06 May, 2008


SUSULAN AGENDA BURUKKAN ISLAM

Akhbar Metro semalam menyiarkan laporan susulan berhubung Agenda Burukkan Islam. Berikut adalah laporan penuh akhbar berkenaan:

‘Usah asyik tuding jari’

Oleh Faizatul Farlin Farush

KUALA LUMPUR: “Janganlah kita sentiasa meletakkan kesalahan kepada orang lain setiap kali menghadapi masalah, sedangkan ia adalah masalah kita,” kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau merujuk andaian sesetengah pihak kononnya bekas pelajar genius di London, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus dalam kancah pelacuran dan keluarganya adalah mangsa rancangan Barat memalukan umat Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sikap suka menuding jari kepada orang lain setiap kali berhadapan masalah perlu dihentikan, sebaliknya berusaha membaiki diri.“Mengapa setiap kali kita hadapi masalah, kita hendak salahkan orang lain? Ini masalah kita dan kita harus menyelesaikannya.

“Saya bimbang nanti isu seperti ini sebenarnya akan dijadikan publisiti murahan saja oleh pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sudah tentu media mencari fokus yang boleh mendapat perhatian dan disebabkan Sufiah seorang yang ternama, tentu saja media akan memberi fokus kepadanya.

“Kita harus berhenti menyalahkan orang lain sebaliknya berusaha membaiki diri sendiri.

“Malulah kepada orang lain kerana sikap kita yang suka menuduh sesuatu masalah itu berpunca daripada pihak lain sedangkan ia sebenarnya daripada kita,” katanya.

Dr Mohd Asri berkata, beliau tidak berminat dengan andaian dan isu yang dibangkitkan dengan persatuan yang baru ‘dua tiga’ hari berada di United Kingdom (UK), sebaliknya lebih berminat mendengar apa yang boleh dikatakan persatuan Islam yang sudah lama bertapak di UK.

Metro Ahad semalam melaporkan seorang anggota Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek, yang berada di London sejak 22 April lalu, membuat andaian apa yang berlaku ke atas Sufiah adalah agenda terancang pihak Barat untuk menjatuhkan maruah Islam.

Menurutnya, walaupun di UK ada ramai pelacur yang lebih cantik daripada Sufiah, gadis itu ditawarkan ribuan pound untuk ditemuramah kerana dia seorang Islam.

Dalam e-mel Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) untuk renungan masyarakat Melayu Islam di Malaysia, beliau berkata selepas ayah Sufiah, Farooq Yusof dituduh melakukan gangguan seks dan dijatuhi hukuman, tiga hari kemudian terpampang pula berita Sufiah menjadi pelacur.

“Kita perlu sedar, musuh Islam memang suka tengok orang Islam jadi pelacur dan pengganas,” kata Hanafi.


Saya dan tentu ramai yang bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis di atas - jangan meletakkan kesalahan kepada orang lain setiap kali menghadapi masalah. Memang benar, masalahnya terletak pada diri pelajar genius Matematik, Sufiah Yusof.

Jika Sufiah berjaya mengawal diri dari dipengaruhi oleh anasir yang membawa dirinya ke arah kejahatan, sudah tentu Sufiah tidak akan jadi seperti apa yang telah terjadi sekarang.

Kerana masalah kewangan menyebabkan diri Sufiah terjebak dengan kerja menjual diri! Tetapi siapa yang mula-mula mempengaruhi Sufiah untuk melakukan kerja terkutuk itu. Ini pun tidak boleh ditolak ketepi.

Orang pertama yang mempengaruhi Sufiah sudah tentu mengetahui kedudukan Sufiah yang dibelenggu dengan masalah kewangan. Apabila orang tengah ada masalah, memang mudah hendak 'cucuk jarum'! Kelemahan orang adalah kesempatan bagi pihak lain. Sufiah mudah untuk dipengaruhi kerana dia sedang menghadapi tekanan.

Kenapa dipengaruhi? Bukankah di Oxford Sufiah menjadi pelajar terkenal dengan kepintarannya dalam bidang matematik apatah lagi Sufiah seorang yang beragama Islam? Tidakkah pelajar-pelajar bukan Islam di Oxford merasa tercabar atau iri hati dengan pencapaian 'luar biasa' yang dimiliki Sufiah?

Tidakkah orang tahu ada di kalangan tenaga pengajar di Oxford bukan sahaja menjadi pengantara dalam membekalkan maklumat bahkan menjadi aset kepada badan perisikan British? Apakah perasaan dan pemikiran ejen-ejen yang bukan beragama Islam ini? Adakah aset-set ini berdiam diri begitu sahaja? Janganlah kata orang Melayu sahaja yang ada PHD - Penyakit Hasad Dengki, bangsa lain pun juga ada!

Barat seboleh-bolehnya hendak melabelkan Islam sebagai ajaran yang menggalakkan umatnya 'mengganas'. Inilah yang berlaku pada masa sekarang. Siapakah yang memulakannya kalau tidak mereka sendiri melalui aset-aset (perisik) mereka di seluruh dunia!

Hendak memusnahkan sesuatu pihak memang mudah. Salah satu strategi yang biasa diguna pakai ialah provokasi. Ejen-ejen perisikan pakar dalam hal ini. Mempengaruhi pihak lain untuk melakukan sesuatu. Dalam kes Sufiah, pihak ketiga bertindak dalam mempengaruhi pemikiran Sufiah supaya dia melakukan sesuatu. Apatahlagi Sufiah dalam keadaan tertekan.

Apakah pihak ketiga itu merupakan ejen perisikan? Saya katakan tidak. Bahkan pihak ketiga berkemungkinan besar tidak tahu motif dia mempengaruhi Sufiah. Yang dia tahu hanya simpati dengan masalah Sufiah lalu dia mencadangkan Sufiah supaya buat begini, buat begitu dan sebagainya.

Biasanya intelligent menggunakan beberapa lapis manusia - dari satu manusia kepada satu manusia yang lain - untuk menggerakkan tindakannya.

Memang benar .... masalah terletak pada diri Sufiah sendiri. Ini tak boleh dinafikan. Sufiah tidak berjaya mengawal pengaruh pihak ketiga! Inilah yang dikatakan masalah Sufiah.

Memang sukar hendak memahami ulasan ini kecuali mereka yang ada 'naluri' intelligent!

No comments: