19 May, 2008

Mantan PM Keluar UMNO!!!



Saya tidak pun terkejut apabila mendapat tahu Tun Dr Mahathir buat kenyataan keluar UMNO malah berasa sangat gembira dengan tindakan mantan PM itu.

Bila orang sms kepada saya, saya macam 'tak percaya. Tapi bila dapatkan maklumat dari sumber-sumber yang lain, tak terkejut, seronok adelah.

Berikut adalah laporan dari harakahdaily.net:


ALOR SETAR, 19 Mei - Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

?Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,? katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.
Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.


Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981.

Mesejnya sudah terang, tak payah nak suluh-suluh lagi. Pak Lah kena letak jawatan! Parti UMNO sekarang sudah kelam-kabut. Tindakan mantan PM itu lagi buat ahli-ahli kelam kabut.

Di kalangan ahli UMNO peringkat bawahan (grassrot) yang ahlinya ternyata lebih ramai dari ahli yang di atas (piramid), sudah tentu tindakan Tun Dr Mahathir itu satu kejutan bagi mereka. Memang dipercayai golongan peringkat bawahan ini masih ramai yang simpati malah menyokong apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir demi mengajar kesombongan pemimpin 'boneka' sekarang.

Saya fikir, sebelum Pak Lah berbuat sesuatu terhadap Tun Dr Mahathir mengenai kes Pita Linggam, mantan PM ini telah bertindak lebih pantas. Pak Lah baru nak berfikir nak buat tindakan, Mahathir lebih pantas bertindak! Mahathir menang dulu.

Tindakan Tun Mahathir itu dari segi psikologi telah memalukan PM sekarang. Bekas orang nombor satu ini telah beri 'signal' kepada pemimpin nombor satu sekarang supaya letak jawatan. Kenapa perlu letak jawatan? Kerana kepimpinan yang lemah.

Pak Lah kena terima hakikat bahawa kepimpinannya tidak lagi disokong oleh peringkat akar umbi begitu juga dengan 'special branch'. Pemimpin yang tidak mendapat dokongan kuat dari akar umbi dan juga anggota masyarakat perisikan, sudah tentu pemimpin itu pemimpin yang lemah.

Di mana-mana negara, kekuatan seseorang pemimpin adalah didokong kuat oleh masyarakat perisikan. Dan kejatuhan pemimpin tidak dapat tidak adalah faktor dari bidang perisikan.

Apabila seseorang pemimpin itu berkeadaan lemah, sudah tentu ia memberi ancaman lebih-lebih lagi negara yang memiliki berbilang kaum.

Tun Dr Mahathir masuk UMNO semula sekiranya Pak Lah letak jawatan dan ditukar dengan kepimpinan yang lain. Sudah tentu tindakan mantan PM itu adalah satu sebab - Pak Lah letak jawatan. Senang sahaja, yang susah apabila tidak mahu menerima kenyataan.

Tapi nampak gayanya PM sekarang tidak ada perasaan malu, sudah tentu tidak berganjak dengan pendiriannya yang tegar. Dan apabila tetap dengan pendiriannya, barang ditakuti perkara yang tidak baik akan berlaku kerana disebabkan kepimpinan yang teramat lemah dari sudut pendangan masyarakat perisikan, negara kita sekarang terdedah dengan pelbagai ancaman.

Untuk mendapat sebuah kemerdekaan, haruslah ada pengorbanan. Kalau tidak diri sendiri yang berkorban, orang lain yang akan dikorbankan. Daripada ramai menjadi mangsa dikorbankan (tak tahu apa-apa, tak sedarpun!), lebih baik hanya korbankan seorang manusia sahaja. Ini lebih baik dari mengikut sejarah terdahulu.

1 comment:

Unknown said...

Saya merasakan memang patut untuk Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO.

Ini menampakkan kelemahan yang ketara kepada Parti UMNO yang selama ini menjadi wadah kepada perjuangan orang MELAYU.

Bukanlah untuk bersikap PREJUDIS terhadap bangsa Malaysia yang lain, tetapi senario sekarang adalah pada tahap yang MERUNCING sehingga mampu MENGGUGAT kesejahteraan kepada sekelian BANGSA MELAYU yang merupakan satu bangsa mempercayai kepada KERUKUNAN BERSAMA semenjak dari dulu lagi.

Pernahkah kita menpersoalkan pihak penjajah (BRITISH) yang membawa imigran Cina dan India ke TANAH MELAYU selama ini.

Bahkan kita memberi hak untuk mereka menjadi sebahagian daripada
BANGSA MELAYU dalam masa yang sama kita mempertahankan KETUANAN kita selaku PEMILIK MUTLAK TANAH AIR KITA.

Sya menyarankan agar kita turut mengambil langkah yang serupa sebagai tanda SOKONGAN kepada PEJUANG BANGSA kita TUN DR MAHATHIR
yng begitu berpegang teguh kepada prinsip KETUANAN MELAYU.

HIDUP MELAYU ... TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

Ikhlas,

ANAK MELAYU ERA MAHATHIR.