07 September, 2008

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?

Artikel ini menganalisis peranan NED dan IRI dalam membantu Anwar menghadapi pilihanraya umum dan merealisasikan cita-citanya menjadi PM, 16 September ini.

Apa itu IRI ?

IRI atau International Republican Institute adalah 'nonprofit organization', kerajaan Amerika.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda 'demokrasi' di dunia.

IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya.

Kata Bush, "I appreciate the work IRI is doing to advance the cause of liberty. For more than two decades, IRI has been at the forefront of democratic change in more than a hundred countries. You've trained the next generation of leaders, you've strengthened political parties, you've monitored elections, and you're helping to build civil societies."


"If the Middle East remains a place where freedom does not flourish, it will remain a place of stagnation and resentment and violence ready for export. The United States has adopted a new policy, a forward strategy of freedom in the Middle East; a strategy that recognizes the best way to defeat the ideology that uses terror as a weapon is to spread freedom and democracy."

Berdasarkan ucapan Bush ini, tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan "demokrasi" ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah 'penyusupan masuk',kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga 'peperangan'.

Salah satu boleh digunakan, mengikut kaedah yang lebih berkesan.

Mungkin sesetengah negara,(misalnya Indonesia dan Malaysia) memadai dengan cara 'penyusupan' dan bantuan dana dalam pilihanraya, tanpa melibatkan ketenteraan.

Manakala di Timur Tengah pula, seperti di Iraq dan Afghanistan, kaedah penyusupan dan ketenteraan didahulukan, kemudian diikuti dengan peranan IRI dalam menguruskan pilihanraya.

Dalam erti kata lain, selepas perang IRI akan berfungsi menaja calon dan parti untuk mengangkat 'Presiden boneka', yang pro Amerika Syarikat.

IRI 'nonprofit organization' kembar NED agenda terselindung Amerika

Term 'nonprofit organization' bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud 'badan yang tidak mementingkan keuntungan' adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Taraf IRI tidak sama dengan NGO, kerana badan itu merupakan satu agensi yang diluluskan oleh kerajaan Amerika. NGO boleh dibuat oleh sesiapa secara sukarela tetapi agensi IRI merupakan badan yang disahkan oleh kerajaan Amerika. Semua urusan perlantikan Ahli Jawatankuasa, mestilah dipilih oleh kerajaan Amerika.

Sejarah awal penubuhan IRI sebagai merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.

Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika 'menawan' dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah 'hitam'.

Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah 'putih' bertemakan 'demokrasi' yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Maka NED adalah badan induk 'demokrasi', manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya. Menurut Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai 'demokrasi' iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise)


Baca artikel ini sepenuhnya, klik di sini

Baca artikel yang berkaitan di bawah tajuk Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

No comments: