04 July, 2008

CIA DI BELAKANG RUSUHAN

Hati saya merasa sangat risau apabila mengenangkan tarikh 6 Julai 2008 iaitu jatuh pada hari Ahad ini. Risau kerana ada satu perhimpunan besar-besaran melibatkan (jangkaan) sejuta rakyat Malaysia. Bukan kerana tidak sokong akan mesej perhimpunan berkenaan tetapi yang saya risaukan adalah pengaruh daripada pihak luar yang tidak boleh ditolak sama sekali iaitu peranan badan perisikan yang sangat berkuasa di seluruh dunia. Badan inilah yang mengawal selia perkembangan politik di seluruh dunia. Itulah Central Intelligent Agency (CIA).

Hanya orang yang ada 'sense' atau pengetahuan tentang bidang risikan akan bersetuju dengan kenyataan yang diluahkan di sini.

Mesejnya, negara kita terdedah dengan huru-hara. Sekarang masanya.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, Anggota Polis (PDRM) dengan anggota tentera (ATM) bekerjasama dalam bidang latihan khas untuk mengawal aktiviti perhimpunan Ahad ini. Berdebar rasa jantung apabila membaca berita mengenai kerjasama yang terjalin dalam keadaan keterpaksaan. Ini bermakna kedua-dua badan perisikan Polis dan Tentera sudah 'menghidu' akan kewujudan anasir-anasir jahat pihak luar yang merancang untuk menjadikan keadaan negara ini dalam keadaan huru-hara.

Tidak mustahil DSAI menjadi sasaran bunuh oleh badan 'sulit' berkenaan sekiranya misi mereka menguasai Malaysia gagal, tidak mencapai matlamat ataupun DSAI sendiri telah dapat menghidu akan 'permainan' mereka.

Banyak peristiwa pembunuhan (assasin) yang melibatkan pemimpin dunia seperti Presiden Lubnan, Syria, Benazir Butto (Pakistan) dan banyak lagi belakangnya adalah 'mainan' CIA. Mereka menggunakan seluruh aset (ejen-ejen perisikan) yang bertaburan di seluruh dunia. Bahkan Presiden Amerika Syarikat sendiri, John F Kennedy turut 'dibunuh' oleh kerana tangan halus ejen perisikan Zionis yang mendapat bantuan CIA.

Kalau Presiden Amerika sendiri boleh 'dibunuh' oleh penembak tepat (sniper), nak membunuh DSAI tidaklah sesukar mana. Berita terkini: lokasi perhimpunan telah ditukar dari Padang Timur, Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya. Dari dikelilingi oleh bangunan pencakar langit yang boleh menempatkan Sniper mujurlah telah ditukar lokasi. Sudah tentu ini adalah nasihat dari ejen perisikan tempatan yang sememangnya sudah menghidu.

Memang sukar hendak percaya kalau membaca kenyataan ini bahkan ada yang akan menganggap ia sebagai fantasi persis filem risikan seperti Bourne Ultimatum, lakonan Matt Damon dan arahan Paul Grengrass. Filem ini menjadi rujukan paling tepat untuk menggambarkan peranan agen perisikan dan juga teknologi perisikan.

Ada yang boleh diceritakan di sini dan ada yang perlu diselindungkan - kekal menjadi rahsia sepanjang zaman.

Saya tidak perlu ulas tentang peranan agen perisikan tempatan yang sememangnya sedang 'berjuang' untuk menggulingkan kepimpinan DSAAB dari terus kekal menjadi PM. DSAAB telah menjadi 'liabitiliti' kepada negara mengikut Badan Perisikan Negara.

Yang pasti, dengan penuh debaran, ada sesuatu peristiwa 'besar' akan berlaku yang akan menjadi sejarah akan datang. Mungkin akan ada yang terkorban. Mungkin boleh jadi rusuhan kaum. Jika ia tidak berlaku, bersyukurlah kepada Tuhan.

Jangan lupa Hindraf yang dibelakangnya pengaruh LTTE, anak didik CIA. Berhati-hatilah. Semoga Tuhan melindungi tanah air yang kita cintai ini.

Cadangan saya, rehatkan diri anda di rumah dan jangan hampiri tempat perhimpunan.

No comments: