18 August, 2008

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya: Anwar jadi PM 16 September?

Persoalan ini banyak dilontarkan sejak Anwar begitu yakin umumkan tarikh spesifik beliau akan jadi PM pada 16 September. Beliau kata pada tarikh itu, seramai 30 ahli parlimen BN akan melompat parti bagi membolehkannya menjadi PM.

Ada yang mendakwa pengunduran Azizah, isteri Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai itu untuk beri laluan Anwar bertanding, dianggap merupakan sebahagian daripada 'master plan' ke arah mencapai cita-cita di atas.

Anwar telah masuk bertanding sebagai calon pada 16 Ogos lalu dan keputusannya akan diketahui pada 26 Ogos. Bermakna Anwar mempunyai masa 20 hari lagi untuk merealisasikan cita-citanya menjadi PM pada tarikh tersebut.

Bolehkah cita-cita Anwar jadi kenyataan ?

Persoalan ini juga sukar untuk diramalkan kerana politik itu satu seni yang serba berkemungkinan. Misalnya tiada siapa dapat menjangkakan BN akan tewas di lima negeri untuk membolehkan Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Tiada siapa dapat menjangkakan Pakatan Rakyat boleh menghantar 82 ahli Parlimen ke ke Dewan Rakyat, tetapi itulah realitinya keputusan PRU 12.

Tiada siapa dapat menjangkakan sebuah parti kecil, PKR, boleh menghantar 31 ahli Parlimen mendahului parti lama DAP (28 ahli parlimen) dan PAS (23 ahli parlimen). Sedangkan DAP dan PAS mempunyai grassroot kerana sudah bertapak lama, berbanding dengan PKR yang hanya ditubuhkan sejak 1999.

Bayangkan PKR pada tahun 2004, hanya mempunyai satu kerusi parlimen di Permatang Pauh, boleh mendahului PAS yang mempunyai kerajaan negeri di Kelantan dan DAP yang sudah bertapak sejak serpihan parti PAP di Singapura lagi.

Dari segi logik, tidak munasabah, tetapi itulah realitinya.

Imbas kembali pada PRU 12, PKR hanya berbekalkan satu kerusi parlimen (Permatang Pauh) boleh bekerja seumpama 'jentera' yang memerintah negara dengan poster dan kain rentang berwarna warni, pelbagai risalah dicetak warna dan di pos ke setiap isi rumah. Malah khidmat pesanan ringkas turut dihantar ke setiap pengundi untuk merayu undi menggunakan kaedah terkini.

Baca selanjutnya artikel ini yang dipetik dari sumber anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

No comments: