05 October, 2008

Benarkah PKR agen Zionis?

oleh: Keris Terbang

Persoalan yang sentiasa bermain-main di benak majoriti rakyat. Sehingga baru-baru ini ’mereka’ mencabar agar sebarang pertuduhan terhadap ’mereka’ sebagai agen Amerika dapat dibuktikan.

Meskipun telah banyak pendedahan berupa bukti yang terang lagi nyata di atas penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang berkaitan dengan Amerika dan Zionis seperti yang didedahkan dalam internet, di sini penulis cuba mengajak untuk melihat beberapa lagi bukti dari sudut yang lain pula bagi menyokong pendedahan tersebut.

Walau bagaimanapun, pendedahan ini bukanlah bermaksud menyahut cabaran ’mereka’ tetapi sekadar ingin mencabar ’mereka’ kembali agar membuktikan segala pendedahan ini tidak benar sama sekali. ’Mereka’ juga dicabar agar menafikan dengan bukti akan segala penglibatan dan perancangan DSAI melalui Amerika dan Zionis seperti yang telah dikupas dan didedahkan satu-persatu melalui internet.

Baca 'research' ini lebih lanjut. Klik di sini.

28 September, 2008

Anwar terima ancaman bunuh, siapa dalang?

Masih ingat lagi tak dengan ancaman bunuh Anwar yang menyebabkan Anwar berlindung di Kedutaan Turki? Ketika itu saya sudah mengagak pihak mana yang merancang untuk membunuh Anwar? Waktu kejadian itu, hati nurani saya terus menuju ke arah Central Intelligent Agency - Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat.

Dan hari ini, saya nak syer dengan kawan-kawan satu analisis yang lebih tepat yang saya kutip dari blog: aidc-editor.blogspot.com.

-------------------------------------------------
Pembunuhan Benazir Bhutto pada 27 Disember 2007 telah mencetuskan konflik di Pakistan di antara Kerajaan Pakistan di bawah pimpinan Jeneral Pervez Musharraf dan golongan yang kononnya memperjuangkan demokrasi di bawah pimpinan Benazir Bhutto.

Dilihat daripada kronologi ringkas pembunuhan ini, didapati Benazir Bhutto telah meminta bantuan MOSSAD Israel (Institut Perisikan dan Operasi Khas) seperti yang dilaporkan oleh akbar harian Hebrew, Ma’ariv.

Akhbar ini telah mendedahkan bahawa Benazir telah meminta bantuan Mossad, Central Intelligence Agency-CIA (Agensi Perisikan Pusat) dan juga agensi penyiasatan Britain, Scotland Yard.

Tujuan agensi ini adalah untuk melindungi keselamatannya untuk kempen pilihanraya Pakistan pada 8 Januari 2008.

Malang tidak berbau. Benazir telah dibunuh. Siapa yang membunuhnya? Walaupun pembunuhnya telah ditangkap tetapi siapa di sebalik pembunuh itu masih belum lagi terjawab. Ada yang mengatakan Jeneral Pervez Musharraf bertanggungjawab, namun ada yang mengatakan Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama Bin Laden yang membunuhnya.

Saya lebih suka mengatakan Al-Qaeda yang bertanggungjawab. Kenapa? Al-Qaeda adalah sekutu kuat kepada CIA semasa konflik antara Mujahidin (Afghanistan) dan Soviet Union ketika pencerobohan ke atas Afghanistan pada tahun 1980-an. Osama Bin Laden juga merupakan agen CIA yang telah dilatih khas pada ketika itu untuk menentang Soviet Union.

Umum mengetahui bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 adalah sandiwara Amerika syarikat (AS) untuk menguasai minyak di Negara Timur Tengah. Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Harus diingatkan, agen CIA di dalam Mujahidin tidak semuanya setia kepada Taliban kerana selepas Taliban mengambil alih Pakistan, kumpulan Mujahidin berpecah dari Taliban kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Islamik Taliban yang tidak mengkiut Al-Quran dan Hadis dimana pemerintahan tersebut terlalu menggunakan kekerasan.

Bukti? Mujahidin turut membantu Tentera Penceroboh yang diketuai AS dalam serangan ke atas Afghanistan bagi menghapuskan Taliban.

Mujahidin (bekas Agen CIA) masih lagi berkhidmat kepada AS. Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA yang menjadi key communicator (orang tengah) kepada Al-Qaeda dan CIA dalam menjalankan konspirasi dalam pembunuhan Benazir.

Kenapa CIA mahu membunuh Benazir? Benazir adalah agen CIA yang dilatih khas untuk mengembangkan kekuasaan blok demokrasi tajaan AS. Selepas hidup dalam buangan di Britain, Benazir kembali ke Pakistan semula kononnya untuk mengembalikan demokrasi di Pakistan.

Namun, CIA telah melihat Benazir tidak releven kepada AS dan berpuluh juta US Dollar telah dihabiskan untuk menjatuhkan Jeneral Pervez Musharraf, namun Jeneral Pervez Musharraf gagal dijatuhkan dari puncak kuasa walaupun gerakan demokrasi di Pakistan yang berketuakan Benazir di Britain telah banyak memakan belanja tajaan CIA..

Benazir kembali ke Pakistan. Namun pada kali ini, tanpa perlindungan dari CIA. Benazir meminta pula bantuan dari MOSSAD. MOSSAD bersetuju memandangkan sekiranya Benazir menang dalam pilihanraya Pakistan, hubungan Israel-Pakistan akan terjalin.

Namun, perjanjian Benazir-MOSSAD dapat dihidu oleh Al-Qaeda. Pada masa yang sama, CIA juga mahu menghapuskan agennya yang kini telah tidak relevan. CIA juga mahu apabila agen ini dibunuh, tiada sebarang kaitan pembunuhan ini dengan CIA. CIA mahu cuci tangan.

Oleh yang demikian, Mujahidin@bekas Agen CIA menjadi key communicator di antara Al-Qaeda dan CIA untuk membunuh Benazir. Sekali lagi, Al-Qaeda menjadi kambing hitam.

Dilihat pada Anwar Ibrahim, dia dilihat sebagai seorang agen yang hampir sama dengan Benazir Bhutto. Kebanyakkan masa dihabiskan di luar Negara.

Dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai dana yang besar sehinggakan tiada calon yang sesuai diketengahkan sebagai calon. Bukti? Sehinggakan Loh Gwo Burne yang tidak boleh berbahasa Melayu dilantik menjadi calon disebabkan masalah kekurangan calon. Siapa yang memberikan dana kepada PKR? Saya kira, pembaca boleh menilai sendiri.

Akhirnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Pak Lah gagal ditumbangkang. Anwar Ibrahim tersepit. Kemudian, timbul pula isu 30 Ahli Parlimen BN akan lompat ke dalam Pakatan Rakyat (PR). Itu juga tidak berlaku. Akhir sekali, timbul pula isu liwat Mohd.. Saiful Bukhari dan kemudiannya, Anwar Ibrahim mendedahkan ada ancaman bunuh kepada dia dan keluarganya.

Benazir Bhutto dibunuh oleh CIA kerana tidak releven. Anwar Ibrahim sudah tidak releven kepada CIA kerana gagal menumbangkan Kerajaan BN. Oleh yang demikian, siapa yang cuba bunuh Anwar?

Klik sini untuk melihat video tentang penglibatan pembunuhan pemimpin politik di seluruh dunia oleh CIA.

Masa depan Islam dan PAS di tangan Anwar Ibrahim?


Anwar (kiri sekali) termasuk salah seorang anggota ahli panel NED. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (perempuan berkulit hitam dan bertudung),yang beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Yahudi dan Nasrani. Turut kelihatan dalam foto adalah Lorne Craner, Presiden IRI (berdiri di belakang, no 5 dari kiri),Carl Gershman, Presiden NED (berdiri di tengah di depan patung). NED dan IRI merupakan dana Amerika yang dikawal oleh Yahudi, Neo-Konsevatif, Amerika, sebagai alat baru menakluk negara tanpa peperangan. Di negara-negara Islam, NED membawa agenda "Islam dan Demokrasi' dengan memberi bantuan kepada NGO, individu dan parti yang disokongnya

Oleh Cekka dan AIDC

Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, “Bacardi: the Hidden War” NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan ‘Demokrasi’. Penulis merumuskan, “Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang”

Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.

Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan.

Pada tahun 1983, Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’. Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang disasarkan oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.

Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325,493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.

Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL); Asian Human Rights Commission (AHRC), diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com, diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.

Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim..

Anda boleh mengikuti artikel oleh AIDC yang bertajuk “Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar Jadi PM Pada 16 September?”

Persoalan yang menjadi tanda tanya..

Apakah tujuan dan niat Anwar berbaik-baik dengan agensi-agensi tajaan NED ini? Adakah Anwar tidak sedar peranan NED/Amerika atau saja-saja je buat tak tahu agar sokongan untuk Anwar berkuasa akan dicapai. Tidakkah kisah Saddam-Iraq boleh dijadikan panduan buat Anwar agar berhati-hati.

Apakah Anwar benar-benar ‘agen’ Amerika untuk meneutralkan proses Islamisasi di Malaysia dan mengamalkan falsafah Liberalisme?

Ini bukan sahaja bahaya kepada Islam bahkan juga bahaya kepada agama Kristian, Buddha dan Hindu. Ini akan menggalakkan fahaman ‘free thinker’ seperti Raja Petra Kamarudin dan ‘atheisme’ atau fahaman tiada tuhan.

Fahaman ‘free thinker’ boleh mencetuskan permasalahan sosial yang serius dengan berselindung di sebalik hak asasi manusia dan kebebasan berindividu.

Sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, mungkin penglibatan Amerika dalam politik Malaysia akan lebih terjamin dan berterus-terang.

Sebelum menjadi PM pun sudah nyata, apatah lagi bila menjadi orang No.1 Malaysia.. Ini yang Amerika mahu, Anwar akan jadi boneka mereka nanti.

Setidak-tidaknya, BN masih ada had berurusan dengan Barat dan mempelbagaikan jalinan antarabangsa dengan kuasa besar dunia seperti China dan Rusia. PAS pula dengan Dasar Pandang ke Asia Barat tetapi Anwar ini ’sudah terang lagi bersuluh’ mengamalkan Dasar Pandang ke AS.

Anwar juga ada jalinan dengan negara-negara Arab tetapi negara Arab proksi AS seperti Turki, Jordan dan beberapa lagi.. Negara Arab yang tidak mengamalkan kehidupan beragama tetapi berfahaman sekular.

Sekiranya Anwar menjadi PM, dengan menjadi boneka AS, tidakkah Anwar juga akan kena tendang dek AS apabila berurusan dengan Singapura. Padahal, Singapura lebih menjadi ‘anak emas’ kepada AS berbanding Anwar yang ada nama ‘bin’ seperti Osama bin Laden. Jadilah kisah Malaysia-Singapura sepertimana kisah Iraq-Kuwait.

Dengan lokasi Malaysia-Singapura yang strategik, AS boleh mengawal minyak di kawasan Asia Tenggara yang meliputi negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ketiga-tiga negara ini adalah negara Islam. Dengan mengawal minyak Malaysia, AS mendapat bonus cari-gali minyak di 33 buah negara dibawah seliaan Petronas.

Bagaimanapun, kita harus berbaik sangka dengan Anwar.. Apa yang mampu kita doakan agar Malaysia tidak menerima musibah pada masa akan datang.. pada zaman anak-cucu kita.Na’uzubillah Min Zalik.. Semoga Allah turunkan kepada kita pemimpin yang betul.

Anda boleh mencaci saya jika saya bukan pro-Anwar, bahkan saya bukan pro-BN atau pro-PR juga. Saya lebih pro-Malaysia dan pro-Islam. Adalah tanggungjawab saya berpesan-pesan dengan kebenaran kepada saudara-saudara saya, adalah tanggungjawab saya menjaga keharmonian Malaysia.. tempat tinggal saya.

Sekiranya artikel saya tidak berguna.. jangan pakai. Tetapi renung-renungkanlah apa akan terjadi kepada Malaysia nanti.

Pada masa itu, isu kaum Melayu, Cina dan India tiada guna lagi. Semua kaum akan mengemis di negara kelahiran mereka, Malaysia. Kepada mereka yang mempunyai banyak kewarganegaraan.. ini mungkin bukan masalah besar. Lantak pii lah depa.. aku boleh cabut lari.

CekkaNota : Artikel yang ditulis cekka ini sebahagian daripada artikel lengkapnya. Untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini.

---------------------------------------

Ulasan AIDC

Terima kasih Cekka, kerana sudi memetik sumber blog AIDC sebagai rujukan dengan analisis serta pandangan penulis yang baik. Sekiranya anda berminat tulisan-tulisan Cekka, sila lawati lamannya, klik di sini.

Saya hanya ingin berkongsi pandangan mengenai satu persoalan utama yang dikemukakan oleh saudara iaitu adakah Anwar sedar atau tidak bahawa beliau diperalatkan oleh NED dan Amerika serta apakah kesannya kepada Islam agama rasmi Malaysia?

Apakah Anwar sedar beliau diperalatkan Amerika?

Jawabnya Anwar memang sedar dan tahu akibatnya serta mencari jalan supaya masyarakat Melayu Islam Malaysia tidak mengetahuinya. Dalam erti kata lain, beliau memang bekerjasama secara rela hati untuk mengharapkan pertolongan Amerika, tetapi dalam masa yang sama berusaha menyembunyikan identitinya supaya tidak dicop sebagai pro- Amerika, kerana mahu menjaga survivalnya sebagai ahli politik Malaysia.

Kalau sekiranya Anwar adalah Abdolkarim Soroush (warga Iran), beliau boleh mengaku secara terus terang sebagai pro- Amerika kerana beliau (Abdolkarim) adalah seorang akakademia, tetapi Anwar adalah seorang politikus ternama di Malaysia.

Dalam realiti Anwar sebagai ketua Parti Pembangkang di Malaysia, beliau berhadapan dengan satu masalah besar iaitu berhadapan dengan PAS. Parti PAS secara jelas menolak Amerika kerana sedar di belakang kuasa besar itu adalah kumpulan Zionis yang dikenali sebagai Neo- Konservatif.

Prinsip PAS ini memang dipegang sejak dari dulu lagi. Malah PAS sentiasa curigai dengan gerak geri Amerika menakluk Iraq, Afganistan dan menjadikan Osama Ladin sebagai terorist.

Malah pada tahun 1997, Mahfuz Omar (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS) sanggup ditahan polis, semata-mata untuk membantah kedatangan pasukan ping pong ke Malaysia. Kedua-dua aktivis PAS itu ditahan di perkarangan Masjid ar Rahman, berhampiran dengan Universiti Malaya. Klik di sini

Begitulah sentimen kebencian PAS kepada Israel dan kumpulan pemikir Israel yang paling berpengaruh adalah berpengkalan di Amerika dalam American Israel Public Affairs Comittee ( AIPAC ), American Institute Enterprise (AEI)dan World Jewish Congress (WJC). Di sinilah muncullah watak-watak Zionis yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Amerika seperti Paul Wolfowitz, Richard Pearle, Carl Gershman, Elliot Abrams, Rita Katz, Madeleine K. Albright, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner, George Soros dan lain-lain. klik di sini.

Walaupun Israel benci kepada Iraq dan Iran, tetapi Israel tidak mampu melawan kedua-dua negara negara Islam itu tanpa pertolongan ketenteraan dan kewangan daripada Amerika. Di sinilah peranan Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz yang pernah memegang jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, bagaimana beliau merancang dan menghancurleburkan bumi Iraq, hingga mengorbankan orang awam Islam yang tidak berdosa.

Sebab itu selepas berjaya menakluk Iraq, Paul Wolfowitz dipindahkan menjadi Presiden Bank Dunia. Bermakna kedudukan Zionis Amerika sentiasa ditempatkan di dua kedudukan paling strategik iaitu pertahanan dan kewangan. Sebab itu Zionis seperti Paul Wolfowitz dianugerahkan "Zionis Amerika paling berjaya pada tahun 2002" oleh sebuah organisasi Yahudi berpengaruh di Amerika yang dinamakan JINSA (The Jewish Institute for National Security Affairs).

Maka apa bezanya Israel dan Amerika kerana Amerika sendiri dikawal oleh kumpulan Zionis yang berasal dari Israel.

Persoalannya bagaimana pula hubungan Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionis Amerika seperti Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner dan George Soros ini. Anwar bukan setakat bergambar dan bertemu mereka ini, tetapi Anwar menjadi alat untuk menjayakan cita-cita mereka dalam mewujudkan PNAC (Project for the New American Century ).

Bermakna yang Anwar berhubung dan bekerja bukan Yahudi biasa, tetapi Yahudi Zionist yang bercita-cita mengukuhkan kuasa Amerika sebagai kuasa tunggal di dunia dan mengesahkan Negara Israel secara negara yang sah.

Buktinya Anwar menjadi alat mereka, apabila beliau sendiri turut menandatangani Deklarasi Annapolis Summit 2007 iaitu satu perjanjian yang diusahakan oleh Presiden Bush Amerika untuk mewujudkan sebuah Negara Israel yang sah. Lihat bukti klik di sini

Jadi, adakah sikap Anwar yang pro Amerika dan pro-Zionis itu tidak berlawanan dengan prinsip PAS yang memegang konsep Negara Islam ?. Atau mungkinkah Mahfuz Omar daan Sallahuddin Ayub, menentang Israel dan Amerika pada tahun 1997 dulu, kerana mereka memegang jawatan Ketua dan Timbalan Dewan Pemuda PAS Pusat dan sekarang apabila Mahfuz memegang Ketua Penerangan PAS serta Salahuddin menjadi Ketua Pemuda, prinsip dahulu sudah dibuang?

Saya kira dilema itulah yang sedang dihadapi oleh Anwar sebagai seoarang politikus, menghadapi PAS yang secara jelas anti-Zionis. Bagaimana Anwar dan PAS boleh bermain tarik tali dalam menghadapi kemelut ini. Semua itu terpulang kepada percaturan dan kebijaksaan masing-masing.

Bacaan lanjut, sila ,artikel 1, dan artikel 2

Sikap pro-Amerika Anwar dan kesannya ke atas Malaysia

Sikap Anwar yang pro-Amerika membolehkan beliau mendapat tajaan daripada pihak Amerika terutamanya NED, NDI dan IRI serta bantuan daripada sekutu Amerika terutamanya KAF, FNF dan SPF.

Untuk mengetahui secara jelas bagaimanakah modus operandi Amerika dan sekutunya membantu Anwar di Malaysia sila lihat artikel sebelum ini. Klik artikel 1 dan artikel 2

Di sini saya akan menyentuh kesan yang paling penting adalah ke atas agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.

Pada umumnya agenda terakhir badan-badan penaja yang disenaraikan di atas adalah untuk melemahkan dominasi Islam di Malaysia dengan menjayakan program pluralisme agama (persamaan antara agama).

Misalnya KAF yang membantu Anwar dan think tanknya IKD sejak 1980-an lagi, bermatlamat untuk menjayakan IFC (Interfaith Council) yang menjadi seumpama Mahkamah Antara Agama-agama bagi membendung dominasi Mahkamah Syariah.

Lihat pengakuan Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia dalam menjayakan usaha pluralisme ini. Klik artikel 1 dan artikel 2.

Bantuan KAF kepada Anwar pada hakikatnya telah mengigit Islam secara diam, seumpama api dalam sekam. KAF dan IKD telah berusaha meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia melalui virus-virus "Islam Liberal". Bacaan lanjut klik di sini

Anwar Muslim Moderate adalah Muslim Liberal?

Anwar Ibrahim dianugerahkan "Muslim Moderate 2005". Pemberi anugerah itu adalah CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Penaja CSID pula adalah IRI, NED dan USAID. Bermakna CSID, IRI, NED dan USAID adalah alat Amerika untuk merosakkan Islam secara halus melalui perantaraan orang Islam sendiri.

Sebab itu tidak hairan semasa Anwar menerima anugerah "Muslim Moderate" tetamu yang menyaksikan adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Nama Carl Greshman dan Lorne Craner pula adalah kawan rapat Anwar yang termasuk dalam senarai Zionis (rujuk senarai di atas) yang bercita-cita menubuhkan Negara Israel.

Jadi sekiranya Zionis menobatkan "Muslim Moderate" apakah agenda akhir mereka ke atas dunia Islam?

Apakah ini bermaksud "Muslim Moderate" merupakan nama lain kepada "Islam Liberal" ?

Untuk menjawab persoalan ini lebih baik dilihat watak yang sama dengan Anwar yang diiktiraf Amerika sebagai "Muslim Moderate 2004" iaitu Abdolkarim Soroush.

Abdolkarim Soroush menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika, tempat yang sama Anwar menjadi pensyarah pelawat. Pada tahun 2005, Time Magazine menamakan beliau sebagai the world's 100 most influential peopleklik di sini, manakala Anwar pula dicalonkan oleh majalah sama pada tahun 2008. Klik di sini.

Abdolkarim Soroush dikenali salah seorang pemikir gerakan liberalisme dalam Islam. Pemikir Gerakan Liberalime bertujuan untuk mewujudkan Islam Liberal atau Islam Progressif yang menggunakan kaedah Pluralisme Agama.

Terdapat lima ciri untuk mengenali golongan Islam Liberal, iaitu pertama konsep Ijtihad (pentafsiran semula); kedua, perjuangan Hak asasi manusia; Ketiga, perjuangan Feminisme (hak wanita); Keempat toleransi dan menolak keganasan; dan kelima kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). Bacaan lanjut klik di sini.

Kesemua ciri-ciri yang disebutkan di atas diperjuangkan oleh Abdolkarim Soroush dan kerana perjuangan itu beliau dinobatkan sebagai Muslim Moderate 2004, tajaan Amerika.

Tetapi di Iran, tempat kelahiran Abdolkarim Soroush, beliau dikenali sebagai Martin Luther dan Erasmus dalam Islam. . Bukti klik di sini

Jika Martin Luther dan Erasmus dianggap sebagai pelopor Kristian Prostestan, adakah ini bermakna Abdolkarim Soroush antara pelopor Islam Protestan?

Setelah menyusur galur pemikiran pemenang "Muslim Moderate 2004", Abdolkarim Soroush yang berpunca daripada pemikiran liberalisme dan berakhir kepada Islam Prostestan, bagaimana pula dengan pemenang "Muslim Moderate 2005", Anwar Ibrahim?

Bukankah Anwar juga berpegang kepada falfafah John Locke, iaitu pelopor kepada konsep Liberalisme?

Bukankah konsep Liberalisme yang dianuti Anwar itu berakhir menjadi "Islam Liberal"?.

Sila rujuk artikel sebelum ini bertajuk "Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?"

AIDC29 September 2008http://aidc-editor.blogspot.comemail : aidceditor@yahoo.com

Nota: Sumber ini dipetik dari blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com

22 September, 2008

PAK LAH TAK JADI BERHENTI!!!

Pak Lah tidak jadi berhenti, Pak Lah akan mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Begitulah maklumat terbaru yang diterima.

Sungguhpun selepas mesyuarat MT lalu, Pak Lah dikatakan akan meletak jawatan sebelum 9 Oktober, namun desakan Khairy Jamaluddin, Zaki Ahmad Zahid dan Datuk Che Alwi "al ketereh". menjadi punca perubahan ini.

Mereka meyakinkan Pak Lah bahawa terdapat 100 bahagian akan menyokong pencalonan Pak Lah sebagai Presiden UMNO.

Menurut sumber harakahdaily.net, Abdullah dilaporkan telah pun membatalkan hasrat untuk berundur seperti yang diucapkannya selepas dibelasah oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Biar apa pun yang akan terjadi, laporan-laporan menyatakan Perdana Menteri akan tetap mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.

Keputusan itu dilaporkan telah dibuat setelah diyakinkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin dan para penyokong yang bergantung nasib kepada jawatan Perdana Menteri yang setakat ini masih lagi berada dalam cengkaman Abdullah.

Mereka dilaporkan telah berkejar ke Sri Perdana selepas mesyuarat MT Khamis lalu demi mententeramkan Abdullah yang dilanyak rakan-rakannya sendiri serta meyakinkan Presiden Umno yang dikatakan hampir menangis dalam mesyuarat MT itu bahawa beliau boleh mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Ada laporan yang menyatakan bahawa penyokong-penyokong Abdullah itu memberi harapan bahawa tidak kurang dari 100 pencalonan akan diperolehi oleh tokoh yang menjadi tempat mereka bergantung hidup itu.

MI menggambarkan penyokong-penyokongnya bagaikan berkampung di kediaman Abdullah sepanjang hujung minggu lalu untuk berbincang dan menyusun strategi menyambung hayat kepimpinan Abdullah yang bukan sahaja tidak dikehendaki rakyat malah ahli-ahli Umno sendiri.
Antara yang hampir berkampung di kediaman Perdana Menteri itu termasuk beberapa Ahli MT, Ketua-Ketua Perhubungan Umno Negeri dan kaki-kaki makan upah yang berkerja untuk kepentingan politik Abdullah.

Antara persetujuan penyokong-penyokong Abdullah itu, yang termasuk Datuk Seri Adnan Mansor, ialah Abdullah mampu mendapatkan sekurang-kurang 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Menurut MI lagi, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Abdullah, para penyokongnya itu akan turun ke bahagian-bahagian dan akan berleluasa dengan kempen tak mengenal batasan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

Apa sahaja akan dilakukan asalkan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Jika Abdullah berkeras untuk mempertahankan jawatannya, timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan menyokong hasrat Abdullah itu.

Walaupun beliau boleh mendapat pencalonan yang lebih banyak dari Abdullah untuk menjadi Presiden Umno, tetapi Najib dipercayai tidak sanggup menghadapi kemungkinan kedua-duanya akan cedera parah jika berlaku pertandingan antara mereka.

Apa pun, dengan nafsu menyala-nyala para penyokong Abdullah untuk berleluasa dengan kempen tak mengenal batas dalam masa beberapa minggu ini, rakyat Malaysia dan dunia mungkin akan menyaksikan pesta kincah-mengincah keburukan di antara sesama pemimpin Umno.

18 September, 2008

Tengku Razaleigh Hamzah Bakal PM ke-6?

Majlis Tertinggi UMNO telah menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) bersara secara sukarela, segera dan terhormat. Jika tidak, kemungkinan besar Pak Lah akan disingkirkan oleh majoriti bahagian UMNO yang memulakan perwakilan bahagian masing-masing pada 10 Oktober 2008.

Lantaran itu, Pak Lah dijangka mengumumkan tarikh persaraannya daripada siasah dan kerajaan dalam masa terdekat ini selewat-lewatnya pada 9 Oktober 2008.

Nasihat di atas telah disampaikan oleh Majlis Tertinggi UMNO kepada Pak Lah dalam mesyuaratnya pada hari semalam, 18 September 2008.

Ini kerana persidangan perwakilan UMNO bahagian kali ini akan menamakan calon-calon pucuk pimpinan tertinggi parti yang akan dipertandingkan pada Disember 2008.

Jika Pak Lah enggan berundur, beliau dijangka menghadapi risiko tidak memperolehi kuota secukupnya untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO yang disandangnya ketika ini.

Terdapat cakap-cakap yang mengatakan nama Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan dipilih dan dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO untuk menerajui kepimpinan negara sekaligus mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam.

Pertandingan yang dijangka diadakan tidak lama lagi itu menyaksikan Ku Li akan berhadapan dengan Pak Lah yang mana 65% ahli-ahli UMNO di seluruh Malaysia akan memberi sokongan terhadap Ku Li.

Jika ini benar-benar berlaku, apa yang diramalkan sebagai teori RAHMAN akan bertukar kepada teori baru pula iaitu teori RAHMAT.

Inilah sebabnya kenapa Anwar Ibrahim beriya-iya sangat nak jadi Perdana Menteri. Sebabnya kerana tak lama lagi Pak Lah akan bersara lebih awal dari yang dijangkakan Pak oleh Lah sendiri . Apabila peralihan kuasa sebenar berlaku, ia sekaligus memadamkan peralihan kuasa yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Orang-orang UMNO 'dah tak marah lagi kepada parti UMNO kerana mereka mendapat kepimpinan yang baru. Orang-orang UMNO yang menyokong Anwar akan kembali sokong kepada parti mereka sendiri, bukan parti lawan. Selama ini mereka sokong Anwar kerana mereka 'meluat' dengan Pak Lah.

Apa pun ini masih juga dikategorikan sebagai ramalan kerana tidak semestinya apa yang dirancang boleh menjadi kenyataan. Buktinya, Anwar Ibrahim sendiri merancang 16 September akan mengambil alih pentadbiran pusat. Tetapi di luar pemikiran Anwar, 51 ahli Parlimen Malaysia telah dibawa lari ke Taiwan kononnya untuk tujuan lawatan sambil belajar.

Jika Anwar ada rancangan, pimpinan UMNO juga ada rancangannya tersendiri. Inilah namanya perang. Pihak yang cepat bertindak dan bijak mengatur strategi, pihak itulah yang akan menang.

Sekarang, UMNO merangcang untuk menukar kepimpinan dengan seberapa cepat yang boleh iaitu sebelum Parlimen dibuka semula pada 13 Oktober ini. Jika Pak Lah meletak jawatan sebelum 13 Oktober ni, nescaya parti UMNO tidak 'karam', ditenggelamkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Jika Pak Lah berdegil untuk tidak mahu melepaskan jawatan PM, persidangan Parlimen yang bermula 13 Oktober ini akan menyaksikan adanya usul undi tidak percaya yang tidak boleh disekat lagi. Kalau sebelum ini usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri berjaya 'disekat' oleh speaker Dewan Undangan Negeri pada sidang Parlimen sebelum ini, sidang Parlimen yang akan datang, desakannya tidak dapat dipertahankan lagi.

Jika usul undi tidak percaya berjaya dilaksanakan di sidang Parlimen akan datang, berkemungkinan besar Anwar akan menang dengan strateginya yang mana beberapa ahli Parlimen BN khususnya Sabah dan Sarawak seperti yang digembar-gemburkan akan memainkan peranan menyokong usul berkenaan. Sebab itulah Pak Lah kena letak jawatan sebelum Parlimen bersidang.

Jika tidak letak jawatan, berkemungkinan pilihan raya umum akan diadakan semula ataupun perintah 'mageran' dikuatkuasakan yang mana pihak Tentera akan mengambil alih untuk sementara waktu. Adakah Pak Lah memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim. Sama-sama kita menonton 'drama' tanahair yang terhebat dalam sejarah masa kini.

Berhubung artikel bertajuk "Parlimen dibubarkan, Agong dah tandatangani", laman ini terpaksa memadamkan 'posting' berkenaan atas sebab-sebab keselamatan. Ianya masih tidak disahkan lagi berita berkenaan. Tetapi yang peliknya, pihak istana hingga setakat ini masih belum lagi menafikan khabar-khabar angin tersebut. Pihak istana perlu menafikan berita tersebut bagi meredakan keadaan.

17 September, 2008

Macam-macam kemungkinan boleh berlaku ...

BERITA menarik hari ini pastilah mengenai pertukaran portfolio Kementerian Pertahananan dengan Kementerian Kewangan. Pak Lah ambil portfolio Najib. Najib pula ambil portfolio Pak Lah. Tak tahulah, sama ada mereka berdua berpakat untuk tukar suka sama suka atau barangkali Pak Lah tak percaya kepada Najib yang memegang portfolio yang paling penting yang boleh digunakan untuk tujuan tertentu.

Seorang bloggers, Ruhanie Ahmad, dalam blognya berkata: "Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melakukan satu tindakan yang cukup aneh dan menimbulkan banyak spekulasi – menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengambil pula jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib."

Tindakan itu, katanya, tidak pernah berlaku di negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?

Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?

"Berasaskan perkembangan di atas, rakyat jelata perlu berwaspada, sensitif dan prihatin terhadap lain-lain perkembangan di sekeliling mereka. Ini kerana tindakan Abdullah di atas adalah aneh, luarbiasa, menimbulkan syak wasangka dan mengundang pelbagai tandatanya. Ia juga menimbulkan anxieties dan uncertainties," kata bekas wartawan ini menerusi blognya, kuda-kepang.blogspot.com.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pula berkata, terdapat kebimbangan dengan tindakan Abdullah mengambil portfolio pertahanan dari Najib kerana ini katanya mungkin untuk mempergunakan kementerian itu sebagai talian hayatnya.

"Saya bimbang dengan kedudukan Abdullah di Pertahanan yang memungkinkan penggunaan tentera jika keadaan mendesak tatkala mereka juga bimbang dengan senario perubahan kerajaan yang diusahakan Pakatan Rakyat," kata Mahfuz yang dipetik dari sumber harakahdaily.net.

Walaupun pada 16 September perubahan tidak berlaku, tetapi Abdullah sendiri bimbang dengan sebarang kemungkinan dalam masa terdekat bahawa perubahan itu akan berlaku juga, kata Mahfuz.

Sementara itu, dalam berita hari ini juga, Pak Lah berkata, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan saja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi. .

Kenyataan ini nampak seolah-olah seperti satu amaran kepada Anwar Ibrahim. Bunyinya semacam hendak mengambil tindakan 'keras' terhadap Perdana Menteri 'Ilusi' itu.

Tidak ada tindakan lain yang boleh membendung Anwar melainkan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Anwar hanya boleh disekat hanya melalui ISA dan juga darurat.

Kenapa Anwar nak cepat sangat ambil alih kerajaan?

Mengikut cakap-cakap sahabat-sahabat dalam politik UMNO ada membayangkan (konfiden) bahawa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam masa terdekat, iaitu selewat-lewatnya pada penghujung bulan Oktober 2008 ini.

"Pak Lah telah dapat banyak feedback daripada penyokongnya sendiri yang beliau tidak disenangi oleh lebih dua pertiga ahli-ahli UMNO sendiri dan lebih setengah orang-orang Melayu di luar UMNO," kata seorang forumers yang dipetik dari blog mykmu.net.

Kalau diperhatikan, mood rakyat sekarang sangat meluat dengan tindak-tanduk Pak Lah. Sentimen kemarahan yang meluap-luap ini digunakan Anwar untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pak Lah letak jawatan, sedikit sebanyak sokongan kepada UMNO akan beransur-ansur pulih dan sempat untuk diselamatkan sebelum Pilihanraya umum (PRU) akan datang. Peluang Anwar jadi Perdana Menteri ke-6 amat tipis.

Kekalahan BN pada PRU, 8 Mac lalu yang menyebabkan BN tewas di 5 negeri adalah disebabkan orang-orang UMNO, MCA, MIC dan Gerakan mengundi apa juga calon PKR disebabkan rasa benci terhadap Pak Lah.

Sekiranya Pak Lah letak jawatan dan digantikan dengan pemimpin yang lebih berwibawa, tegas menangani ancaman dari kaum bukan Melayu, sudah pasti akan meredakan sedikit sebanyak kemarahan yang meluap-luap di hati pengundi-pengundi BN yang mengundi Pakatan Rakyat pada PRU sebelum ini.

Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Macam-macam kemungkinan boleh berlaku.

Anwar Ibrahim dikenakan ISA. Implikasinya. Apabila ketua telah kena tangkap dan di'ISA'kan, maka susah hendak anak-anak buah melakukan gerakan 'merampas' kuasa termasuk mereka yang dari BN sukar hendak melompat. Yang sudah melompat 31 orang (ikut kata Anwar) akan senyap begitu sahaja.

Dari segi pengikut Anwar yang fanatik. Sudah pasti mereka akan berasa marah yang teramat sangat. Mereka akan kata kerajaan 'zalim', kerajaan 'penakut' dan bermacam-macam lagi. Mungkin diadakan demonstrasi secara 'besar-besaran'. Cara ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu membuat 'provokasi' supaya pengikut-pengikut Anwar yang fanatik membuat rusuhan.
Dalam keadaan isu perkauman yang semakin kuat dimainkan, pergaduhan kaum boleh berlaku dengan mudah.

Apabila 'demonstrasi' yang tidak terkawal berlaku, berkemungkinan kuasa 'mageran' akan digunakan.

Sebenarnya, dua pihak yang berasa bimbang apabila darurat benar-benar berlaku.

Pertama: Anwar Ibrahim akan menangis.
Kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara yang cepat tidak kesampaian. Anwar begitu bimbang kalau berlakunya 'darurat'. Inilah kelemahan Anwar Ibrahim, dia sudah memberitahu kelemahannya kepada umum. Ini memudahkan 'ejen-ejen' perisikan melaksanakan tugas selepas ini.

Kedua: Pak Lah dipaksa letak jawatan.
Sejarah darurat yang lalu akibat peristiwa 13 Mei menyebabkan pertukaran secara paksa dilakukan di mana Tungku Abdul Rahman terpaksa melepaskan jawatan dan diserahkan kepada Tun Abdul Razak. Apabila ada rusuhan 13 Mei menunjukkan Tungku tidak mampu mengawal keadaan hingga berlakunya darurat. Sama juga cerita sekarang, apabila darurat berlaku, ini menunjukkan ketidakmampuan Pak Lah menangani masalah hingga tercetusnya 'darurat'.

Bubar Parlimen
Ini juga satu kemungkinan boleh berlaku.

08 September, 2008

Anwar Ibrahim dan Penaja Demokrasi Amerika

NED dijadikan sebagai perkakas kewangan politik untuk menakluk negara-negara yang dianggap tidak demokratik tanpa melalui cara peperangan. Di Venezuela dan Cuba, NED telah berkali-kali campurtangan untuk menjatuhkan Hugo Chavez dan Fidel Castro, namun tidak berjaya. NED ditubuhkan sejak 1983 di bawah pentadbiran Ronald Reagan untuk menjayakan Project New American Century (PNAC).

NED ialah dana yang diwujudkan untuk mencapai Project New American Century (PNAC). Apakah Malaysia tiada dalam radar rancangan PNAC ini? Baru baru ini Dick Cheney (Naib Presiden Amerika Syarikat) telah melawat Georgia yang baru sahaja berkonflik dengan Russia. Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika) pula mengunjungi Libya buat pertama kali selepas 55 tahun. Lawatan untuk mengukuhkan hubungan atau merancang sesuatu di Georgia dan Libya selepas pasca pentabiran Bush nanti?.

Baaca artikel ini sepenuhnya yang diperolehi dari sumber anginperubahan.blogspot.com

Kisah antara Wolfowitz,SAI,CIA dan DSAI

Skandal yang melibatkan Bank dunia yang telah dilakukan bersama oleh Wolfowitz - Riza -Cleveland dan Bakal PM Mat Jenin (Pinjam kata-kata Tuan Guru Hadi Awang) DSAI amat diheboh-hebohkan di serata dunia semasa pemilihan Pengerusi Bank Dunia.

Dalam lewat tahun 2000 pihak pengurusan University JohnsHopkins di Amerika telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan ke atas Dean School of Advanced International Studies(SAIS) iaitu Wolfowitz kerana telah mendapati telah lakukan hubungan sulit (Improper Sexual relation) dengan salah seorang staf SAIS.Tindakan disiplin keatas telah terhenti dengan Wolfowitz akan tinggalkan University tersebut yang akan menjawat jawatan dalam kerajaan Presiden Bush.

Dalam awal tahun 2001 Adminitrasi Presiden Bush bersedia mencalonkan Wolfowitz untuk Jawatan Pengarah CIA,tetapi isteri Wolfowitz telah menulis sepucuk surat kepada Presiden tentang Skandal seks suaminya dengan Staf SAIS dan juga Shaha Ali Reza,di mana wanita ini di NED (sebelum berpindah ke Bank Dunia pada 1999) yang mengatakan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang yang bukan warga negara Amerika.

Scooter Libby telah memintas surat ini dan membatalkan pengarah CIA dan lantik wolfwitz sebagai Setiausaha Agensi DOD.Rumah Putih sentiasa mengetahui kelemahan peribadi Wolfowitz dan memileh menutup rahsianya agar boleh digunakan untuk peras-ugut di masa akan datang.Perkara begini memang amalan yang dilakukan oleh CIA Amerika.

3.Dalam bulan November 2006 Wolfowitz mengatur Datuk Anwar Ibrahim ….memberitahu Robin Cleveland pada October 2006 yang dia memileh Shaha Ali Riza untuk memegang Jawatan Pengarah Foundation For Future.DSAI seperti semua sedia maklum adalah kawan rapat Wolfowitz dan menjadi pengerusi Foundation for Future pada July 2006 selepas kontrak dengan Bank Dunia tamat.

Dengan ini saudara-saudari fikirkanlah siapa sebenar Wolfowitz? Dan fikirkanlah kenapa DSAI dapat jawatan sebagai pensyarah jemputan di University JohnHopkins selepas keluar dari Sg.Buluh?.

Maka fikir-fikirkanlah agenda tersembunyi Negara Asing terhadap kemajuan Negara Malaysia!.Kenapa DSAI berkawan rapat dengan seorang yang telah dicalonkan ke jawatan Pengarah CIA Amerika!!!!.

Rujukan: pemudaenggang.wordpress.com

07 September, 2008

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?

Artikel ini menganalisis peranan NED dan IRI dalam membantu Anwar menghadapi pilihanraya umum dan merealisasikan cita-citanya menjadi PM, 16 September ini.

Apa itu IRI ?

IRI atau International Republican Institute adalah 'nonprofit organization', kerajaan Amerika.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda 'demokrasi' di dunia.

IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya.

Kata Bush, "I appreciate the work IRI is doing to advance the cause of liberty. For more than two decades, IRI has been at the forefront of democratic change in more than a hundred countries. You've trained the next generation of leaders, you've strengthened political parties, you've monitored elections, and you're helping to build civil societies."


"If the Middle East remains a place where freedom does not flourish, it will remain a place of stagnation and resentment and violence ready for export. The United States has adopted a new policy, a forward strategy of freedom in the Middle East; a strategy that recognizes the best way to defeat the ideology that uses terror as a weapon is to spread freedom and democracy."

Berdasarkan ucapan Bush ini, tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan "demokrasi" ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah 'penyusupan masuk',kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga 'peperangan'.

Salah satu boleh digunakan, mengikut kaedah yang lebih berkesan.

Mungkin sesetengah negara,(misalnya Indonesia dan Malaysia) memadai dengan cara 'penyusupan' dan bantuan dana dalam pilihanraya, tanpa melibatkan ketenteraan.

Manakala di Timur Tengah pula, seperti di Iraq dan Afghanistan, kaedah penyusupan dan ketenteraan didahulukan, kemudian diikuti dengan peranan IRI dalam menguruskan pilihanraya.

Dalam erti kata lain, selepas perang IRI akan berfungsi menaja calon dan parti untuk mengangkat 'Presiden boneka', yang pro Amerika Syarikat.

IRI 'nonprofit organization' kembar NED agenda terselindung Amerika

Term 'nonprofit organization' bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud 'badan yang tidak mementingkan keuntungan' adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Taraf IRI tidak sama dengan NGO, kerana badan itu merupakan satu agensi yang diluluskan oleh kerajaan Amerika. NGO boleh dibuat oleh sesiapa secara sukarela tetapi agensi IRI merupakan badan yang disahkan oleh kerajaan Amerika. Semua urusan perlantikan Ahli Jawatankuasa, mestilah dipilih oleh kerajaan Amerika.

Sejarah awal penubuhan IRI sebagai merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.

Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika 'menawan' dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah 'hitam'.

Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah 'putih' bertemakan 'demokrasi' yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Maka NED adalah badan induk 'demokrasi', manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya. Menurut Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai 'demokrasi' iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise)


Baca artikel ini sepenuhnya, klik di sini

Baca artikel yang berkaitan di bawah tajuk Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

29 August, 2008

Bagaimana International Republican Institute (IRI) bantu Anwar Ibrahim?

Panelists, current and former members of NED’s Board of Directors, as well as representatives of NED’s core institutes and the Library of Congress pose for an official picture marking the donation of its founding papers by NED to the Library. L to R: Panelist Anwar Ibrahim, former NED Vice Chairman Tom Donahue, NED board member Judy Shelton, former NED Chairman and US Senator Bill Brock, IRI President Lorne Craner, panelist Zainab Bangura, NED Treasurer Robert Miller, NED Secretary and panelist Jean Bethke Elshtain, Solidarity Center Executive Director Ellie Larson, John Earl Haynes of the Library of Congress Manuscript Division, NED President Carl Gershman, NED board member Howard Wolpe, Former Senate Majority Leader and NDI board member Tom Daschle, US Representative and NED board member Gregory Meeks, NDI President Ken Wollack, CIPE Executive Director John Sullivan, US Representative and former NED board member Donald Payne.Sumber foto klik di sini

Bagaimana International Republican Institute (IRI) bantu Anwar Ibrahim?

Artikel ini menganalisis peranan NED dan IRI dalam membantu Anwar menghadapi pilihanraya umum dan merealisasikan cita-citanya menjadi PM, 16 September ini.

Apa itu IRI ?

IRI adalah 'non-profit organization', kerajaan Amerika.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda 'demokrasi' di dunia. IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya.

Kata Bush, "I appreciate the work IRI is doing to advance the cause of liberty. For more than two decades, IRI has been at the forefront of democratic change in more than a hundred countries. You've trained the next generation of leaders, you've strengthened political parties, you've monitored elections, and you're helping to build civil societies."

"If the Middle East remains a place where freedom does not flourish, it will remain a place of stagnation and resentment and violence ready for export. The United States has adopted a new policy, a forward strategy of freedom in the Middle East; a strategy that recognizes the best way to defeat the ideology that uses terror as a weapon is to spread freedom and democracy."

Berdasarkan ucapan Bush ini, dua kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan "demokrasi" ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan ketetenteraan dan kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya. Salah satu boleh digunakan, mengikut kaedah yang lebih berkesan.

Mungkin sesetengah negara,(misalnya Indonesia dan Malaysia) memadai dengan bantuan dana dalam pilihanraya, tanpa ketenteraan.

Tetapi dalam kes negara Timur Tengah, di Iraq dan Afganistan, ketenteraan didahulukan, kemudian diikuti dengan peranan IRI dalam menguruskan pilihanraya. Dalam erti kata lain, selepas perang IRI akan berfungsi menaja calon dan parti untuk mengangkat Presiden boneka, yang pro Amerika Syarikat.

IRI 'nonprofit organization' kembar NED agenda terselindung Amerika

Term 'nonprofit organization' bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Tarafnya IRI tidak sama dengan NGO, kerana badan itu merupakan satu agensi yang diluluskan oleh kerajaan Amerika. NGO boleh dibuat oleh sesiapa secara sukarela tetapi agensi IRI merupakan badan yang disahkan oleh kerajaan Amerika. Semua urusan perlantikan Ahli Jawatankuasa, mestilah dipilih oleh kerajaan Amerika.

Sejarah awal penubuhan IRI sebagai merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1982.

Menurut Ronald Reagen, kaedah lama Amerika 'menawan' dunia Sebelum menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah 'hitam'.

Jadi menurut Reagen, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah 'putih' bertemakan 'demokrasi' yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Jadi NED adalah badan induk 'demokrasi', manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya. Menurut Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai 'demokrasi' iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise)

Peranan IRI dan NED dalam misi menakluk dunia telah dijelaskan dalam beberapa artikel sebelum ini; Bagaimana CIA & USAID menyeludup masuk dalam NED,(klik artikel ini). Bagaimana NED & IRI membantu individu dan parti yang bertemakan "reformasi" dalam pilihanraya (klik artikel ini) dan bagaimanakah NED membantu Anwar Ibrahim secara khusus untuk merealisasikan cita-cita menjadi PM, 16 September 2008 (klik artikel ini)

Bagaimana IRI membantu Anwar di luar negara ?

Sudah disimpulkan sebelum ini bahawa IRI adalah salah satu cabang NED. Bermakna setiap program yang dianjurkan oleh NED yang melibatkan Anwar, maka secara automatik, IRI juga akan turut serta.

Misalnya pada 22-23 April 2005, Lorne Craner,Presiden IRI, dalam program 6th Annual Conference, Center for the Study of Islam & Democracy (CSID, di Marriot Wardman Park Hotel, Washington, anjuran NED, berucap memuji-muji Anwar yang dianggap sebagai "hero baru dunia kini".

Baca artikel penuh melalui sumber yang asal. Klik di sini.

NED, NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar. Klik di sini


27 August, 2008

Abdullah-Anwar saling membantu – satu pengesahan?

Oleh: Nihaz Mohd Yusoff

Di Penanti dan Permatang Pasir, siri ceramah kempen pembangkang diakui penuh sesak dengan hadirin. Sesiapa yang melewati simpang lampu isyarat untuk memasuki Kubang Semang pasti merasai 'azabnya'. Kubang Semang menjadi markas utama PKR dengan segala 'kepakaran' hujah dan satira dihamburkan dengan 'semuanya salah kerajaan'. Sebutlah apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan malah sambutan terhadap pemenang pingat perak Olimpik, Lee Chong Wei di gelanggang bola keranjang, Jalan Tenggiri, Seberang Jaya tempoh hari turut dipolitikkan” - Utusan Malaysia (27 Ogos 2008) -.



Demikian petikan dari Utusan Malaysia hari ini yang menggambarkan betapa pihak Pakatan Rakyat mengkritik, mengutuk, mencaci dan membangkang apa sahaja yang dibuat oleh Barisan Nasional dalam usaha mereka meraih sokongan.

Ini bukan perkara baru, kerana selama ini juga pembangkang di Malaysia akan berbuat yang sama terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan Barisan Nasional seolah-olah tiada satu pun kebaikan atau jasa Parti ini kepada negara yang aman makmur dan dihormati dunia sebelum pemerintahan Abdullah Badawi.

Bukan sukar untuk mengkritik, mengutuk, mencaci dan membangkang sesuatu yang salah. Malah, hari ini Raja Petra Kamaruddin juga telah berjaya membuktikan bahawa mengkritik, mengutuk, mencaci dan membangkang sesuatu yang tidak salah juga semakin mudah. Yang perlu hanyalah menulis skrip lalu membuat akuan bersumpah – mudah dan murah juga.

Setelah sepuluh tahun terlibat dalam debat siber dengan pembangkang, penulis sudah faham benar tentang sifat pembangkang ini. Kerana itulah penulis kuat merasakan ada yang tidak kena dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dan kerajaan beberapa tahun terakhir ini. Terutamanya setelah melihat bagaimana pembangkang melalui saat penting yang mampu menentukan kedudukan pemimpin agung mereka di persada politik tanahair, iaitu PRK Permatang Pauh.

Ada suatu yang tidak kena apabila dalam keghairahan mereka mengkritik, mengutuk, mencaci dan membangkang apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan kerajaan, mereka tidak pula mengutuk, mengkritik, mencaci atau membangkang Abdullah Badawi, anak-anak dan rakan-rakannya. Sedangkan fakta mengenai kesalahan Abdullah Badawi ini begitu terang lagi disuluh oleh penyokong Barisan Nasional sendiri.

Jika kesalahan Abdullah Badawi dijadikan senjata, penulis pasti Anwar mampu mendapat undi yang lebih lagi dalam PRK Permatang Pauh tetapi Anwar samada tidak berani atau tidak mahu menjentik pun Perdana Menteri yang lemah ini. Kenapa?

Apakah ini mengesahkan pendapat penulis mengenai adanya pakatan/perjanjian paksa-rela Abdullah-Anwar?


Bukti apakah mengenai Anwar yang dipegang oleh Abdullah sehingga Anwar tidak berani menyerangnya?

Dan, apakah ini mengesahkan teori penulis bahawa atas arahan Amerika Syarikat, Abdullah perlu bertahan sehingga Anwar cukup kuat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan?

Setakat ini, kelihatannya, Abdullah hanya mampu membuka jalan untuk Anwar. Dia tidak dapat berbuat lebih dari itu atau dia akan mula disyaki dan mungkin juga diundurkan sebelum masanya oleh UMNO. Maka Anwar perlu mencari jalan sendiri untuk naik ke atas. Jika Anwar berjaya, maka Abdullah bolehlah bersara dengan aman.

Jika sebaliknya, maka bersedialah dengan campurtangan Amerika dalam perundangan Malaysia – samada secara langsung iaitu dengan memberi arahan kepada Abdullah Badawi untuk memanipulasi sistem kehakiman yang kini telah di’miliki’ oleh pihak tertentu.

Atau secara tidak langsung iaitu dengan mencetuskan darurat melalui rusuhan oleh penyokong Anwar sehingga kerajaan digulingkan. Ia mungkin akan menjadi peristiwa berdarah di Malaysia kerana Anwar tidak pernah peduli jika penyokongnya mati kerananya.

Ini adalah teori yang menyedihkan dan malangnya, kita tidak mungkin dapat mengesahkan teori ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan sudah benar-benar terlambat.

Kepada pemimpin UMNO, selamat menunggu dan melihat dan menyesal kemudian jika semua ini benar. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kamu kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada bangsa Melayu.

Dipetik dari sumber: Berita KMU

25 August, 2008

Peranan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat

ENTAH tiba-tiba saya boleh terbaca akhbar Kosmo 1 Ogos lalu. Dalam banyak muka surat, secara tiba-tiba juga ternampak berita "Bush dedah agensi perisikan AS dibaikpulih". Apabila membacanya, dapatlah beberapa "kod" yang mengesahkan analisis sebelum ini terhadap peranan mereka di seluruh dunia.

Point yang pertama, agensi perisikan berkenaan telah terbukti bekerjasama dengan agensi perisikan dari negara luar.

Point yang kedua, perenggan akhir mengatakan, agensi perisikan masih dilarang untuk membunuh pemimpin asing dan mengendalikan eksperimen manusia. Hakikat sebenarnya adalah terbalik.

Sungguhpun ada perkataan 'masih dilarang' tetapi sebenarnya ia telah pun berlaku. Kena baca secara terbalik. bahasa perisikan tidak straight forward! ia kena diperhalusi dan dianalisis.

Bukan menjadi rahsia lagi di seluruh dunia tentang peranan yang dimainkan oleh agensi perikan Amerika Syarikat yang terkenal itu walaupun mereka ada agensi perisikan yang lebih teratas iaitu NIA - National Intelligent Agency yang terletak di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syaarikat.

Segala kejadian yang berlaku seperti peperangan, pertukaran pemimpin dunia dan pembunuhan pemimpin dunia tidak terlepas untuk mengatakan mereka terlibat dalam perancangan secara halus yang mana ianya agak sukar hendak dibuktikan.

Di Malaysia, subjek yang menjadi sasaran mereka adalah Anwar Ibrahim. Saya tak nak bercakap panjang lagi pasal hal ini kerana esok adalah hari penentuan sama ada Anwar menang atau tewas.

Setakat jam 12 tengah malam tadi, terdapat maklumat yang mengatakan BN akan memenangi pilihan raya Permatang Pauh dengan undi majoriti sekitar 400 hingga 800. Kita tengok esok sejauh mana kebenarannya.

24 August, 2008

Jika Anwar menang ....

Pilihan raya Permatang Pauh kali ini bakal mencatat sejarah tanah air sebagai pilihan raya yang paling kotor dan ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana pilihan raya.

Perkara pokok yang perlu difahami ialah Anwar mesti disekat. Anwar tidak boleh menang. Inilah hakikatnya sekarang. Kalau Anwar menang, ada sesuatu perkara yang akan berlaku.

Peranan ejen risikan tidak boleh ditolak ketepi kerana merekalah yang bermaharajela sekarang ini. Macam mana Barat melabelkan Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan. macam itulah PKR dilabel sebagai parti yang ganas.

Yang sebenarnya, ejen-ejen perisikan ini menyusup masuk di dalam kelompok PKR, menyamar sebagai ahli PKR yang tegar dan fanatik untuk menimbulkan suasana tegang. Golongan inilah yang paling pakar dalam melakukan propaganda. Golongan inilah yang berkemampuan serta pakar dalam hal-hal provokasi.

Bukan setakat menyelinap masuk sebagai ahli PKR, bahkan mereka juga menyelinap masuk ke dalam parti PAS, DAP, Hindraf, Makkal Sakti (yang terbaru) malah tidak terkecuali parti UMNO. Janganlah terkejut pasal hal ini. Setiap ejen mempunyai peranan masing-masing yang adakalanya tidak diketahui oleh sesama ejen risikan. A tidak tahu apa tugas B, B tidak tahu apa tugas A, C tidak tahu apa tugas A,B dan selanjutnya. Tetapi masing-masing boleh membaca sesuatu pergerakan melalui 'sense'.

Bukannya sukar sangat hendak mencipta satu gelombang rusuhan dan mereka yang pakar adalah dari golongan risikan.

Kenapa Anwar perlu disekat? Kerana mengikut maklumat dari komuniti risikan mengatakan bahawa Anwar memberi ancaman terhadap keselamatan negara yang melibatkan ancaman dari pihak luar khususnya Agensi Perisikan Pusat (CIA). CIA menggunakan pengaruh serta bakat Anwar untuk menyalurkan ideologi mereka dan menguasai Malaysia melalui Anwar Ibrahim. Sama seperti mereka lakukan terhadap Osama bin Laden (yang pernah direkruit oleh CIA dan dijadikan sebagai kambing hitam untuk melabelkan Islam sebagai agama penaja keganasan), sama seperti mereka lakukan terhadap bekas Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein, bekas presiden Pakistan, Benzir Butto dan sebelum itu Irfaq Hariri.

Esok saya kepilkan keratan akhbar bukti peranan CIA dalam penglibatan pembunuhan pemimpin dunia.

Perkara ini telah dapat dihidu oleh pegawai tertinggi dalam perisikan kita lebih-lebih lagi dari PDRM dan juga ATM.

Yang nyata hari ini masyarakat awam tidak akan nampak siapa yang berperang sebenarnya. Mereka hanya nampak pertarungan antara Anwar Ibrahim (PKR) dengan calon Barisan Nasional (BN). Yang berperang sebenarnya adalah antara ejen perisikan kita yang sekarang terpaksa bertungkus-lumus untuk menggagalkan kemenangan Anwar Ibrahim sebelum atau selepas pilihan raya Permatang Pauh tidak lama lagi. Ejen perisikan kita melawan kuasa ejen perisikan luar yang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kalau Anwar Ibrahim kalah, bermakna kalahlah ejen perisikan luar dan kemungkinan Anwar Ibrahim akan menjadi mangsa kerana kegagalannya untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang dimahukan oleh ejen perisikan luar khususnya CIA. Lihatlah sejarah pemimpin-pemimpin dunia yang mati dibunuh oleh CIA melalui rakyat tempatan. Ada baiknya anda dapatkan cerita 'SYRIANA' untuk mengetahui dengan jelas tentang peranan ejen perisikan CIA di luar negara termasuk arahan dari pihak atasan CIA untuk membunuh pemimpin dunia yang disasarkan.

Bagaimana kalau Anwar menang? Sudah tentu perjalanannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin mudah. Anwar seperti yang diketahui memiliki 'kehebatan' dalam mempengaruhi orang lain untuk menyokongnya. Sudah pasti hal ini akan menggugat keseluruhan parti BN yang telah lama memerintah negara ini.

Mengikut bacaan saya, ejen perisikan tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Strategi yang paling berkesan untuk menggagalkan kemenangan Anwar ialah melalui rusuhan. Apabila ada rusuhan, sudah pasti akan ada DARURAT. Ini adalah strategi yang terakhir.

Seperti yang saya katakan tadi, tidak susah hendak meng'create' rusuhan kaum. Dengan isu Hindraf yang semakin menebal di mana kebencian terhadap orang-orang Melayu ditanam di dalam pemikiran orang-orang India dan orang Melayu pula ditanam dengan kebencian terhadap kaum India, sudah pasti, negara ini akan terbakar dengan api perkauman. Sebagaimana peristiwa hitam 13 Mei (baca tulisan saya di peringkat awal mengenai 13 Mei), ia sebenarnya kejadian yang dirancang oleh pihak risikan. 13 Mei bukan berlaku dengan sendirinya. Ia dicipta untuk menjatuhkan Tungku Abdul Rahman bagi menggantikan Tun Abdul Razak.

Ia juga boleh berlaku lagi pada bila-bila masa untuk memaksa PM Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dengan segera. Itu cara yang kasar.

Cara yang lebih baik iaitu strategi yang terdekat ialah untuk menjadikan satu undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang ada sekarang bagi mempercepatkan peralihan kuasa. Sebab mengikut analisis komuniti risikan termasuk Biro Tata Negara (BTN), kekalahan BN pada pilihan raya ke-12 lalu adalah disebabkan kebencian orang-orang UMNO sendiri khususnya di kalangan grass rot. Mereka marah kepada Abdullah Ahmad Badawi. Kemarahan mereka menyebabkan mereka mengundi parti lawan hingga menyebabkan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Sekiranya proses kemarahan dapat diredakan iaitu tidak ada jalan lain dengan mempercepatkan peralihan kuasa, ini akan mengembalikan sokongan grass rot terhadap UMNO dengan syarat pengganti Abdullah Ahmad Badawi mestilah di kalangan yang dipilih oleh grass rot.

Kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan sekali lagi bagi menyelesaikan masalah ketidakstabilan politik tanah air. Yang pasti Pakatan Rakyat tidak akan berkuasa lagi selepas ini. Inilah kehendak dari ejen perisikan.

Yang pasti Anwar Ibrahim agak sukar hendak berpatah arah kerana jika beliau berbuat demikian, nasibnya akan sama seperti Saddam Hussein, Irfaq Hariri, Benazir Butto dan beberapa pemimpin dunia yang lain. Bukankah sebelum ini Anwar menerima ancaman bunuh! Bukannya sukar hendak CIA berbuat demikian kerana mereka memiliki 'aset (ejen risikan) di seluruh dunia! Tengoklah cerita Bourne Ultimatum untuk anda memahami kenyataan ini.

Walaupun cerita itu nampak seperti fantasi tetapi bagi saya tidak. Kenapa tidak? Sebab tengok 'background' pengarah filem berkenaan. Carilah nama Paul Grengrass dalam internet, anda pasti menemui rakan karibnya yang merupakan timbalan pengarah perisikan British, MI6. Sudah tentu cerita dan teknologi risikan dalam filem Bourne Ultimatum adalah berdasarkan kepada kisah benar, bukan direka-reka.

Mudah-mudahan, Allah menyelamatkan negara kita dari malapetaka.

18 August, 2008

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya: Anwar jadi PM 16 September?

Persoalan ini banyak dilontarkan sejak Anwar begitu yakin umumkan tarikh spesifik beliau akan jadi PM pada 16 September. Beliau kata pada tarikh itu, seramai 30 ahli parlimen BN akan melompat parti bagi membolehkannya menjadi PM.

Ada yang mendakwa pengunduran Azizah, isteri Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai itu untuk beri laluan Anwar bertanding, dianggap merupakan sebahagian daripada 'master plan' ke arah mencapai cita-cita di atas.

Anwar telah masuk bertanding sebagai calon pada 16 Ogos lalu dan keputusannya akan diketahui pada 26 Ogos. Bermakna Anwar mempunyai masa 20 hari lagi untuk merealisasikan cita-citanya menjadi PM pada tarikh tersebut.

Bolehkah cita-cita Anwar jadi kenyataan ?

Persoalan ini juga sukar untuk diramalkan kerana politik itu satu seni yang serba berkemungkinan. Misalnya tiada siapa dapat menjangkakan BN akan tewas di lima negeri untuk membolehkan Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Tiada siapa dapat menjangkakan Pakatan Rakyat boleh menghantar 82 ahli Parlimen ke ke Dewan Rakyat, tetapi itulah realitinya keputusan PRU 12.

Tiada siapa dapat menjangkakan sebuah parti kecil, PKR, boleh menghantar 31 ahli Parlimen mendahului parti lama DAP (28 ahli parlimen) dan PAS (23 ahli parlimen). Sedangkan DAP dan PAS mempunyai grassroot kerana sudah bertapak lama, berbanding dengan PKR yang hanya ditubuhkan sejak 1999.

Bayangkan PKR pada tahun 2004, hanya mempunyai satu kerusi parlimen di Permatang Pauh, boleh mendahului PAS yang mempunyai kerajaan negeri di Kelantan dan DAP yang sudah bertapak sejak serpihan parti PAP di Singapura lagi.

Dari segi logik, tidak munasabah, tetapi itulah realitinya.

Imbas kembali pada PRU 12, PKR hanya berbekalkan satu kerusi parlimen (Permatang Pauh) boleh bekerja seumpama 'jentera' yang memerintah negara dengan poster dan kain rentang berwarna warni, pelbagai risalah dicetak warna dan di pos ke setiap isi rumah. Malah khidmat pesanan ringkas turut dihantar ke setiap pengundi untuk merayu undi menggunakan kaedah terkini.

Baca selanjutnya artikel ini yang dipetik dari sumber anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

NED - Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia


Caption gambar - Anwar bersama Carl Gershman, Presiden NED di McGraw-Hill Auditorium, New York City, pada 1 Disember 2005. Dalam program itu Anwar menyampaikan ceramah bertajuk "The Future of Muslim Democracy" yang ditaja oleh NED.



Apabila satu skandal pada tahun 1980-an mendedahkan mengenai manipulasi peringkat antarabangsa oleh CIA, Presiden Ronald Reagan telah menubuhkan National Endowment for Democracy-NED (Pembiayaan Demokrasi Kebangsaan ) sebagai satu alat yang lebih sulit dan kurang mengundang kontroversi.

Alat ini mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang.

National Endowment for Democracy (NED) telah diwujudkan pada 1983, kononnya sebuah organisasi yang tidak membuat keuntungan untuk menggalakkan hak asasi dan demokrasi.

Pada tahun 1991, presiden pertama organisasi ini Allen Weinstein, telah mengaku kepada The Washington Post : “Banyak telah kita lakukan pada hari ini telah dilakukan secara rahsia 25 tahun yang lepas oleh CIA” (1)

Sebelum NED ditubuhkan, akhbar yang sama telah mendedahkan pada tahun 1969 bagaimana CIA telah membiayai kesatuan perdagangan, organisasi budaya, media dan para intelek yang terkenal.

Philip Agee, bekas operatif kepada the Company telah menyatakan kepada saya di dalam satu temuramah pada 2005 : “CIA telah menggunakan yayasan-yayasan yang terkenal di AS, termasuk entiti yang telah ditubuhkan dan hanya wujud di atas kertas sahaja.”

Presiden Lyndon Johnson yang berada dalam tekanan telah mengarahkan satu penyiasatan dilakukan, walaupun dia mengetahui bahawa CIA telah diberikan mandat untuk melaksanakan aktiviti seperti yang didakwa sebelum ini semenjak penubuhannya pada 1947.

Agee memberitahu : “Akibat Perang Dunia Ke-2, AS telah berhadapan dengan ancaman terhadap pakatan demokrasi dan tanpa sebarang mekanisme untuk menyalurkan bantuan politik, penggubal dasar AS telah menggunakan cara tersembunyi dengan menghantar penasihat, peralatan dan bantuan kewangan untuk menaja akhbar dan parti-parti yang berada dalam kekangan di Eropah” (2).

Mereka juga terpaksa menentang pengaruh idealogi Soviet Union pada permulaan Perang Dingin.

Organisasi yang dibiayai dari segi kewangan ini kadang kala mampu untuk melemahkan dan juga menghapuskan pihak pembangkang dengan mengubahnya kepada kerajaan yang bersahabat dengan AS, dan mewujudkan keadaan yang memenuhi kepentingan AS.

Terdapat beberapa rampasan kuasa, antaranya di Brazil pada 1964 dimana rampasan kuasa ini telah menggulingkan Presiden Joalo Goulart.

Agee mendakwa : “Untuk menyediakan ruang kepada tindakan ketenteraan, kami telah menaja dan menyalurkan kuasa kepada organisasi yang menjadi peneraju di dalam masyarakat awam dan juga media. Ini adalah versi yang diperbaharui dalam rampasan kuasa di Brazil.”

Pertarungan Idea

Pada 1975, CIA telah disiasat oleh Senat, khususnya berhubung dengan pembabitannya di dalam plot terhadap pemimpin politik di seluruh dunia termasuk Lumumba, Allende dan Fidel Castro.

Kejayaan gerakan revolusi di Afrika dan Amerika Latin telah memaksa AS untuk menyedari walaupun strategi penyusupan masuk ke dalam organisasi sosial masih penting, taktik tersebut tidak produktif.

Jadi, “Untuk menaja pertarungan idea ini, pentadbiran Johnson telah mencadangkan penubuhan mekanisma awam persendirian untuk menaja aktiviti luar Negara secara terbuka” (3).

The American Political Foundation-APF (Yayasan Politik Amerika), ditubuhkan pada 1979, merupakan sebuah pakatan di antara Parti Demokratik dan Republikan, pemimpin kesatuan dan pekerja, ahli akademik yang konservatif dan institusi yang berkaitan dengan dasar luar.

Ianya berdasarkan kepada model yang yang berkembang di German Barat, di mana 4 parti politik yang utama telah menubuhkan sebuah yayasan yang dibiayai oleh kerajaan sebagai tindak balas terhadap Perang Dingin. Yang paling penting dalam gabungan ini adalah Konrad Adenauer Foundation (Yayasan Konrad Adenauer) yang mempunyai kaitan dengan Christian Democratic Union (Kesatuan Demokratik Kristian) (4).

Pada Januari 1983, Presiden Ronald Reagan telah menandatangani satu arahan rahsia NSDD-77, hasil daripada apa yang telah dihuraikan di dalam satu ucapan Ahli Parlimen British sebagai satu proses yang diwujudkan “untuk menggalakkan infrastruktur demokrasi” dan “untuk menentukan bagaimana AS boleh memberikan sumbangan terbaik.....kepada kempen global untuk demokrasi” (6).

Arahan tersebut juga menyatakan “kerjasama erat bersama dengan usaha dasar luar-diplomatik, ekonomi, ketenteraan-termasuk hubungan erat dengan sektor masyarakat Amerika- buruh, perniagaan,universiti, dermawan, parti politik, akhbar.”

Reagan terus merahsiakan arahan tersebut apabila dia membentangkan satu kertas cadangan APF bertajuk 'Program Demokrasi kepada Kongres'.

Satu tindakan pada 23 November 1983 telah mengesahkan penubuhan NED. Dalam satu majlis di White House (Rumah Putih) pada Disember, Reagan mengumumkan: “Program ini tidak akan disembunyikan di dalam bayang-bayang. Program ini dengan megah akan berdiri di bawah lampu yang terang. Dan, sudah tentu ianya akan selari dengan kepentingan negara kita.”

Tajaan untuk Anti-Sandinista

NED mengandungi 4 organisasi teras yang bertanggungjawab terhadap pentadbirannya. Salah satu yang telah wujud : Free Trade Union Institute (Institut Kesatuan Perdagangan Bebas) yang merupakan cawangan kepada persekutuan kesatuan perdagangan AFL-CIO dan dikorporatkan kepada American Centre for International Labour Solidarity (Pusat Amerika untuk Perpaduan Buruh Antarabangsa).

Walaupun sebagai sebuah NGO yang sah, NED telah dibiayai oleh Jabatan Negara, dengan kelulusan kongres. Selain daripada mengelakkan kerajaan daripada bertanggungjawab dalam sebarang tindakan yang dilakukan secara rasmi, langkah ini juga mewujudkan satu kelebihan strategik.

William Blum, bekas Pegawai Jabatan Negara telah menyatakan : “Rujuk kepada maksud bukan kerajaan - ini membantu dalam mengekalkan kredibiliti di seluruh dunia di mana ini tidak terdapat dalam agensi kerajaan AS.”

Pada Oktober 1986, pentadbiran Reagan telah digegarkan oleh pendedahan bahawa AS secara haram telah menaja pemberontakan ke atas kerajaan Sandinista di Nicaragua, menggunakan wang daripada penyeludupan kokain.

Secara kebetulan, operasi ini yang dikoordinasikan oleh Kolonel Oliver North dan mendapat kebenaran National Security Council – NSC (Majlis Keselamatan Nasional) dinamakan sebagai Program Demokrasi.

NED memainkan peranan yang utama. Namun, penyiasatan tersebut lebih tertumpu kepada penajaan kewangan kepada gerakan anti-revolusi rakyat Nicaragua, the Contras, daripada penglibatan “NGO”, walaupun NED telah diselia bermula dari penubuhannya sehingga 1987 oleh Walter Raymond, seorang pegawai kanan CIA dan juga ahli Lembaga Pengarah Perisikan CIA.

The Cuban American National Foundation-CANF (Yayasan Kebangsaan Cuba Amerika) merupakan sebuah organisasi pelampau anti-Castro yang ditubuhkan oleh NSC yang pada masa yang sama merupakan NED.

Presiden yayasan tersebut, Jorge Mas Canosa berkata : “NED mewarisi Program Demokrasi Ronald Reagan dan telah menyediakan pembiayaan kepada banyak kumpulan Latin-Amerika, termasuk CANF. Diyakinkan bahawa jalan menuju ke arah kemerdekaan Cuba bergantung kepada Nicaragua, jawatankuasa CANF komited terhadap perjuangan anti-Sandinista" .

Mas Canosa berkata : “Kerjasama ini bermula apabila Theodore Shackley, bekas Timbalan Pengarah Operasi dan Ketua Bahagian Operasi Sulit, meminta ahli yayasan tersebut menyokong dasar Amerika Tengah.”

Pada 1987, semasa skandal the Contra, NED telah menaja sebuah organisasi anti-Sandnista, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Nicaragua yang tetap.

Sokongan ini tekah membantu Violeta Chamorro, calon yang lebih disenangi oleh Washington dan juga pemilik akhbar ‘bebas’, La Prensa untuk memenangi kerusi Presiden pada 1990.

Kempen menentang kejahatan bukan kerajaan

Kebolehan NED menyalurkan wang, mewujudkan NGO, manipulasi pilihanraya dan manipulasi media banyak terhutang budi kepada pengalaman lama oleh CIA, Agensi Bantuan Luar Jabatan Negara (USAID) dan ahli konservatif elit yang berkaitan dengan dasar luar AS (termasuk John Negroponte, Jeane Kirkpatrick dan Francis Fukuyama).

Selain keganasan, pentadbiran Reagan menggunakan kaedah yang sama di Eropah Timur, dimana NED menganjurkan “kempen menentang kejahatan untuk hak asasi dan demokrasi dimana ia mengelakkan tuduhan imperialisma dengan menggambarkan dirinya sebagai satu tindakbalas kepada keperluan penentangan dan perubahan seluruh dunia”(8).

Selepas perubahan regim, kebanyakan daripada individu dan kumpulan yang berkait dengan NED hilang.

Salah satu kemenangan yang bersejarah berlaku di Poland. Seawal 1984, NED membahagikan bantuan terus untuk menubuhkan kesatuan pekerja , akhbar dan kumpulan hak asasi manusia, yang kesemuanya ‘bebas’.

Pada pilihanraya parlimen 1989, NED menyerahkan $2.5 juta kepada gerakan perpaduan, yang dipimpin oleh Lech Walesa, seorang sekutu rapat AS, yang dipilih sebagai presiden pada 1990.

Kejatuhan Soviet Union merupakan satu permulaan kepada pengembangan global NED. Ianya bergerak melalui wang dan mempunyai kepakaran untuk mencampuri urusan sosial, ekonomi dan hubungan politik di 90 buah negara di Afrika, Amerika Latin, Asia dan Eropah Timur.

Seperti yang disebutkan oleh Gerald Sussman, “Campur tangan dalam pilihanraya sangat penting kepada objektif dasar luar AS”.

“Pembinaan demokrasi” oleh NED dan organisasi AS yang lain telah diperhalusi. “Berbanding tindakan secara diam dan perlakuan agresif secara terbuka dimana secara kebiasaannya digunakan oleh CIA untuk melakasanakan serangan untuk mengkucar kacirkan keadaan bermula pada akhir 1940-an sehingga pertengahan 1970-an, bentuk manipulasi pilihanraya sekarang dipimpian secara besar-besaran sebagai satu pandangan putarbelit yang indah dan drama moral” (9).

Ketika pilihanraya 1990 di Haiti, NED telah melaburkan $36 juta untuk calon pilihanraya tersebut, Marc Bazin, bekas pegawai bank Dunia. Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih, beliau digulingkan pada 1991 selepas kempen media yang ditaja oleh NED dan USAID.

Dalam masa 10 tahun penubuhannya, NED telah membahagikan $200 juta untuk 1,500 projek bagi menyokong sahabat AS (10).

Sejak 1988, NED telah menunjukkan minat yang tersembunyi di Venezuela.

Philip Agee berkata : “Terdapat satu operasi rahsia menentang revolusi Bolivaria. Ianya bermula di bawah Presiden Clinton dan diperhebatkan dibawah
George Bush Jr. Ianya seperti kempen menentang Sandinistas, tetapi setakat ini tanpa keganasan atau sekatan ekonomi : menggalakkan demokrasi, memantau pilihanraya dan membantu kehidupan masyarakat.”


Peguam AS, Eva Golinger mendedahkan dari dokumen rasmi di antara 2001 dan 2006, NED dan USAID telah memberikan lebih dari $20 juta kepada kumpulan pembangkang Venezuela dan media swasta (11).

Pada 25 April 2002, The New York Times mendedahkan kongres telah mengarahkan perbelanjaan NED untuk Venezuela dinaikkan 4 kali ganad, beberapa bulan sebelum rampasan kuasa yang gagal ke atas Presiden Hugo Chávez.

Kempen Terhadap Cuba.

Tetapi, kempen NED yang paling konsisten adalah terhadap Kerajaan Cuba, di mana NED dipercayai melaburkan sejumlah $20 juta selama 20 tahun dalam usaha untuk menggalakkan “peralihan demokrasi”; lebih $65 juta telah disumbangkan oleh USAID sejak 1996.

Walaupun terdapat desakan terhadap perlunya pilihanraya yang demokratik, dokumen rasmi telah menyebut bahawa sesiapa yang dipilih perlu disukai olah kerajaan AS.

Hampir semua dana berada di dalam pegangan organisasi yang berpusat di AS dan Eropah. Kerajaan Poland, Romania dan Republik Czech menerima habuan sebagai balasan kepada mengetuai tekanan antarabangsa kepada Cuba.

Merujuk kepada Laura Wides-Munoz (Associated Press, 29 Disember 2006), NED membayar mereka $2.4 juta pada 2005.

Idea demokrasi Washington adalah pilihanraya dan perniagaan bertukar dari tangan ke tangan yang lain. Dalam ucapannya pada Januari 2004 di State of Union, Presiden Bush mengumumkan bahwa beliau akan meminta Kongres “untuk menambahkan sebanyak dua kali ganda perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy, dan memfokuskan kepada usaha terbaru dalam memajukan pilihanraya yang bebas dan pasaran bebas, media bebas dan kesatuan buruh yang bebas di Timur Tengah”

Usaha idealogi ini akan termasuk dengan tindakan ketenteraan. Hitherto : Penglibatan NED dalam rantau tersebut telah menjadi minima.

NED telah bergerak ke Afghanistan pada 2003. Berdasarkan laman webnya, NED telah memutuskan “ untuk mewujudkan dan memperkuatkan hubungan perniagaan di dalam Afghanistan untuk memastikan langkah yang lebih kukuh dan pelbagai dalam membina demokrasi dan ekonomi pasaran”.

NED menaja NGO yang baru ditubuhkan.NGO di negara yang dijajah, Iraq telah ditaja dengan objektif yang sama, terutamanya di bahagian utara. Organisasi tempatan disokong dan dengan cepat bergantung kepada NED. Di bawah usaha perjuangan untuk demokrasi, mereka telah bekerja untuk satu sistem di mana kepentingan mereka jarang menepati kepentingan masyarakat tempatan.

Secara uniknya, untuk sebuah NGO, Presiden NED mesti membentangkan di hadapan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS setiap tahun untuk melaporkan aktiviti mereka.

Pada Jun 2006, Carl Gershman (Presiden NED sejak April 1984) telah mengemukakan rayuan kecemasan untuk bantuan kewangan yang lebih bagi menyokong demokrasi.

Beliau mendakwa NGO di Russia, Belarus, Uzbekistan, Venezuela dan Mesir memerlukan bantuan kewangan tersebut untuk berhadapan dengan kerajaan “separuh kuku besi”.

Kemudian, beliau memberikan satu ucapan yang sama kepada Parlimen Eropah semasa persidangan tersebut, “ Penggalakan Demokrasi : Cara Eropah”.

Merujuk kepada William Blum, falsafah asas NED adalah masyarakat “ lebih baik dilayan dibawah satu sistem di bawah perdagangan bebas, kerjasama kelas…[dan] campur tangan yang minima daripada kerajaan. Ekonomi pasaran bebas adalah sama dengan penekanan terhadap demokrasi, perubahan dan pembangunan dan merit daripada pelaburan luar. Laporan NED merujuk kepada demokrasi yang berpanjangan, tetapi yang terbaik adalah langkah sederhana dalam demokrasi politik seperti yang ada dalam fikiran mereka, bukan demokrasi ekonomi; tiada yang mensasarkan kepada anacaman terhadap kuasa.”

Senjata perang global

Ketika memberikan ucapan kepada Perhimpunan Agung PBB pada September 1989, Presiden George Bush Sr. telah menegaskan, cabaran yang dihadapi oleh dunia kebebasan adalah untuk memperkukuhkan asas kebebasan.

Pada 1998, Parlimen Kanada, dengan sokongan AS, telah mewujudkan klon NED, Rights and Democracy (hak dan demokrasi).

Sweden mengikuti langkah ini dengan menubuhkan Swedish International Liberal Centre (Pusat Kebebasan Antarabangsa Sweden), Belanda dengan Alfred Mozer Foundation (Yayasan Alfred Mozer) dan Perancis dengan Robert Schuman Foundation (Yayasan Robert Schuman) dan Jean Jaurí¨s Foundation (Yayasan Jean Jaurí¨s) yang berkaitan dengan parti Sosialis.

Dengan penyebaran rangkaian, NED telah menubuhkan Democracy Projects Database (Projek Pangkalan Data Demokrasi) bagi mengkoordinasi 6,000 projek di seluruh dunia.

NED juga telah mewujudkan Network of Democracy Research Institutes (Institut Penyelidikan Rangkaian Demokrasi) untuk membawa bersama “institusi yang bebas, pusat kajian berdasarkan universiti dan program penyelidikan secara gabungan bersama parti politik, kesatuan buruh, gerakan demokrasi dan hak asasi untuk memudahkan hubungan diantara intelektual demokrasi dan aktivis” (12).

NED juga telah menjadi hos untuk Centre for International Media Assistance (Pusat Bantuan Media Antarabangsa), yang “membawa bersama had yang lebih luas untuk pakar media dengan objektif untuk memperkukuhkan sokongan terhadap media yang bebas ke seluruh dunia” (13).

Dalam laman web rasmi Jabatan Negara, Carl Gershman mengisytiharkan bahawa kesemua yayasan ini, individu dan organisasi yang menyumbang “ke arah membina gerakan demokrasi seluruh dunia”, merupakan rangkaian dalam rangkaian bersama NED di pusat kawalannya.

Yayasan lain yang termasuk dalam gerakan ini adalah : Friedrich Ebert Foundation in Germany (Yayasan Friedrich Ebert di German) ; Olof Palme International Centre in Sweden (Pusat Antarabangsa Olof Palme di Sweden); Renner Institute in Austria (Institut Renner di Austria), dan Pablo Iglesias Foundation (Yayasan Pablo Iglesias), yang mempunyai kaitan dengan Spanish Socialist Workers' Party (Parti Sosialis Pekerja Sepanyol).

Pada 1996, untuk membuktikan bahawa perlunya peningkatan perbelanjaan NED, satu laporan sokongan telah dihantar kepada Kongres : “AS tidak berkemampuan untuk menafikan satu instrument yang berkesan untuk dasar luarnya apabila kepentingan dan nilai Amerika dipertahankan daripada serangan idealogi daripada pelbagai jenis kuasa anti-demokratik di seluruh dunia……[Mereka] masih diancam dengan hebat oleh regim komunis yang masih kukuh, neo-komunis, pemerintahan dictator yang agresif, nasionalis yang radikal dan pelampau Islam. Berdsarkan reality ini, AS tidak boleh mengaku kalah dalam perang idealogi inikepada musuh masyarakat yang bebas dan terbuka.” (14).

Tiga tahun kemudian, Benjamin Gilman, Presiden Jawatankuasa Dewan Hubungan Luar, mengambil langkah yang sama.

Seperti yang didakwa oleh Blum ; “ Apa yang telah dilakukan adalah untuk menukar banyak perkara dahsyat [yang dilakukan oleh CIA] kepada organisasi baru, dengan nama yang baik. Kewujudan NED adalah sesuatu yang sangat hebat. Untuk politik, hubungan awam dan sinis.”

Hernando Calvo Ospina merupakan seorang wartawan dan penulis buku, Bacardi: the Hidden War (Pluto Press, London, 2002). Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal bertajuk "The CIA's Successors And Collaborators"


Rujukan :
(1) The Washington Post, 22 September 1991.

(2) www.ned.org/about/nedhistory.html. On the CIA's use of intellectuals see Frances Stonor Saunders, Who Paid the Piper? The CIA and the Cultural Cold War (Granta Books, London, 2000).

(3) www.ned.org/about/nedhistory.html

(4) The others were the Friedrich Ebert Foundation (Social Democratic Party), the Hanns Seidel Foundation (Christian Social Union) and the Friedrich Naumann Foundation (Free Democratic Party).

(5) http://www.fas.org/irp/offdocs/nsdd...

(6) www.ned.org/about/reagan-060882.html

(7) www.ned.org/about/reagan-121683.html

(8) Nicolas Guilhot,"Le National Endowment for Democracy", Actes de la recherche en sciences sociales, 139, Paris, September 2001.

(9) Gerald Sussman,"The Myths of`Democracy Assistance': US Political Intervention in Post-Soviet Eastern Europe", Monthly Review, vol 58, no 7, New York, December 2006.

(10) Guilhot, op cit.

(11) Eva Golinger, The Chávez Code: Cracking US Intervention in Venezuela (Pluto Press, London, 2006).

(12) www.wmd.org/ndri/ndri.html

(13) www.ned.org/about/cima.html

(14) James A Phillips and Kim R Holmes, "The National Endowment in Democracy: A Prudent Investment in the Future", The Heritage Foundation, Executive memorandum 461, Washington DC, 13 September 1996.

********


Rakaman terima kasih kepada netter menggunakan nama pena SHINAH KAMA yang sering mengutuskan email mengenai artikel-artikel berkaitan dengan komplot jahat Amerika dan Yahudi ke seluruh dunia. Salah satu artikel adalah seperti yang diterjemahkan ini-AIDC.