikan berita tersebut bagi meredakan keadaan.

17 September, 2008

Macam-macam kemungkinan boleh berlaku ...

BERITA menarik hari ini pastilah mengenai pertukaran portfolio Kementerian Pertahananan dengan Kementerian Kewangan. Pak Lah ambil portfolio Najib. Najib pula ambil portfolio Pak Lah. Tak tahulah, sama ada mereka berdua berpakat untuk tukar suka sama suka atau barangkali Pak Lah tak percaya kepada Najib yang memegang portfolio yang paling penting yang boleh digunakan untuk tujuan tertentu.

Seorang bloggers, Ruhanie Ahmad, dalam blognya berkata: "Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melakukan satu tindakan yang cukup aneh dan menimbulkan banyak spekulasi – menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengambil pula jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib."

Tindakan itu, katanya, tidak pernah berlaku di negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?

Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?

"Berasaskan perkembangan di atas, rakyat jelata perlu berwaspada, sensitif dan prihatin terhadap lain-lain perkembangan di sekeliling mereka. Ini kerana tindakan Abdullah di atas adalah aneh, luarbiasa, menimbulkan syak wasangka dan mengundang pelbagai tandatanya. Ia juga menimbulkan anxieties dan uncertainties," kata bekas wartawan ini menerusi blognya, kuda-kepang.blogspot.com.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pula berkata, terdapat kebimbangan dengan tindakan Abdullah mengambil portfolio pertahanan dari Najib kerana ini katanya mungkin untuk mempergunakan kementerian itu sebagai talian hayatnya.

"Saya bimbang dengan kedudukan Abdullah di Pertahanan yang memungkinkan penggunaan tentera jika keadaan mendesak tatkala mereka juga bimbang dengan senario perubahan kerajaan yang diusahakan Pakatan Rakyat," kata Mahfuz yang dipetik dari sumber harakahdaily.net.

Walaupun pada 16 September perubahan tidak berlaku, tetapi Abdullah sendiri bimbang dengan sebarang kemungkinan dalam masa terdekat bahawa perubahan itu akan berlaku juga, kata Mahfuz.

Sementara itu, dalam berita hari ini juga, Pak Lah berkata, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan saja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi. .

Kenyataan ini nampak seolah-olah seperti satu amaran kepada Anwar Ibrahim. Bunyinya semacam hendak mengambil tindakan 'keras' terhadap Perdana Menteri 'Ilusi' itu.

Tidak ada tindakan lain yang boleh membendung Anwar melainkan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Anwar hanya boleh disekat hanya melalui ISA dan juga darurat.

Kenapa Anwar nak cepat sangat ambil alih kerajaan?

Mengikut cakap-cakap sahabat-sahabat dalam politik UMNO ada membayangkan (konfiden) bahawa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam masa terdekat, iaitu selewat-lewatnya pada penghujung bulan Oktober 2008 ini.

"Pak Lah telah dapat banyak feedback daripada penyokongnya sendiri yang beliau tidak disenangi oleh lebih dua pertiga ahli-ahli UMNO sendiri dan lebih setengah orang-orang Melayu di luar UMNO," kata seorang forumers yang dipetik dari blog mykmu.net.

Kalau diperhatikan, mood rakyat sekarang sangat meluat dengan tindak-tanduk Pak Lah. Sentimen kemarahan yang meluap-luap ini digunakan Anwar untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pak Lah letak jawatan, sedikit sebanyak sokongan kepada UMNO akan beransur-ansur pulih dan sempat untuk diselamatkan sebelum Pilihanraya umum (PRU) akan datang. Peluang Anwar jadi Perdana Menteri ke-6 amat tipis.

Kekalahan BN pada PRU, 8 Mac lalu yang menyebabkan BN tewas di 5 negeri adalah disebabkan orang-orang UMNO, MCA, MIC dan Gerakan mengundi apa juga calon PKR disebabkan rasa benci terhadap Pak Lah.

Sekiranya Pak Lah letak jawatan dan digantikan dengan pemimpin yang lebih berwibawa, tegas menangani ancaman dari kaum bukan Melayu, sudah pasti akan meredakan sedikit sebanyak kemarahan yang meluap-luap di hati pengundi-pengundi BN yang mengundi Pakatan Rakyat pada PRU sebelum ini.

Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Macam-macam kemungkinan boleh berlaku.

Anwar Ibrahim dikenakan ISA. Implikasinya. Apabila ketua telah kena tangkap dan di'ISA'kan, maka susah hendak anak-anak buah melakukan gerakan 'merampas' kuasa termasuk mereka yang dari BN sukar hendak melompat. Yang sudah melompat 31 orang (ikut kata Anwar) akan senyap begitu sahaja.

Dari segi pengikut Anwar yang fanatik. Sudah pasti mereka akan berasa marah yang teramat sangat. Mereka akan kata kerajaan 'zalim', kerajaan 'penakut' dan bermacam-macam lagi. Mungkin diadakan demonstrasi secara 'besar-besaran'. Cara ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu membuat 'provokasi' supaya pengikut-pengikut Anwar yang fanatik membuat rusuhan.
Dalam keadaan isu perkauman yang semakin kuat dimainkan, pergaduhan kaum boleh berlaku dengan mudah.

Apabila 'demonstrasi' yang tidak terkawal berlaku, berkemungkinan kuasa 'mageran' akan digunakan.

Sebenarnya, dua pihak yang berasa bimbang apabila darurat benar-benar berlaku.

Pertama: Anwar Ibrahim akan menangis.
Kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara yang cepat tidak kesampaian. Anwar begitu bimbang kalau berlakunya 'darurat'. Inilah kelemahan Anwar Ibrahim, dia sudah memberitahu kelemahannya kepada umum. Ini memudahkan 'ejen-ejen' perisikan melaksanakan tugas selepas ini.

Kedua: Pak Lah dipaksa letak jawatan.
Sejarah darurat yang lalu akibat peristiwa 13 Mei menyebabkan pertukaran secara paksa dilakukan di mana Tungku Abdul Rahman terpaksa melepaskan jawatan dan diserahkan kepada Tun Abdul Razak. Apabila ada rusuhan 13 Mei menunjukkan Tungku tidak mampu mengawal keadaan hingga berlakunya darurat. Sama juga cerita sekarang, apabila darurat berlaku, ini menunjukkan ketidakmampuan Pak Lah menangani masalah hingga tercetusnya 'darurat'.

Bubar Parlimen
Ini juga satu kemungkinan boleh berlaku.

08 September, 2008

Anwar Ibrahim dan Penaja Demokrasi Amerika

NED dijadikan sebagai perkakas kewangan politik untuk menakluk negara-negara yang dianggap tidak demokratik tanpa melalui cara peperangan. Di Venezuela dan Cuba, NED telah berkali-kali campurtangan untuk menjatuhkan Hugo Chavez dan Fidel Castro, namun tidak berjaya. NED ditubuhkan sejak 1983 di bawah pentadbiran Ronald Reagan untuk menjayakan Project New American Century (PNAC).

NED ialah dana yang diwujudkan untuk mencapai Project New American Century (PNAC). Apakah Malaysia tiada dalam radar rancangan PNAC ini? Baru baru ini Dick Cheney (Naib Presiden Amerika Syarikat) telah melawat Georgia yang baru sahaja berkonflik dengan Russia. Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika) pula mengunjungi Libya buat pertama kali selepas 55 tahun. Lawatan untuk mengukuhkan hubungan atau merancang sesuatu di Georgia dan Libya selepas pasca pentabiran Bush nanti?.

Baaca artikel ini sepenuhnya yang diperolehi dari sumber anginperubahan.blogspot.com

Kisah antara Wolfowitz,SAI,CIA dan DSAI

Skandal yang melibatkan Bank dunia yang telah dilakukan bersama oleh Wolfowitz - Riza -Cleveland dan Bakal PM Mat Jenin (Pinjam kata-kata Tuan Guru Hadi Awang) DSAI amat diheboh-hebohkan di serata dunia semasa pemilihan Pengerusi Bank Dunia.

Dalam lewat tahun 2000 pihak pengurusan University JohnsHopkins di Amerika telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan ke atas Dean School of Advanced International Studies(SAIS) iaitu Wolfowitz kerana telah mendapati telah lakukan hubungan sulit (Improper Sexual relation) dengan salah seorang staf SAIS.Tindakan disiplin keatas telah terhenti dengan Wolfowitz akan tinggalkan University tersebut yang akan menjawat jawatan dalam kerajaan Presiden Bush.

Dalam awal tahun 2001 Adminitrasi Presiden Bush bersedia mencalonkan Wolfowitz untuk Jawatan Pengarah CIA,tetapi isteri Wolfowitz telah menulis sepucuk surat kepada Presiden tentang Skandal seks suaminya dengan Staf SAIS dan juga Shaha Ali Reza,di mana wanita ini di NED (sebelum berpindah ke Bank Dunia pada 1999) yang mengatakan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang yang bukan warga negara Amerika.

Scooter Libby telah memintas surat ini dan membatalkan pengarah CIA dan lantik wolfwitz sebagai Setiausaha Agensi DOD.Rumah Putih sentiasa mengetahui kelemahan peribadi Wolfowitz dan memileh menutup rahsianya agar boleh digunakan untuk peras-ugut di masa akan datang.Perkara begini memang amalan yang dilakukan oleh CIA Amerika.

3.Dalam bulan November 2006 Wolfowitz mengatur Datuk Anwar Ibrahim ….memberitahu Robin Cleveland pada October 2006 yang dia memileh Shaha Ali Riza untuk memegang Jawatan Pengarah Foundation For Future.DSAI seperti semua sedia maklum adalah kawan rapat Wolfowitz dan menjadi pengerusi Foundation for Future pada July 2006 selepas kontrak dengan Bank Dunia tamat.

Dengan ini saudara-saudari fikirkanlah siapa sebenar Wolfowitz? Dan fikirkanlah kenapa DSAI dapat jawatan sebagai pensyarah jemputan di University JohnHopkins selepas keluar dari Sg.Buluh?.

Maka fikir-fikirkanlah agenda tersembunyi Negara Asing terhadap kemajuan Negara Malaysia!.Kenapa DSAI berkawan rapat dengan seorang yang telah dicalonkan ke jawatan Pengarah CIA Amerika!!!!.

Rujukan: pemudaenggang.wordpress.com

07 September, 2008

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?

Artikel ini menganalisis peranan NED dan IRI dalam membantu Anwar menghadapi pilihanraya umum dan merealisasikan cita-citanya menjadi PM, 16 September ini.

Apa itu IRI ?

IRI atau International Republican Institute adalah 'nonprofit organization', kerajaan Amerika.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda 'demokrasi' di dunia.

IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya.

Kata Bush, "I appreciate the work IRI is doing to advance the cause of liberty. For more than two decades, IRI has been at the forefront of democratic change in more than a hundred countries. You've trained the next generation of leaders, you've strengthened political parties, you've monitored elections, and you're helping to build civil societies."


"If the Middle East remains a place where freedom does not flourish, it will remain a place of stagnation and resentment and violence ready for export. The United States has adopted a new policy, a forward strategy of freedom in the Middle East; a strategy that recognizes the best way to defeat the ideology that uses terror as a weapon is to spread freedom and democracy."

Berdasarkan ucapan Bush ini, tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan "demokrasi" ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah 'penyusupan masuk',kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga 'peperangan'.

Salah satu boleh digunakan, mengikut kaedah yang lebih berkesan.

Mungkin sesetengah negara,(misalnya Indonesia dan Malaysia) memadai dengan cara 'penyusupan' dan bantuan dana dalam pilihanraya, tanpa melibatkan ketenteraan.

Manakala di Timur Tengah pula, seperti di Iraq dan Afghanistan, kaedah penyusupan dan ketenteraan didahulukan, kemudian diikuti dengan peranan IRI dalam menguruskan pilihanraya.

Dalam erti kata lain, selepas perang IRI akan berfungsi menaja calon dan parti untuk mengangkat 'Presiden boneka', yang pro Amerika Syarikat.

IRI 'nonprofit organization' kembar NED agenda terselindung Amerika

Term 'nonprofit organization' bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud 'badan yang tidak mementingkan keuntungan' adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Taraf IRI tidak sama dengan NGO, kerana badan itu merupakan satu agensi yang diluluskan oleh kerajaan Amerika. NGO boleh dibuat oleh sesiapa secara sukarela tetapi agensi IRI merupakan badan yang disahkan oleh kerajaan Amerika. Semua urusan perlantikan Ahli Jawatankuasa, mestilah dipilih oleh kerajaan Amerika.

Sejarah awal penubuhan IRI sebagai merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.

Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika 'menawan' dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah 'hitam'.

Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah 'putih' bertemakan 'demokrasi' yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Maka NED adalah badan induk 'demokrasi', manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya. Menurut Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai 'demokrasi' iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise)


Baca artikel ini sepenuhnya, klik di sini

Baca artikel yang berkaitan di bawah tajuk Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..