24 August, 2008

Jika Anwar menang ....

Pilihan raya Permatang Pauh kali ini bakal mencatat sejarah tanah air sebagai pilihan raya yang paling kotor dan ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana pilihan raya.

Perkara pokok yang perlu difahami ialah Anwar mesti disekat. Anwar tidak boleh menang. Inilah hakikatnya sekarang. Kalau Anwar menang, ada sesuatu perkara yang akan berlaku.

Peranan ejen risikan tidak boleh ditolak ketepi kerana merekalah yang bermaharajela sekarang ini. Macam mana Barat melabelkan Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan. macam itulah PKR dilabel sebagai parti yang ganas.

Yang sebenarnya, ejen-ejen perisikan ini menyusup masuk di dalam kelompok PKR, menyamar sebagai ahli PKR yang tegar dan fanatik untuk menimbulkan suasana tegang. Golongan inilah yang paling pakar dalam melakukan propaganda. Golongan inilah yang berkemampuan serta pakar dalam hal-hal provokasi.

Bukan setakat menyelinap masuk sebagai ahli PKR, bahkan mereka juga menyelinap masuk ke dalam parti PAS, DAP, Hindraf, Makkal Sakti (yang terbaru) malah tidak terkecuali parti UMNO. Janganlah terkejut pasal hal ini. Setiap ejen mempunyai peranan masing-masing yang adakalanya tidak diketahui oleh sesama ejen risikan. A tidak tahu apa tugas B, B tidak tahu apa tugas A, C tidak tahu apa tugas A,B dan selanjutnya. Tetapi masing-masing boleh membaca sesuatu pergerakan melalui 'sense'.

Bukannya sukar sangat hendak mencipta satu gelombang rusuhan dan mereka yang pakar adalah dari golongan risikan.

Kenapa Anwar perlu disekat? Kerana mengikut maklumat dari komuniti risikan mengatakan bahawa Anwar memberi ancaman terhadap keselamatan negara yang melibatkan ancaman dari pihak luar khususnya Agensi Perisikan Pusat (CIA). CIA menggunakan pengaruh serta bakat Anwar untuk menyalurkan ideologi mereka dan menguasai Malaysia melalui Anwar Ibrahim. Sama seperti mereka lakukan terhadap Osama bin Laden (yang pernah direkruit oleh CIA dan dijadikan sebagai kambing hitam untuk melabelkan Islam sebagai agama penaja keganasan), sama seperti mereka lakukan terhadap bekas Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein, bekas presiden Pakistan, Benzir Butto dan sebelum itu Irfaq Hariri.

Esok saya kepilkan keratan akhbar bukti peranan CIA dalam penglibatan pembunuhan pemimpin dunia.

Perkara ini telah dapat dihidu oleh pegawai tertinggi dalam perisikan kita lebih-lebih lagi dari PDRM dan juga ATM.

Yang nyata hari ini masyarakat awam tidak akan nampak siapa yang berperang sebenarnya. Mereka hanya nampak pertarungan antara Anwar Ibrahim (PKR) dengan calon Barisan Nasional (BN). Yang berperang sebenarnya adalah antara ejen perisikan kita yang sekarang terpaksa bertungkus-lumus untuk menggagalkan kemenangan Anwar Ibrahim sebelum atau selepas pilihan raya Permatang Pauh tidak lama lagi. Ejen perisikan kita melawan kuasa ejen perisikan luar yang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kalau Anwar Ibrahim kalah, bermakna kalahlah ejen perisikan luar dan kemungkinan Anwar Ibrahim akan menjadi mangsa kerana kegagalannya untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang dimahukan oleh ejen perisikan luar khususnya CIA. Lihatlah sejarah pemimpin-pemimpin dunia yang mati dibunuh oleh CIA melalui rakyat tempatan. Ada baiknya anda dapatkan cerita 'SYRIANA' untuk mengetahui dengan jelas tentang peranan ejen perisikan CIA di luar negara termasuk arahan dari pihak atasan CIA untuk membunuh pemimpin dunia yang disasarkan.

Bagaimana kalau Anwar menang? Sudah tentu perjalanannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin mudah. Anwar seperti yang diketahui memiliki 'kehebatan' dalam mempengaruhi orang lain untuk menyokongnya. Sudah pasti hal ini akan menggugat keseluruhan parti BN yang telah lama memerintah negara ini.

Mengikut bacaan saya, ejen perisikan tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Strategi yang paling berkesan untuk menggagalkan kemenangan Anwar ialah melalui rusuhan. Apabila ada rusuhan, sudah pasti akan ada DARURAT. Ini adalah strategi yang terakhir.

Seperti yang saya katakan tadi, tidak susah hendak meng'create' rusuhan kaum. Dengan isu Hindraf yang semakin menebal di mana kebencian terhadap orang-orang Melayu ditanam di dalam pemikiran orang-orang India dan orang Melayu pula ditanam dengan kebencian terhadap kaum India, sudah pasti, negara ini akan terbakar dengan api perkauman. Sebagaimana peristiwa hitam 13 Mei (baca tulisan saya di peringkat awal mengenai 13 Mei), ia sebenarnya kejadian yang dirancang oleh pihak risikan. 13 Mei bukan berlaku dengan sendirinya. Ia dicipta untuk menjatuhkan Tungku Abdul Rahman bagi menggantikan Tun Abdul Razak.

Ia juga boleh berlaku lagi pada bila-bila masa untuk memaksa PM Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dengan segera. Itu cara yang kasar.

Cara yang lebih baik iaitu strategi yang terdekat ialah untuk menjadikan satu undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang ada sekarang bagi mempercepatkan peralihan kuasa. Sebab mengikut analisis komuniti risikan termasuk Biro Tata Negara (BTN), kekalahan BN pada pilihan raya ke-12 lalu adalah disebabkan kebencian orang-orang UMNO sendiri khususnya di kalangan grass rot. Mereka marah kepada Abdullah Ahmad Badawi. Kemarahan mereka menyebabkan mereka mengundi parti lawan hingga menyebabkan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Sekiranya proses kemarahan dapat diredakan iaitu tidak ada jalan lain dengan mempercepatkan peralihan kuasa, ini akan mengembalikan sokongan grass rot terhadap UMNO dengan syarat pengganti Abdullah Ahmad Badawi mestilah di kalangan yang dipilih oleh grass rot.

Kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan sekali lagi bagi menyelesaikan masalah ketidakstabilan politik tanah air. Yang pasti Pakatan Rakyat tidak akan berkuasa lagi selepas ini. Inilah kehendak dari ejen perisikan.

Yang pasti Anwar Ibrahim agak sukar hendak berpatah arah kerana jika beliau berbuat demikian, nasibnya akan sama seperti Saddam Hussein, Irfaq Hariri, Benazir Butto dan beberapa pemimpin dunia yang lain. Bukankah sebelum ini Anwar menerima ancaman bunuh! Bukannya sukar hendak CIA berbuat demikian kerana mereka memiliki 'aset (ejen risikan) di seluruh dunia! Tengoklah cerita Bourne Ultimatum untuk anda memahami kenyataan ini.

Walaupun cerita itu nampak seperti fantasi tetapi bagi saya tidak. Kenapa tidak? Sebab tengok 'background' pengarah filem berkenaan. Carilah nama Paul Grengrass dalam internet, anda pasti menemui rakan karibnya yang merupakan timbalan pengarah perisikan British, MI6. Sudah tentu cerita dan teknologi risikan dalam filem Bourne Ultimatum adalah berdasarkan kepada kisah benar, bukan direka-reka.

Mudah-mudahan, Allah menyelamatkan negara kita dari malapetaka.

No comments: